Khamis, 21 Oktober 2010

HUBBY YANG SUKA MANJAKAN ANAK...

Hanya sekali saja aku mendengar Si Ainul merenget nakkan bear besar macam Che Tam, terus hubby belikan.... suka sangat dia memanjakan anak. Itu sebablah anak2 aku lebih suka mengadu kepada hubby kalau ada apa2 kerana mereka tahu hubby akan tunaikan tapi kalau dengan aku...susah sikit....
Dah anak nak yang besar, kalau boleh dia nak beli sebesar Ibu.... bear ni harganya rm100. Geleng kepala aku dibuatnya...
Bestlah anak aku tidur...nyenyak hingga ke pagi.

Si Tengahpun nak peluk juga, tak ada ke benda macam ni berbentuk ultraman... he he.

Selasa, 19 Oktober 2010

NETBOOK 1MALAYSIA...

Mendengar promosi Streamyx Broadband 1Malaysia, aku berusahalah untuk mendapatkannya. Hubbylah yang menjadi mangsa ke Tmpoint untuk bertanya khabar bagaimana cara untuk membuat permohonan. Tujuan aku memohon pakej ini ialah kerana aku berhajat nak sangat dengan laptop kecik yang dipanggil netbook 1Malaysia yang diberi percuma oleh Telekom Malaysia. 3 kali jugalah hubby naik turun kedai telekom sebelum dia berjaya menghantar borang permohonan, dahlah pekerja di kaunter memberi maklumat yang berbagai-bagai...ada yang kata kena potong dulu line lama, ada yang kata upgrade jelah ....huh...memang menyusahkan....
Seminggu selepas menghantar borang permohonan, subkontraktor yang dilantik pun datanglah memasang modem baru yang sesuai dengan kelajuan yang dipohon, cuma agak lama jugalah aku menunggu untuk mendapatkan netbook 1Malaysia....tapi aku tak adalah tertunggu-tunggu sangat sebab aku dah ada laptop yang boleh aku guna kan untuk berinternet....
Genap sebulan dari tarikh permohonan, kalau tak silap aku pada hari raya ke-3, aku menerima netbook 1malaysia yang dihantar melalui pos laju. Terkejut aku dengan cara depa menghantarnya....hanya dalam kotak dan tidak berbalutpun. Nama aku saja yang tertulis pada kotak...hanya nama sahaja.....
Seronok tak terkiralah aku kerana aku dah lama berhajat dengan laptop yang kecik lagi ringan dan memudahkan aku mengeleknya ke mana sahaja..... Aku siap promosikan pada kawan2 supaya dia orang juga pergi membuat permohonan di Telekom. Tapi bak kata pepatah " kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ".......Huhu...netbook kebanggaan aku dahpun jahanam. Aku hanya boleh menggunakannya untuk sebulan....dan sekarang 'hardisk'nya dahpun rosak. Tidak ada ribut tidak ada angin tiba2 saja netbook itu mengeluarkan bunyi tidak henti dan 'hang' tiba2. Aku terpaksanya menanggalkan bateri untuk menghentikannya daripada berbunyi....
Hubby membawa netbook tersebut ke officenya untuk diperiksa oleh Juruteknik komputer di situ tapi katanya hardisk dah rosak. Huh, aku tak ada cara lain melainkan membawa ke 'Service Agent' yang telah dilantik oleh pembekal netbook tersebut. Memang hardisknya rosak dan apa lagi tinggallah netbook tersebut untuk dibaiki... Pembekal tersebut mengatakan dalam masa 3 bulan dah 50 netbook dibaiki...so bolehlah kita membuat andaian betapa tak berkualitinya barang yang diberi percuma ini. Kalau tak ikhlas baik tak payah bagi.....

Cun netbook 1Malaysia pada luarannya saja...cun lagi la anak aku yang syok main game buat Cake.......

Ahad, 17 Oktober 2010

AKU DAN TUPPERWARE....


Aku memang minat dengan bekas plastik jenama Tupperware. Dah banyak sebenarnya kat rumah... Walaupun minat, aku tidak akan mencari kalau dia tidak datang bergolek depan mata....
Sempena mencari2 Tupperware untuk 'token' sempena jamuan akhir tahun kelab guru di sekolah, aku yang membelek-belek katalog telah tersangkut dengan set ini. Uwaaa... mahal jugak ni tapi apa nak buat, kalau hati dah suka....

Bila difikir-fikir apalah aku nak buat dengan Tupperware yang berlambak ni. Kalau nak tapau makanan untuk dihantar ke mana-mana sekalipun aku tak akan menggunakan bekas jenama ini. Kenapa ya...ha ha ha....takut orang tak pulangkan je. Mahal kan....... he he. Eh ada lagi la....
Ini pula tupperware level2 yang boleh dibeli sekiranya belian mencapai rm680 so aku bayar aje lah dah dealer tu bagi....

