Aku memang minat dengan bekas plastik jenama Tupperware. Dah banyak sebenarnya kat rumah... Walaupun minat, aku tidak akan mencari kalau dia tidak datang bergolek depan mata....
Sempena mencari2 Tupperware untuk 'token' sempena jamuan akhir tahun kelab guru di sekolah, aku yang membelek-belek katalog telah tersangkut dengan set ini. Uwaaa... mahal jugak ni tapi apa nak buat, kalau hati dah suka....
Bila difikir-fikir apalah aku nak buat dengan Tupperware yang berlambak ni. Kalau nak tapau makanan untuk dihantar ke mana-mana sekalipun aku tak akan menggunakan bekas jenama ini. Kenapa ya...ha ha ha....takut orang tak pulangkan je. Mahal kan....... he he. Eh ada lagi la....Ini pula tupperware level2 yang boleh dibeli sekiranya belian mencapai rm680 so aku bayar aje lah dah dealer tu bagi....
Aku suka dengan tupperware air, macam2 jenis la pula, semua aku beli....sementara aku dapat less 25% ni, aku sapu aje la.
Inipun aku suka, tapi kan aku dah tak ada duit nak bayar bulan ni .....tapi hubby kata dia nak tolong bayarkan untuk aku sebab diapun suka dengan tenon tingkat ni....he he. Itu sebab aku sayang hubby..... jeng...jeng...
0 ulasan:
Catat Ulasan