Selasa, 27 Disember 2011

MANDI MANDA DI MELAKA WONDERLAND

















Bertolak ke Melaka tepat 10malam 22.12.2011, dan tiba di Melaka 5.45 pagi keesokkannya. Selepas sarapan pagi kira-kira 8.30pagi rombongan bertolak ke


Melaka Wonderland, Theme Part and Resort. Melaka Wonderland adalah destinasi pertama yang kami singgah. Rombongan kami berada di sini sehingga 2 petang kerana kami hanya akan check in ke hotel pukul 2.30 ptng.

Mandi manda adalah aktiviti yg sangat menyeronokkan bagi yang berminat tapi tidaklah bagi aku. Aku tak suka mandi dan berenang.

Aku sebenarnya heran bila orang tua2 sebaya aku masih suka mandi manda di sini mengalahkan budak2........Kalau layan anak2 kecik tu kira ok la, tapi aku tengok hok tua2 yang lebih2...kelakarnyaaa......

Sabtu, 17 Disember 2011

Sekitar Grading BLACK BELT SiTengah

Dah 3 kali SiTengah dapat borang grading black belt tapi dia beri berbagai alasan untuk tidak attend grading tersebut. Dia macam tak bersedia.



At last tempohari 9hb.12.2011 aku paksa juga dia utk attend 'grading' tu, yang penting dapat sijil 'black belt', lepas ni kalau nk berenti terus pun tak apa......Untuk ambik test 'black belt' aku kena bayar rm255 berbanding hanya rm40 untuk lain-lain warna.....Huuu pokaiiii. SiTengah asyik mengelak je tak nak ambik test. Macam-macam alasan dia bagi, tak ingat step la segala.....

Dah seminggu SiTengah tak attend latihan sebab berkhatan, so 4, 5 hari lepas jurulatihnya call beritahu SiTengah lulus dah test 'black belt' tu dan bolehlah datang ambik baju yang ditempah. Huuuuu kena lagi rm160..... walaubagaimanapun kira settle dah satu masalah....




Antara sesi grading yang SiTengah lalui...ada byk lagi tapi tak larat nk upload....

Selasa, 6 Disember 2011

MUDAH KERJA AKU.





Aku dah lama praktikkan cara ini, pada aku ni adalah salah satu cara pengurusan masa yang berkesan juga la. Aku ni kalau nak dikatakan sibuk, tak la sangat tapi bila tiba 'time' sibuk tu semuanya akan kelam kabut. Kalau dah sibuk, urusan rumah tangga juga akan jadi tidak terurus. Perkara yang paling memeningkan kepala aku ialah pakaian yang berbukit tidak berlipat. Membasuhnya tidak lah menjadi masalah, kerana di rumah ada 2 buah mesin basuh yang sedia beroperasi bila-bila masa tapi bila tiba part untuk melipat, aku akan jadi gundah, pertama kerana aku tidak cukup masa dan keduanya aku memang tidak suka.....faktor kedualah yang menjadikan bukit makin tinggi hari ke hari.....
So untuk mengelakkan baju2 ini terus membukit aku praktikkan satu cara yang mudah, so SiBongsupun boleh tolong menyelesaikan masalah ini. Ada masa barulah aku melipatnya.....
Baju yang dah diangkat dari sidaian dah jadi tugas SiTengah dan SiBongsu mengisihnya mengikut bakul yang telah dilabelkan. Ini memudahkan untuk ahli keluarga aku mencari baju masing2 walaupun aku tak sempat untuk lipat dan masukkan ke dalam almari...mudahkan??? Hik3...jangan ikut cara ini. Cara orang malas ni......

Khamis, 1 Disember 2011

AKU, FAMILI DAN SELEBRITI.....

Cerita ni dah lama... dah basi sebenarnya, tapi aku rasa perlu aku jadikan cerita ini sebagai n3 aku yang kedua kerana bukan selalu benda begini akan terjadi pada kita.....


Seminggu sebelum puasa aku dan famili mengikut rombongan office hubby ke KL, tujuan utamanya hanyalah untuk shopping baju raya anak2.....


Kalau dah nak shopping baju anak2, tempat yang paling mudah dan menjimatkan masa ialah SOGO. Memang orang akan kata, tak ada tempat lain ke nak shopping selain dr SOGO? Tapi bagi aku, untuk SiTengah dan SiBongsu hanyalah SOGO. 3 hari aku di KL, 3 hari lah juga aku akan naik turun SOGO ......


Hari yg kedua aku ke SOGO aku dijemput oleh pengurusan SOGO untuk bertemu dengan selebriti terkenal Dato' Khatijah Ibrahim yang menjadi 'duta vantage'. Aku enggan pada mulanya, bukan apa tapi aku rasa malu dan tak tahu nak borak apa dengan beliau. Pihak pengurusan SOGO ajar aku satu satu bagaimana nak bermula dan apa nak kata.....hik3, kelakar la pulak tiba-tiba je lidah aku kelu. Mana perginya mulut aku yang berbisa yang suka sangat bercakap sebelum ini.


Apapun pertemuan aku, famili dan Dato' Khatijah Ibrahim menjadi sejarah la dalam hidup aku kiranya, walaupun aku tak belipun barang vantage yang dia promote untuk aku tu.....mahal beb.

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.