Khamis, 23 Disember 2010

TUDUNG OH TUDUNG....

Lately aku jadi serabut bila memikirkan cara nak 'store' tudung-tudung ala-ala tudung ARIANI yang aku ada. Tudung yang aku ada tu tak adalah banyak mana pun ... ada la dalam 30 helai tapi serba salah dibuatnya... pakai hanger kecik tak jadi, habis kemek awningnya. Pakai pula hanger besar....tak jadi juga..kemek juga kat tengah2 awning tu. Dia orang kata kat ARIANI ada jual hanger macam dia orang guna...beli juga la, tak berkenan juga sebab awning dia 'terpeleok' juga so masa gi tempah tudung adik kat tailor tudung, mulut aku terluahlah rasa gusar cara nak 'store' tudung aku yang aku rasa banyak tu...(perasan...he he) kalau tak pun akan makin banyak...so Liza (tukang jahit tudung tu) beritahu la, ada hanger yang dibuat khas untuk sangkut tudung-tudung ni semua. ....
Aku apa lagi tak buang masa, terus saja gi kedai yang Liza beritahu tu... mak aiiii, memang ada...tapi harganya boleh tahan la mahalnya. Aku ingat tak sampai la tangga harga yang aku tengok tu....ternganga sekejap....


Hanger tu cantik, macam2 warna ada....... dan aku tabik spring kat orang yang menciptanya, kira briliant juga la otak orang yang menciptanya tu.....
so dipendekkan cerita aku decide nak beli. Kata depa kalau beli 1 RM28, beli 2 boleh dapat RM50 , dalam2 ternganga aku beli 4. Ha ha, bukan semuanya aku punya....... 2 lagi tu untuk nenek kebayan...he he adik aku daaaaaaaa.....

Ta daaaaa, ini la rupa hanger tu......

1 hanger tu boleh 'store' 28 helai tudung so dikira berbaloi la...1 lubang untuk 1 tudung..... dengan kos rm1.....


Aku cuba la masukkan tudung2, ini kira try...test, He he, ok la untuk aku yang belum mahir lagi ni.....

tapi kan bila lama2 fikir.....store cara di bawah lagi ok kot...........

Sabtu, 11 Disember 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU....

Hanya pada hujung minggu rumah aku akan bising dengan suara hubby dan anak-anak... Mereka akan bergelak ketawa menjerit-jerit sesama mereka. Aku sangat gembira apabila melihat hubby sibuk melayan anak-anaknya Si Sulung dan Si Tengah bermain karom.....
Pada hari bekerja di musim cuti sekolah ni hanya aku dan anak-anak di rumah, tak ada lah aku nak melayan mereka bermain. Aku biarkan saja mereka dengan aktiviti masing-masing.... sebabnya aku ada banyak kerja nak buat...
Jom kita tengok apa yang mereka buat......
Hah....
patutpun senyap dan sunyi...........
Selain berfacebook Si Tengah juga sukaaaa.....

Haaaaa, ini la aktiviti anak-anak zaman IT, sains dan teknologi...........

Jumaat, 3 Disember 2010

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.