Rumput2 menghijau memenuhi bangsal2 orkid......rumput2 menghijau memenuhi di sekeliling pokok2 hiasan yang aku tanam.....

rumput2 menghijau memenuhi halaman depan....dan diluar pagar juga........tidak terkawal kerana sekarang musim hujan....ianya subur bagai dibaja dan disiram2.
Sebelum raya aku ada juga meninjau-ninjau sesiapa saja yang ternampak di mata atau terdengar di telinga sedang memotong rumput..... tapi hampa kerana abang ipar di sebelah rumah yang ada mesin rumputpun hanya memotong di bahagian rumahnya sahaja....alasannya minyak habis...malas nak gi beli. Aku tersengih je masa kakak ipar hubby memberitahu....alasan yang aku dengar dah bertahun2.....
Rupa-rupanya...hubbypun perasan dengan sikap abang dia ni...so oleh kerana bengang dan mungkin juga geram.....hubby belikan sebuah mesin rumput baru.....Mula2 dia nak beli yang paling murah tapi pk punya pk, ini yang dibuat balik rumah......terlopong aku melihatnya...aku memang tak reti nok 'gohek' ni.........
Hubby jawab mudah, apa susah anak you kan adaaaaaaaa... he he. Tengok dia dah cuba.... Kekadang kita agak terlupa, anak2 kita makin hari makin membesar.....



0 ulasan:
Catat Ulasan