Selasa, 18 Mei 2010

POTRET WAJAH AKU...

Acara yang turut dipertandingkan pada hari guru tempohari ialah melukis potret dengan menutup mata...., bukak mata luas pun aku tak reti, ini kan pula aku nak lukis dengan mata bertutup...tak pasal2 mata duk kat dahi kang....so untuk menyelamatkan keadaaan aku jadi model aje lah ya.....Si Kaunselor Rohaya ni yang melukis, dia ni terror melukis...


Tengok la, dengan mata bertutup tangan dia cantik meletak mata, hidung dan mulut....tudung yang aku pakai siap berkerongsang lagi...ha ha.

Apabila siap sepenuhnya... jeng..jeng...jeng..., tengok la betapa cantiknya aku. Muda belia lagi...he he.


Lukisan potret ni, mendapat tempat kedua...bermakna ada la yang lebih cantik lagi. Pada pandangan mata pelajar la... Pada pandangan mata aku. mesti la potret aku di bawah ni yang paling cantik...ya tak ? kah3....





Ahad, 16 Mei 2010

AKU SEORANG GURU...

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu pada waktu dulu...tapi sekarang apa yang aku tak nak tu aku dah jadipun.... dan pejam celik pejam celik aku dah berjaya jadi guru dah hampir 13 tahun dan pernah juga mendapat APC maknanya berjaya jugalah aku sebagai seorang guru dalam-dalam aku tak minat dulu...

2010 aku sambut hari guru kali yang ke-12 dan kali pertama di sekolah baru ... suasana sambutan sedikit berlainan berbanding sebelumnya, di sini lebih kepada guru membuat sambutan untuk guru sendiri....bukan pelajar tidak boleh buat kerja tetapi di sini lebih kepada guru-guru sendiri....

Seawal pagi hari ini, aku dan semua guru sangat sibuk bergambar untuk majalah sekolah. Bukan apa, kesempatan berfoto ni diambil memandangkan hari ini guru memakai pakaian cantik dan berkot ...kononnya cantik la...ha ha.

Selepas bergambar guru-guru diarak dengan paluan kompang ke dewan di mana pelajar2 sedang menanti untuk acara yang keseterusnya. Acara perhimpunan diteruskan dengan membacakan perutusan2, ikrar guru dan nyanyian lagu2 hari guru serta lagu negaraku oleh semua guru2. Penyampaian anugerah2 guru juga diadakan seperti anugerah guru mithali, anugerah buku rekod, anugerah guru inovatif, dan anugerah2 khas....

Hampir pukul 10.00 pg, guru2 keluar dewan untuk ke tapak perhimpunan untuk acara sukaneka. Semua guru diwajibkan untuk bersukaneka. Guru2 dibahagikan kepada 6 kumpulan. Aku ambil bahagian dalam 4 acara sukaneka tapi hanya satu yang menyumbang hadiah....dapatlah tupperware di sebelah...

Acara sukaneka berlangsung sehingga hampir pukul 12.00 tgh. Guru2 dan pelajar kembali ke dewan untuk persembahan guru dan juga pelajar.... Ada nyanyian , ada yang bersajak, berbalas-balas pantun dan bersketsa....menghiburkan.... ada cabutan no. bertuah dan penyampaian hadiah-hadiah sukaneka... malangnya di sini aku langsung tak bertuah....

1.30 ptg, guru-guru ke dewan makan untuk jamuan guru dan sekali lagi cabutan nama2 bertuah diadakan...dan sekali lagi juga aku langsung tidak bertuah. Aku khuatir juga...agaknya nama aku ni tercicir kot, atau balik nanti aku kena mandi air bunga 7 tempayan dengan 15 jenis bunga.... uwaaaa....!!!!!

Sebelum balik aku singgah dulu kat bilik guru, terkejut aku tengok....di atas meja ada beberapa hadiah yang diberi oleh pelajar. Ingatkan aku tak akan dapat apa2 hadiah hari ini, rupa2nya ada jugalah pelajar yang ingat kat aku. Terima kasihlah kerana menggembirakan hati cikgu awak yang sorang ni....

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


Inilah hadiah hari guru yang aku sediakan untuk Si Tengah hulurkan kepada guru-gurunya pada sambutan hari guru di sekolahnya ...

Hadiah ni tak adalah mahal sangat cuma sebagai tanda ingatan dan terima kasih aku dan keluarga kepada guru2 yang bertungkus lumus memberi ilmu kepada Si Tengah. Harap2nya Si Tengah boleh mengikut jejak Si Sulung untuk ke sekolah berasrama penuh nanti. Bimbang juga aku dengan Si Tengah ni, sikapnya memang jenis tak kisah dan agak aktif berbanding Si Sulung....


Si Tengah dan Si Bongsu, mereka sangat rapat walaupun sering bergaduh...

Rabu, 12 Mei 2010

ANAK AYAM SERAMA....


Ha ha , inilah foto terbaru anak2 ayam serama yang menetas tempohari... beginilah saiznya selepas 2 bulan dia menetas. Rupa2nya 3 ekor jantan dan seekor betina. Semua teori sebelum ni tak menjadi...ingatkan seekor jantan dan 3 ekor betina dah terbalik jadinya kini....

