



Aku dah lama praktikkan cara ini, pada aku ni adalah salah satu cara pengurusan masa yang berkesan juga la. Aku ni kalau nak dikatakan sibuk, tak la sangat tapi bila tiba 'time' sibuk tu semuanya akan kelam kabut. Kalau dah sibuk, urusan rumah tangga juga akan jadi tidak terurus. Perkara yang paling memeningkan kepala aku ialah pakaian yang berbukit tidak berlipat. Membasuhnya tidak lah menjadi masalah, kerana di rumah ada 2 buah mesin basuh yang sedia beroperasi bila-bila masa tapi bila tiba part untuk melipat, aku akan jadi gundah, pertama kerana aku tidak cukup masa dan keduanya aku memang tidak suka.....faktor kedualah yang menjadikan bukit makin tinggi hari ke hari.....


0 ulasan:
Catat Ulasan