Rabu, 30 Jun 2010

BEKALAN UNTUK KELUAR RUMAH ......


Bila aku keluar dari rumah, beberapa benda memang aku angkut bersama... Antara benda2 yang aku kira wajib dibawa ialah...jeng...jeng...jeng.....
Mungkin bagi sesetengah orang, benda2 ni tak diperlukan pun semasa keluar rumah atau ke mana- masa2, tapi bagi aku kalau benda2 ni semua tak ada...betapa boringnya masa2 terluang yang terpaksa aku lalui. Aku bawa ia ke mana sahaja...ke sekolah, menemani anak semasa latihan taekwondo malah menemani suami ke IJN juga.....

Inilah dia ....
1. laptop&charger
2.maxis Broadband
3.external h/disk
4.pendrive2
5.kabel2 usb
6.h/phone&earphone
7.camera digital
Benda2 ni semua aku sumbat saja ke dalam beg laptop yang hubby aku belikan. Bila membawa beg besar ni aku dah tak perlu bawa h/bag lagi. Aku sumbat sekali keperluan2 lain seperti foundation dan lipstik..

Ada lagi yang mesti aku bawa juga , iaitu novel2 aku.... Bila keluar rumah aku bekalkan juga sekurang2nya sebuah novel.....dengan adanya benda2 ni semua, aku boleh kemana sahaja. Maka istilah boring aku dah tak tahu lagi.......dan jangan lupa aku mesti membawa benda ajaib ni juga.....purse aku la...

Sabtu, 26 Jun 2010

EMAK SEMASA HAYATNYA....


Semasa sihatnya emak seorang yang sangat peramah dan suka bercerita. Kadangkala ramahnya boleh dikatakan tidak bertempat juga......terlalu ramah....

Emak diberi nama NAFISAH @ TEH hanya dikenali sebagai Mek Teh Awang di Felda Jerangau telah berhijrah ke rumah baru milik abang kira-kira 3 tahun yang lalu. Walaupun tinggal di rumah baru serba selesa, kesihatan emak makin merosot dari hari ke hari sehinggalah kami adik beradik dikejutkan dengan khabar yang sangat menakutkan bahawa emak menghidap barah serviks yang sudah berada di stage terakhir....

Kelam kabutlah kami menguruskan emak walau dengan rasa yang sangat terkilan. Terkilan kami kerana emak begitu lama menyembunyikan penyakit yang dihidapinya daripada pengetahuan ahli keluarga, sehinggalah adik mengetahui dan memaklumkan kami yang lainnya....

Hampir sebulan emak mendapat rawatan di Hospital Nur Zahirah
K. Terengganu,
akhirnya doktor rujukan kepada doktor pakar HUSM Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan radioterapi. Emak memerlukan rawatan radioterapi selama 5 minggu iaitu 25 kali untuk 25 hari bekerja. Maka bergilir-gilirlah kami adik beradik menunggu emak di sana mengikut giliran dan kelapangan....

Kesihatan emak makin merosot dari hari ke hari kerana emak tidak mahu makan. Daripada boleh berjalan dan mengurus diri sendiri emak
hanya terbaring dan perlu diurus oleh orang lain. Walaubagaimanapun kami adik beradik tidak jemu mengurus emak....hanya inilah sahaja yang mampu kami lakukan selagi ada hayatnya....

Apabila kami tidak boleh menguruskan emak secara bersendirian, kami membuat giliran menunggu berdua pula, supaya kami ada keupayaan untuk mengangkat dan membersih serta menyediakan semua keperluan emak. Kami melakukannya tanpa rasa terbeban....
Kepada adik-adik aku memberi motivasi, supaya mereka kuat menerima apa jua ketentuan Illahi.
Masa senang selesa telah berlalu...emak mungkin tidak seperti dahulu lagi, kalaulah diizinkan Allah panjang usianya, segalanya memang tidak akan kembali
kepada asal. Emak tetap sakit....Adik-adik aku yang dalam peringkat remaja, aku harap boleh berubah dan mendengar kata. Beban mendidik akan jatuh ke
bahu aku sebagai kakak yang
paling tua...


Kini, semuanya tinggal kenangan....
emak telah pergi meninggalkan kami semua....
Tanggal 22 Jun 2010, tepat 12.50 tgh.... Kami menerima ketentuanNya dengan redha...semoga roh emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Pemergiannya menamatkan segala penderitaan. Aku tahu emak menanggung kesakitan yang tak terhingga.... Aku dapat rasakannya....
Kini tinggallah ayah keseorangan mengukur hari-hari mendatang....
Alfatihah untuk arwah emak yang telah pergi...

Sabtu, 19 Jun 2010

BILA ORANG GAJI BERCUTI....


Cuti Pertengahan Tahun walaupun aku tahu jadual aku padat, aku cuba juga luangkan masa untuk mengemas rumah dalam dan luar. Ini sajalah masa yang aku ada untuk menilik part-part dalam rumah yang agak tidak terjaga....rumah aku tak adalah teruk sangat sebab aku ada orang gaji yang datang 2 @ 3 kali seminggu untuk membasuh, melipat baju2 dan mengemas apa-apa yang patut .....

Tapi...cuti kali ini orang gaji aku tu mintak cuti seminggu sebab dia agak sibuk menguruskan keperluan untuk buat kenduri kahwinkan anak sulungnya. Aku ok saja, nak cuti...boleh no problem tapi...ha ha aku sendiripun nak gelak tengok keadaan rumah yang mula berselerak dengan baju yang bertimbun tak berlipat. Aku memang fobia dengan lipat2 baju ni, apatah lagi baju2 tu dah membukit. Membasuh tak jadi masalah, sebab kat rumah ada 2 buah mesih basuh....paling besar lagi dan terkini...he he boleh membasuh sehingga 13 kg sekali basuh....

