au cuti 'urgent' macam ni banyaklah kerja-kerja yang bakal terbengkalai nanti. Apatah lagi hari ini budak-budak periksa subjek aku, matematik....huh, seawal padi ini aku dah mengamuk...hanya kerana ada budak-budak tak bawa kalkulator untuk periksa. Huh, aku kalau dah meradang jangan dibuat main. Habis budak-budak tu aku hambat pergi cari kalkulator...kalau tidak, jangan masuk periksa. Kalau tak puas hati suruh mak ayah mari sekolah jumpa aku.... dah kena sembur macam tu, habis budak-budak tu diam terkedu...Selasa, 26 Mei 2009
MATA OH MATA...
Entah peringatan apa yang tuhan anugerahkan kepada kami sekeluarga... Bermula dengan Si Tengah yang sakit mata sehari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun minggu lepas, berjangkit kepada hubby, kini terkena pula kepada aku dan Si Sulung dan akhir sekali sebagai penamat di terima pula oleh Si Bongsu. Hah, cukup satu keluarga. Walaupun sakit mata Si Tengah tetap ke sekolah menduduki PPTnya. Si Tengah memang berkobar-kobar nak periksa selepas tidak berpuas hari dengan pancapaian sebelumnya. Kali ini dia lebih rajin membuat latihan dan ulangkaji dengan target dapat 5A dengan kedudukan 5 teratas di dalam kelas, berbanding sebelum ini 5A dengan kedudukan 16/36 sahaja. Hubby juga walaupun sakit mata, tetap bekerja seperti biasa. Kalau suruh cuti macamlah kita ajak gaduh besar...
Aku? Satu hal lagi ni...seawal pagi hari pertama sakit mata, aku termenung depan bilik air. Nak pergi sekolah ke nak pergi klinik ni? Tanpa sedar aku dah menapak di sekolah dengan mata yang merah. Bukan aku tak nak cuti, sebenarnya seronok juga cuti awal ni....tapi kal
au cuti 'urgent' macam ni banyaklah kerja-kerja yang bakal terbengkalai nanti. Apatah lagi hari ini budak-budak periksa subjek aku, matematik....huh, seawal padi ini aku dah mengamuk...hanya kerana ada budak-budak tak bawa kalkulator untuk periksa. Huh, aku kalau dah meradang jangan dibuat main. Habis budak-budak tu aku hambat pergi cari kalkulator...kalau tidak, jangan masuk periksa. Kalau tak puas hati suruh mak ayah mari sekolah jumpa aku.... dah kena sembur macam tu, habis budak-budak tu diam terkedu...
au cuti 'urgent' macam ni banyaklah kerja-kerja yang bakal terbengkalai nanti. Apatah lagi hari ini budak-budak periksa subjek aku, matematik....huh, seawal padi ini aku dah mengamuk...hanya kerana ada budak-budak tak bawa kalkulator untuk periksa. Huh, aku kalau dah meradang jangan dibuat main. Habis budak-budak tu aku hambat pergi cari kalkulator...kalau tidak, jangan masuk periksa. Kalau tak puas hati suruh mak ayah mari sekolah jumpa aku.... dah kena sembur macam tu, habis budak-budak tu diam terkedu...Aku ke klinik sebelah petang, itupun selepas dihambat pula oleh rakan sekerja kerana takut dijangkiti. Ada yang menjelir-jelirkan lidah dan sebagainya untuk mengelak. Aku tergelak jugak dengan gelagat kawan-kawan sekerja ni, kekadang mereka lupa...penyakit kalau dah nak datang..... Sesampai di klinik selepas mendaftar, aku diarah untuk diambil tekanan darah...mak oiiiii patutlah aku rasa kepala aku pening berdenyut-denyut dan nak muntah.... rupanya darah dah melambung 160/90. Tak pernah lagi darah aku tinggi macam ni... sebenarnya aku tak ada darah tinggipun selama ini...so aku pulak yang terkedu. Aku dapat MC 4 hari hingga Jumaat....huh cuti awallah aku. Seronok!!!!!!!
