Selasa, 5 Januari 2010

HARI JADI AKU: 5 JANUARI...

Hari ni adalah hari jadi aku yang ke-41. Dah tua rupanya aku ni, tapi banyak lagi impian dan cita2 aku yang tidak tercapai dan mungkin dah tak mampu dan tak mungkin untuk aku capai lagi...
Aku dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan oleh seorang ibu angkat yang dah kehilangan suaminya. Apa sangat yang boleh dihulurkan untuk membesarkan aku pada waktu itu.... Aku hanya mampu menghabiskan pelajaran setakat diploma sahaja, itupun aku bernasib baik kerana waktu itu aku belajar di ITM yang bayarannya agak murah. Untuk menampung pembelajaran aku, aku bekerja pada setiap cuti semester. Duit hasil titik peluh itulah aku gunakan untuk membayar yuran pengajian.... bayangkan betapa susahnya aku untuk menggenggam segulung diploma yang tak seberapa.
Aku menyambung pelajaran yang tertangguh apabila aku telah berkahwin dan bergelar guru, itupun dengan sokongan yang kuat daripada suami yang sayang dengan kepandaian yang aku ada....Aku berterima kasih kepada suami kerana sentiasa memberi perangsang untuk aku belajar walaupun dia terpaksa bersusah payah menjaga anak2 yang masih kecil pada masa itu. Kerana pengorbanan suami itulah aku berjaya menggenggam ijazah pula ... Hajat hati masih kuat juga untuk terus menyambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi sumber kewangan dan masa membuat aku berfikir banyak kali....
Aku ada tanggungjawab lain yang perlu aku utamakan... terutamanya membesarkan anak2 aku yang bertiga itu, menjaga dan mendidik mereka supaya berjaya dalam pelajaran mereka pula demi kehidupan mereka akan datang...
Maka cita2 aku terpaksalah aku lupakan mungkin untuk selama-lamanya.....

RUMAH ORKID..PINDAH KE LOKASI BARU...

Nampaknya...rumah orkid aku terpaksa berpindah ke tempat lain untuk memberi laluan kepada pembinaan garaj kereta yang baru... Si Sulung terpaksa mengerah beberapa orang kawannya untuk bergotong royong mengangkat rumah orkid itu...
Adalah dalam 7/8 orang yang tolong mengalihkannya...berat juga rumah orkid tu. Lokasi barunya ialah bersebelahan dengan rumah orkid yang lama...bila diletakkan berdekatan...nampak cantik pula...he he. Boleh tambah lagi koleksi orkid nampaknya, untuk menggantikan beberapa pokok yang mati masa musim hujan tempohari....

Isnin, 4 Januari 2010

GARAJ BARU...

Agak lama juga aku berhajat dengan garaj kereta yang boleh dipanggil garaj...tapi ekonomi famili yang agak tidak mengizinkan pada masa itu maka aku cuma mendiamkan diri sahaja selepas aku dan famili mendiami mahligai kami pada bulan Oktober 2003. Kereta yang adapun aku hanya letakkan merata2 di halaman rumah sehingga ditegur oleh jiran tetangga yang prihatin. Sayang kereta katanya..kena panas dan juga hujan....
Mengelakkan daripada ditegur terus-terusan, aku binalah sebuah garaj kayu yang aku kira sebagai sementara pada waktu itu dengan kos rm700. Di sinilah kereta aku berlindung daripada panas dan hujan selama hampir 6 tahun....


Inilah garajnya yang banyak berjasa....


Kini...aku kena fikir lagi masalah garaj apabila aku dan suami berhajat untuk menambah sebuah lagi kereta. Mana pula kereta baru hendak disendalkan nanti. Kalau kereta Viva mungkin boleh diletakkan di anjung depan rumah sahaja, tapi sekarang Viva dan jadi Exora....

Bincang punya bincang, fikir punya fikir masalah tak juga selesai.... at last aku nekad, aku kena korbankan juga duit yang ada untuk membina sebuah garaj yang selesa untuk kereta2 aku tu nanti. Aku garu kepala juga sebenarnya ni...tapi apa nak dikata, bila hati dah teringin....hajat mesti diteruskan. Duit banyakpun tak guna, kalau tidur matapun tak pejam... ha ha.
Kini rangka garaj telahpun naik tiang. Alang-alang buat garaj baru...aku bina untuk 3 lot sekaligus walaupun kereta ada sebuah...he he. Standby kata orang... Kosnya dijangka rm6,000...Uwaaa!!!!!!!!!

Inilah rangka garaj dah dah naik tiang tu....

Jumaat, 1 Januari 2010

MESYUARAT GURU KALI-1: SEKOLAH BARU....

Bertukar sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Walau bagaimana terukpun sekolah terdahulu, itu adalah lebih baik sebenarnya kerana kita dah serasi dengan persekitaran itu...dengan kawan2 lama yang mungkin telah kenal dan memahami kita...juga mereka telah tahu bagaimana kita bekerja dan siapa kita...
30/12/2009...Mesyuarat guru kali pertama di sekolah baru, aku bagaikan rusa masuk kampung. Aku sampai tepat2 pukul 8.30 pagi tapi terkial2 tak tahu kat mana bilik mesyuarat membuatkan aku agak terlambat, walaupun mesyuarat belum dimulakan....

Bertukar dari sekolah harian yang tiada nama ke sekolah yang kononnya bagus di mana katanya sekolah kawalan daerah dan guru-guru yang mengajar juga mesti bagus, membuatkan aku rasa aku paling tidak bagus di sini...waktu ini. Entahlah...Namun hidup mesti diteruskan, aku buat muka sardin aje la.... Ada beberapa orang guru memang aku dah lama kenal...cuma yalah kan, kau orang baru tetap baru selagi tidak ada yang terbaru....Aku tidak gembira untuk hari pertama ini....Aku merasakan guru-guru lama memandang aku semacam ...macam orang bersalah. Mungkin ini semua perasaan aku saja, sukar untuk aku menghuraikan dengan kata2.....Semuanya rasa tidak selesa...

Aku dibekalkan dengan jadual waktu dan panduan tugas dan t/jawab guru untuk tahun 2010. Jadual waktu tidak berbeza dengan sekolah lama kerana aku masih mengajar matematik ting2(2 kelas) dan ting3(2 kelas), hanya ditambah sekelas matematik ting4.
Aku harap aku mampu memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik dan cemerlang untuk tahun 2010 sebagaimana yang diharapkan oleh semua orang...

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.