Aku suka dengan tupperware air, macam2 jenis la pula, semua aku beli....sementara aku dapat less 25% ni, aku sapu aje la.

Inipun aku suka, tapi kan aku dah tak ada duit nak bayar bulan ni .....tapi hubby kata dia nak tolong bayarkan untuk aku sebab diapun suka dengan tenon tingkat ni....he he. Itu sebab aku sayang hubby..... jeng...jeng...


Khamis, 14 Oktober 2010

SOTO YANG ABI BUAT...

Hubby memang suka memasak . Kalau tengok tuan saja dan tak kenal siapa SHAHRI ADAM, tentu tak sangka empunya badan ni seorang yang memang suka masuk ke dapur. Tak sesuai sesangat. Syyyyy...itu la orangnya kat sebelah, siap berposing lagi....... Menu dia akhir-akhir ini ialah Soto Ayam...........

Tapi kan Soto Ayam dia buat memang best...katanya dia belajar dengan staf perempuan kat pejabatnya.... Dia belajar kerana aku suka sangat makan Meehoon Soto terutamanya bergedilnya. "Lepas ni tak payah lagi pergi makan Soto kat Gong Kapas...Kalau rasa nak makan, Abi boleh buatkan" katanya. Ha ha, aku memang diternak dengan baik...........
Boleh buat pilihan samada nasi himpit atau meehoon....
Tengoklah kuahnya yang sungguh menyelerakan, ditambah dengan bergedilnya yang bestttt .... tak bolehlah aku nak diet setiap kali hujung minggu...uhuuuu.

Jumaat, 8 Oktober 2010

AKU SEORANG IBU....

Aku sayang semua anak2 aku...tanyalah mana2 ibu...itulah jawapan yang aku pasti akan dikatakan. Tapi cara nak menunjukkan sayang itu mungkin tidak sama.....


Aku sebagai seorang ibu sangat bersyukur kerana telah dianugerahkan oleh Allah anugerah yang tidak ternilai...3 orang anak yang sempurna dan istimewa, juga cerdik mindanya cuma yang tinggal perlu dipupuk dan diasuh sahaja. Si Sulung telah membuktikannya dengan berjaya mendapat 5A dalam UPSR, tapi bagaimana pula dengan PMRnya tahun hadapan? Hampir 2 tahun di sekolah berasrama penuh... aku tidak nampak apa2 perkembangan yang memberangsangkan dalam pelajarannya. Mungkin kerana aku tidak menekannya ke arah itu. Aku sebagai seorang ibu kebelakangan ini hanya membiarkan dia berdiri sendiri...hinggakan Si Sulung agak ketinggalan sebenarnya dalam pelajarannya. Terbaru dia hanya menduduki ranking ke-100 dari 115 orang pelajar tingkatan 2 di sekolahnya. Aku terkedu sendiri.... Apa yang patut aku buat untuk membantunya. Tapi bila diingat-ingat aku dulu pun lebih kurang juga, tak ada la cemerlang manapun di MRSM KT tu....

Berbincang dengan hubby, aku mengambil keputusan untuk menghantarnya ke tuisyen sepanjang cuti akhir tahun nanti sebagai persediaan awal untuk tahun hadapan.... InsyaAllah berkat doa aku seorang ibu hendaknya, semua akan berjalan lancar....
Untuk Si Tengah, aku telah membuat persediaan yang lebih drastik sebelum Pep. Akhir tahun yang bakal menjelang nanti. Pencapaian Si Tengah agak sederhana berbanding dengan Si Sulung dahulu. Si tengah hanya menduduki kelas yang ke-2 di sekolahnya dengan pencapaian terbaru hanya 4A dan 2B. B dalam subjek Matematik dan Pendidikan Islam.....juga membuatkan aku terkedu, apa tidaknya...anak seorang cg matematik tidak dapat A dalam subjek matematik., pelik kedengarannya........

Sebagai langkah pertama, aku cuba untuk pastikan Si Tengah melangkah ke kelas pertama tahun hadapan. Aku akan pastikan Si Tengah membuat latihan yang secukupnya bermula hari ini. Berbekalkan duit berkat hadiah daripada K' CT Roslina dan K' Nah Adis, aku belikan buku-buku rujukan dan latih tubi untuk Si Tengah. Haaaa tengok la apa yang aku beli....jeng..jeng...jeng......hubby tengokpun terkejut, mak aiiiii banyaknya.....