Aku sememangnya 'tension' habis hari ni, kejap tadi tu, hubby 'call' beritahu Si Sulung ada kat rumah. Cikgu dia suruh balik...sakit mata juga...uwaaaa!!!! Tak boleh periksalah nampaknya. Manalah darah aku tak naik...... Balik saja dari klinik, aku singgah rumah pengasuh Si Bongsu. Tengok-tengok Si Bongsu pulak sakit mata ditambah pula dengan demam. Huh... Nampaknya 2 minggu cuti sekolah ni, aku anak beranak kena berkurung tak boleh bercampur gaul dengan orang.....takut bawa penyakit.
Jumaat, 22 Mei 2009
BATANG PAIP AIR BOCOR LAGI...
Hari ini hubby aku bertungkus lumus dibantu oleh adiknya mencari punca kebocoran tersebut. Habis keliling rumah digalinya... Hampir sejam barulah jumpa, hah tu la dia...(dlm. gambo). Ini adalah kali ke-3 kebocoran berlaku. Kali pertama tak banyak dalam RM60 saja, kali ke-2 kenalah dalam RM180 tapi dapat potongan separuh harga so bayarlah separuh lagi tu....
Selesai saja paip air dibaiki, bila buka saja meter adik ipar aku kata...ada lagi tempat yang bocor sebab meter tu bergerak laju je...sedangkan tak ada paip air yang digunakan....uwaa!!! Mulalah aku terfikir untuk menggantikan semua batang-batang paip yang tak berguna tu......huh!.
Selasa, 19 Mei 2009
HASIL TANAMANKU...
Hah... inilah hasil tanaman aku. Buah nenas yang tersangatlah manis baunya. Meleleh-leleh air liur dibuatnya....Nenas ini aku tanam dari jambul nenas yang terdahulu. Kata kakak ipar aku, tanam jambul tidak akan menghasilkan nenas yang manis...maksudnya tak sama manisnya jika kita tanam daripada anak pokoknya. Namun aku peduli apa. Lantaran suka bercucuk tanam aku tanam juga jambul nenas tersebut. Sebelum inipun nenas ini dah pernah berbuah dan buahnya sangat manis sama seperti nenas asal yang dibeli. Ini adalah cucu kepada nenas tersebut...
RESULT PTK...
Ha..ha..ha keputusan PTK dah keluar semalam, bagai yang dijangka aku memang tak dapat aras IV . Aku bersyukur juga dengan keputusan yang keluar. Naik pangkat boleh tapi naik gaji tak boleh....Nak buat macamana kan, dah tak ada rezeki untuk dapat anjakan gaji...uhuk!!!! Aku terus mendaftar untuk periksa lagi bulan Ogos nanti......... Kalau tak dapat jugak aras IV Ogos nanti aku hanya ada one more chance in March 2010. Kalau tak dapat jugak tak boleh periksa dah kata guru data kat sekolah aku tu.... Uwaaaa!!!!!!! Yalah kan buat membazir kertas aje....Rabu, 13 Mei 2009
KAD HARI IBU....
Tak adalah terperanjat bila dapat kad 'Selamat Hari Ibu' sepulangnya aku dari sekolah hari ini. Ini kerana Si Sulung telah maklumkan aku tentangnya semasa dia pulang ke rumah hujung minggu baru lalu, bahawa dia menghantar kad untuk aku... Cg. bahasa Jepun suruh hantar katanya. Walaupun begitu aku rasa terharu bila membacakan apa yang Si Sulung tulis di kad itu. Bukannya bahasa yang berbunga-bunga untuk dibanggakan tapi kata-kata yang ringkas yang selamba membuatkan aku menitiskan air mata. Entah dia yang tulis atau cg. bahasa Jepun dia
yang tolong karangkan. Entah2 sekelaspun ayat sama saja untuk ibu masing2. Inilah kadnya...Si Tengah tersenyum-senyum bila tengok aku mengesat air mata. "Baiknya Abang Lan, kekgi kalau Abang Ran duduk kat asrama....Abang Ran pun nak hantar kad hari ibu jugok" katanya. "Abang Ran pun sayang ibu"... dan aku bertambah-tambahlah tersedu...
