
Tontonan aku bersama hubby dan anak2.....
cerita dogeng di slot Lagenda menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.
Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi. 
Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama 'Putera Katak'.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.
Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.
Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya....










berjaya mendapat 5A dalam UPSR, tapi bagaimana pula dengan PMRnya tahun hadapan? Hampir 2 tahun di sekolah berasrama penuh... aku tidak nampak apa2 perkembangan yang memberangsangkan dalam pelajarannya. Mungkin kerana aku tidak menekannya ke arah itu. Aku sebagai seorang ibu kebelakangan ini hanya membiarkan dia berdiri sendiri...hinggakan Si Sulung agak ketinggalan sebenarnya dalam pelajarannya. Terbaru dia hanya menduduki ranking ke-100 dari 115 orang pelajar tingkatan 2 di sekolahnya. Aku terkedu sendiri.... Apa yang patut aku buat untuk membantunya. Tapi bila diingat-ingat aku dulu pun lebih kurang juga, tak ada la cemerlang manapun di MRSM KT tu....
Si Tengah