Khamis, 6 Mei 2010

CATATAN PERJALANAN 2

6/5/2010 8.30 pagi, hubby melengkapkan segala borang yang diberi untuk bertemu dengan doktor dan aku menjangkakan segalanya akan berjalan lancar. Aku membayangkan, selepas bertemu doktor, hubby akan ditempatkan di wad dan aku akan dapatkan sebuah bilik untuk waris yang mengiringi pesakit. Sementara menunggu hubby berurusan dengan doktor, aku lepaklah di bahagian tempat duduk tetamu yang sangat selesa. Aku sempat berinternet lagi dengan Maxis Broadband yang hubby daftarkan untuk aku.... Inilah tempat yang dimaksudkan, aku rakamkan untuk tatapan semua. Masih kosong sebab waktu tu masih awal pagi...


Hampir pukul 11, hubby selesai berjumpa doktor.... malangnya kes hubby kena rujuk kepada doktor RAZALI OMAR yang merawatnya pada tahun 1998. Untuk masa terdekat Doktor RAZALI ini akan ke Amerika, maka temujanji lain terpaksa dibuat. Fail lama dibuka untuk dirujuk dan kes ini tidak boleh diambil oleh doktor lain kerana rawatan yang disyorkan melibatkan kos yang tinggi. Doktor membenarkan hubby pulang dan datang semula untuk rawatan pada 30.6.2010.....uhuuuu, aku gelak sorang dan tersegih, punyalah bersedia untuk stay 2 @ 3 minggu di sini...at last kena balik...kelakar-kelakar. Aku tergelak melihat 2 beg besar yang aku bawak penuh dengan baju untuk menunggu hubby.....

Aku lepak semalaman di KL sebelum bertolak balik ke Terengganu pada keesokan harinya.

Lihatlah hubby dengan beg2 besar yang kami angkut bersama.... penatnya.


Rabu, 5 Mei 2010

CATATAN PERJALANAN 1


Tepat 10.00 malam , aku dan suami bertolak dari KT ke KL untuk ke IJN. Temujanji suami pada hari Khamis 6/5/2010. Aku tidak gagah untuk memandu ke sana walaupun suami mencadangkan kami ke IJN dengan kereta. Aku sangat bimbang berkereta kerana aku tidak tahu selok belok jalan di KL.
Bas SANI yang dinaiki, tiba di Hentian Putra tepat pukul 4.45 pagi. Aku dan suami bergerak ke IJN pada pukul 6.45 pagi dengan teksi, tambang RM10.

7.30 pagi, kaunter pendaftaran dibuka. Dengan menyeret bag besar 2 buah dan juga tanpa makan hubby terus mendaftar. Ajakan supaya makan dahulu tidak dilayannya...takut lambat .....
Pemergian kami ke IJN memaksa kami meninggalkan Si Bongsu dan Si Tengah di bawah jagaan pengasuhnya 100%. Aku percayakan Kak Ani(pengasuh) untuk menjaga anak2 aku ini.....
Semoga Allah memudahkan segala urusanku. Hanya padanya aku berserah, dan semoga keluarga dan kawan2 mendoakan yang baik2. Terima kasih semua....
Terharu aku dengan sokongan keluarga dan kawan2 yang berkunjung sebelum aku dan suami bertolak ke sini terutamanya Sha, Ju, Salbiah, Kak Nah, Kak Azimah, Gee, Kak CT Roslina, Kak Noya dan juga kawan2 yang menalipon bertanya khabar..Kak Mum dan bagi pihak hubby MJ dan Hazwan. Kepada keluarga yang sudi menghantar sehingga ke stesen bas, Kak Ani sekeluarga dan juga Kak Sah sekeluarga. Budi dan Jasa baik hanya Allah yang akan membalasnya....kebaikan akan dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda hendaknya.

Isnin, 3 Mei 2010

HUJAN DAN PANAS PERKARA BIASA...

Kesihatan Hubby tidak menentu kebelakangan ini. Masalah denyut jantungnya yang cepat yang dialami, boleh dikatakan setiap hari menganggunya. Masalah ini membuatkan aku juga terganggu, kehidupan harian aku dan suami juga tidak ceria sebagaimana pasangan lain.... Apa boleh buat, tidak ada seorang manusiapun di dunia ini yang sanggup untuk sakit sekiranya ditanya. Sudah ketentuannya begitu, aku dan hubby menerima saja dengan redha...
27/4/2010, Hubby sekali lagi mengalami degupan jantung yang cepat. Berlaku kira2 11.00 pagi hinggalah ke malam membuat hubby memang sudah tidak bermaya kerana tekanan darah yang rendah. Muka hubby yang tidak merah membuktikan jantungnya tidak mengepam darah.... Aku tidak ada pilihan selain memujuk hubby untuk ke hospital kerana apalah kudrat yang aku ada untuk membantunya sekiranya apa2 berlaku, sedangkan malam telah menapak ke dini hari...
Pukul 10 malam hubby setuju untuk dihantar ke Bahagian Kecemasan HBKT. Memang cemaslah kerana aku keseorangan... Pukul 10.30 malam aku dah terpacak di depan bilik no. 6 bahagian kecemasan...keseorangan.... 2 jam jugalah aku menunggu di luar menguruskan semua prosedur untuk menempatkan hubby ke CCU. Hubby dibawa ke CCU pukul 12.30 tgh malam, pada waktu itu hubby dah beransur pulih dan hubby tidak membenarkan aku menunggunya di hospital. Dia minta aku balik dan tidur di rumah kerana bimbangkan keselamatan aku. Aku memandu balik dalam keadaan yang takut-takut maklumlah malam dan beranjak ke pagi... Aku tiba di rumah tepat pukul 1 pagi....dan waktu inilah aku menangis semahunya mengadu kepada Ilahi, apa dosa aku sehingga diuji sedemikian rupa.....

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.