KACA MATA RABUN...
Aku ni sebenarnya memang fobia bercermin mata. Tak selesa dan rasa terbatas...tapi kalau dah umur mencecah 40 nak tak hendak kenalah jugak kan...kalau tidak banyak benda yang akan terbengkalai. Dah 2 tahun aku perasan mata aku ni dah ala-ala rabun, tapi seboleh-bolehnya tak naklah berkaca mata. Tak ada cermin mata rabun, pada malam hari aku tak boleh baca novel...tak nampak huruf langsung. Dalam malas aku menapak juga
ke kedai Penny Pang (kedai spek di Jalan Air Jernih) untuk 'test' mata. Huh...betullah memang rabun dekat. Memandangkan banyak novel yang belum dibaca so aku buat jugak cermin mata. kalau tidak masalah tak selesai... sekali buat aku hentam 2 sekaligus...cermin mata untuk membaca sahaja dan cermin mata untuk dipakai sepanjang masa. Buat masa ni aku masih rasa kekok untuk pakai sokmo cermin mata tu....bukan takut tak lawa tapi takut terlebih lawa ha3.
ke kedai Penny Pang (kedai spek di Jalan Air Jernih) untuk 'test' mata. Huh...betullah memang rabun dekat. Memandangkan banyak novel yang belum dibaca so aku buat jugak cermin mata. kalau tidak masalah tak selesai... sekali buat aku hentam 2 sekaligus...cermin mata untuk membaca sahaja dan cermin mata untuk dipakai sepanjang masa. Buat masa ni aku masih rasa kekok untuk pakai sokmo cermin mata tu....bukan takut tak lawa tapi takut terlebih lawa ha3.
Sabtu, 9 Mei 2009
PERTANDINGAN TAEKWONDO ANTARA SEKOLAH2 TRG KALI KE-13

Sebelum ini Si Sulung tidak pernah memasuki pertandingan TaekWonDo walaupun dia dah ada 'black belt'. Bukannya aku tak beri dia masuk pertandingan, tapi dia yang tak nak. Tahun ini entah mengapa dia sendiri yang hendak masuk pertandingan itu. Si Tengah pun teringin juga masuk pertandingan walaupun 'belt' belum ada warna. So aku lepaskan kedua-duanya, supaya anak2ku ini akan jadi lebih berani, yakin diri dan berdikari...Pertandingan Taekwondo Sekolah2 Terengganu kali ke-13 ini diadakan di Wisma Belia Kuala Terengganu pada 8-9 Mei 2009 yang baru lalu, melibatkan pelajar dari umur 6-17 tahun...
Si Tengah hanya menang satu perlawanan. Tak apalah untuk permulaan, asalkan dia berani untuk bertanding. Kelakar pun ada sebelum perlawanan sempatlah dia 3 kali menangis... bukan apa, tunggu dari 8.00 pagi tapi bertandingnya 4.00 petang... segala rasa ada panas, lapar, letih, mengantuk dan segalanya...
Si Sulung dalam manja dan penakutnya dapatlah juga pingat gangsa. Syukurlah, dapatlah juga pingat dalam percubaan pertamanya kali ini. Lain kali cuba lagi...emaslah pulak ya sebab Abi terkilan tu..tak boleh nak gadai, tak laku beb!!!!!
Si Sulung sedang menerima amanat daripada seniornya dan semasa menerima pingat....
Ahad, 3 Mei 2009
TOK AYAH DAPAT CUCU LAGI...
Gembiranya Tok Ayah mendapat cucu yang ke-12. Macam-macam ayat kelakar yang keluar dari mulutnya...Wahai cucu-cucu semua, nanti kalau nak datang rumah Tok Ayah jangan lupa pakai 'name tag'. He2... kelakar pulak orang tua ni... Tengoklah cucunya Mohamad Khaliff dengan Tok Ayahnya, macam tahi cicak...uwaaa!!!!!