Masa nak ke HUSM, aku dah pening cari baju anak-anak yang nak dibawa bersama. Dalam almari tak banyak yang ada, semuanya dalam timbunan yang membukit tu. Untuk menjimatkan masa dan tenaga aku mengerahkan ketiga-tiga anak2 aku tu untuk mengemas sendiri baju2 mereka. Dengan alasan mereka tak bolehlah diajar sentiasa senang lenang, kena tahu juga kemas sendiri baju2 mereka. Sambil menyuruh, mengarah aku memberi motivasi... he he, aku bersyukur kerana aku mendapat anak2 yang rajin juga dan mendengar kata tapi kena la pandai memberi sebab dan rasionalnya kenapa mereka mesti buat sendiri dan bukannya ibu mereka yang kena buat itu semua. Tengoklah Si Tengah dan Si Bongsu sedang melipat baju masing2. Punyalah tekun mereka buat kerja, walaupun akhirnya ibu mereka juga yang kena sudahkan....

Adakah aku sedang mendera? Jawapannya...tak, kerana aku sedang mengajar dan mendidik ni. Mana Si Sulung? Haaa masa ni dia ada dalam bilik air, sedang memberus baju sekolahnya. Tak sempat nak candid gambar dia, dia cekap sembunyi bila sedar aku nak ambik gambar. Bimbang masuk blog katanya....Ha ha ha, dalam marah kadang-kadang aku gelak sendiri....

Selasa, 15 Jun 2010

AKU SEORANG ANAK...

11 June 2010

Tepat 10.00 pagi aku dan keluarga bertolak ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan untuk mengambil giliran menjaga emak yang terlantar sakit di wad 1 Timur. Aku dan adik beradik yang lain telah sepakat untuk bergilir menjaga emak seminggu seorang. Minggu ini adalah giliran aku, kerana hanya inilah saja masa yang ada untuk aku luangkan bersama emak...walaupun aku tidak dibesarkan oleh 'dia' sebagaimana yang lain tapi aku tahu tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan aku akan bertanggungjawab seadanya setakat aku termampu.....

5 hari 4 malam aku berada di HUSM ditemani suami dan anak2 serta ayah dan adik aku yang bongsu menyedarkan aku seluasnya bahawa dalam kehidupan hari ini kuasa wang ringgit sangat penting.... Rasanya tidak boleh untuk meneruskan hidup sekiranya tidak berduit..... duit mesti selalu ada untuk menyambung kehidupan. Fikiran akan menjadi buntu tanpa duit. Sekiranya tidak berduit nadipun tidak berapa berdenyut....

Sepanjang 5 hari di HUSM aku melihat kesakitan, kesengsaraan dan kematian. Kematian akan berlaku tidak kira masa, nadi akan berhenti berdenyut apabila tiba waktu.... Kenalah selalu beringat dunia hanya pinjaman....

Kepada adik2 aku ingatkan, waktu mewah dan senang telah berlalu.... kenalah terima kenyataan bahawa emak tidak akan kembali kepada kehidupan asalnya yang dulu. Kalaulah dipanjangkan umurpun hanyalah untuk bertahan dan kami adik beradik kena sentiasa sedar, tahu dan terima kenyataan itu....

Walaupun aku bermalam di wad, suami dan anak2 serta keluarga menyewa 'rumah rakyat' di perkarangan Kolej Kejururawatan di sebelah HUSM dengan kadar yang sangat murah iaitu rm5 untuk sehari. Kami dah menghuni rumah ini sejak sebulan yang lalu untuk memudahkan adik beradik berkumpul...

Inilah rumahnya yang aku rasa sangat selesa untuk rm5 sehari walaupun bilik air kena berkongsi di luar. Kami dapat rumah inipun kerana ada kawan yang beritahu sebelum kami datang...

Selasa, 1 Jun 2010

TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Korus)
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Sibuk dengan memeriksa kertas periksa budak membuatkan kekeringan modal untuk mengedit blog so aku 'tempekkan' lagu ini untuk memenuhi ruang...supaya lelabah tidak bersarang....he he.

RAGAM ANAK2...

Tak ada lain yang aku takutkan...selain kalau bawak Si Bongsu jalan2. Bukan apa, mesti kopak aku dibuatnya. Aku tak ada la nak layan sangat dengan perangai Si Bongsu Ainul ni tapi hubby mesti nak ikut saja apa saja yang Si Bongsu mintak... kadang2 aku meradang jugak dengan hubby. Kali ni Si Bongsu bukan main gembira lagi sebab dapat beli gaun dengan siap berbeg tangan lagi. Harganya bukan la mahal sangat, tapi kalau dah hari2 beli.....
Kalau dah Si Bongsu dapat gaun, Si Tengah bagai nak histeria la cari baju bola. Kali ni baju ' Argentina' yang jadi mangsa. Kalau dah hubby yang lebih2, apa lagi anak naik tocang la....

YANG DITUNGGU DAH TIBA...

Setelah menunggu agak lama, akhirnya EXORA basic yang aku tempah tiba jua... Pada mulanya aku terkejut juga, kerana tiba2 saja hubby balik kerja dengan memandu kereta baru.....seronokpun ada...he he. Macam la tak pernah beli kereta... Tapi satu je tak best, order warna silver...dapat warna hitam....bantai aje la...
Tanpa sabar, hari ni hubby terus bawak gi kedai untuk tukar sport rim...uhuuu duit lagi..... tak apa la, asal hubby senang hati.... Esok dia bercadang nak pasang skirt pula....duit lagi!!!!! Uwaaaaa......

Nampaknya TAF5353 aku dah dapat pasangannya...TAY5353. Puas hati la, kerana hajat tercapai....lepas tu POKAI!!!!!!

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.