Khamis, 1 Disember 2011

AKU, FAMILI DAN SELEBRITI.....

Cerita ni dah lama... dah basi sebenarnya, tapi aku rasa perlu aku jadikan cerita ini sebagai n3 aku yang kedua kerana bukan selalu benda begini akan terjadi pada kita.....


Seminggu sebelum puasa aku dan famili mengikut rombongan office hubby ke KL, tujuan utamanya hanyalah untuk shopping baju raya anak2.....


Kalau dah nak shopping baju anak2, tempat yang paling mudah dan menjimatkan masa ialah SOGO. Memang orang akan kata, tak ada tempat lain ke nak shopping selain dr SOGO? Tapi bagi aku, untuk SiTengah dan SiBongsu hanyalah SOGO. 3 hari aku di KL, 3 hari lah juga aku akan naik turun SOGO ......


Hari yg kedua aku ke SOGO aku dijemput oleh pengurusan SOGO untuk bertemu dengan selebriti terkenal Dato' Khatijah Ibrahim yang menjadi 'duta vantage'. Aku enggan pada mulanya, bukan apa tapi aku rasa malu dan tak tahu nak borak apa dengan beliau. Pihak pengurusan SOGO ajar aku satu satu bagaimana nak bermula dan apa nak kata.....hik3, kelakar la pulak tiba-tiba je lidah aku kelu. Mana perginya mulut aku yang berbisa yang suka sangat bercakap sebelum ini.


Apapun pertemuan aku, famili dan Dato' Khatijah Ibrahim menjadi sejarah la dalam hidup aku kiranya, walaupun aku tak belipun barang vantage yang dia promote untuk aku tu.....mahal beb.

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.