Si Tengah lemah sangat dalam subjek Pendidikan Islam kerana kurang membaca, so aku dapatkan sebuah buku rujukan dengan gambar yang berwarna warni untuk di bacanya. Gambar2 dalam buku ini sangat menarik...akupun boleh terpikat dan harap2nya Si Tengah lebihlah lagi....
Si Tengah juga lemah dalam subjek Matematik kerana tidak membuat latihan dan banyak tajuk yang dia tidak belajar kerana tidak datang sekolah semasa hubby sakit tempohari. Aku tidak marahkan Si Tengah kerana semuanya telah tersurat dan yang bersalahnya adalah aku sebagai seorang ibu tidak peka dengan keadaan ini. Untuk menebus dan membaiki keadaan, selain berpandukan buku teks aku juga mendapatkan buku2 latih tubi untuk Si Tengah.
Walaupun Si tengah mendapat A untuk subjek B.Inggeris dan B.Melayu, tapi 'A'nya hanya cukup2 makan sahaja...tak sampaipun markah 90. Banyak buku2 latih tubi aku belikan....Harap2nya bolehlah membantu....
Walaupun Si Tengah hampir mendapat markah penuh untuk subjek Science tapi kali ini aku mensasarkan markah penuh pula....biasalah sebagai manusia kita mesti berusaha untuk mendapat lebih baik dari sebelumnya. Itulah antara usaha yang aku rancangkan untuk Si Tengah sebelum menjelangnya peperiksaan akhir nanti.....
Untuk Si Bongsu yang masih belum mengenal huruf ABC, aku rancangkan untuk mengajarnya mengenal huruf dahulu sebelum menghantarnya belajar membaca pada musim cuti sekolah nanti. Aku mensasarkan Si Bongsu mesti pandai membaca sebelum menjejakkan kaki ke Tadika nanti..... Semoga segala usaha dan perancangan akan berjalan lancar dan diberkati hendaknya.........

Ahad, 3 Oktober 2010

MAKAN2 LAGI...


Belum habis rupanya kisah makan2... tak taulah kenapa lately ini aku suka sangat memasak...sehinggakan aku tinggalkan minat aku yang satu...membaca novel. Sibuk di dapur membuatkan aku tak sempat nak lepak2 baca novel, tambahan pula banyak lagi kerja buat lain yang aku kena buat kat rumah...pembantu rumah dah tak ada kan............

Hujung minggu ni, kalau tak silap aku dah raya ke-22 dan 23...raya kan sebulan!!!! Aku dapat resepi baru daripada kawan, so kiranya aku nak cubalah ni. Kebetulan pula Si Sulong ada balik berhujung minggu di rumah....dia boleh jadi tukang rasa. Si Sulong suka sangat kalau aku memasak. Dia suka cuba apa yang aku masak.
Menu hari sabtu MEE UDANG.


Eh mana kuahnya, tu dia ...da da.

Haaaa, Si Sulung dah bersedia nak makan......taraaaa!!!
Ini pula menu hari Jumaat NASI TELUR. Nasi yang dah sedia sedap walau tak ada lauk kerutup....hubby kata lain kali tak payah buat ayam kerutup la...


GATHERING KELUARGA PAK AWANG 2010


Raya ke-8, Pak Awang menggunakan kuasa veto... memanggil semua anak menantu balik ke rumah untuk jamuan raya...
Katanya satu keluarga satu resepi... hu hu.
Hendak tak hendak kami adik beradik terpaksalah, demi ayah seorang. Aku buat kerja mudah, tempah laksa dan buat kuah putih saja....
Pak Awang kata dia nak buat satay tapi dia hanya mampu proses ayam sahaja...penat katanya habis jatuh peranakan...ha ha. At last aku juga yang kena buat rempah satay dan buatkan kuah kacang. Che Tam pun nak interframe sekali...tukang kacau kuah kacang je...he he.
Mok Long KL buat kuah lodeh sampai satu periuk besar...aku tengokpun takut.... macamana nak habis tuuuu...........

Menantu Pak Awang (Ayah De) sedang sibuk bakar satay.....kat belakang Che Ani interframe sekali............

Menantu Pak Awang (Ayang Ngah) sibuk jugak bakar satay....ambik turn jugak!!!!


Pok Long, ni la abang aku...anak Pak Awang yang sulung.....bergurau dengan anak saudara...Hamim....


Antara cucu2 Pak Awang....interframe sekali tu, Hasif, Imraan dan Mat Khir.....

Anak2 Pak Awang sedang sibuk memasak di dapur....masing2 nak interframe....dari kiri Che Tam, Che Teh, Che Su(tengah genyeh mata tu ), Che Ani(baju hitam-menantu) dan Mok Long KL(baju merah-menantu). Kat depan sekali tu siapa? Tak bertudung lagi tu...masyaAllah!!!!!

Happy family lagaknya...semuanya kerana nak menggembirakan Pak Awang....

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.