Cun netbook 1Malaysia pada luarannya saja...cun lagi la anak aku yang syok main game buat Cake.......
Selasa, 19 Oktober 2010
NETBOOK 1MALAYSIA...
Mendengar promosi Streamyx Broadband 1Malaysia, aku berusahalah untuk mendapatkannya. Hubbylah yang menjadi mangsa ke Tmpoint untuk bertanya khabar bagaimana cara untuk membuat permohonan. Tujuan aku memohon pakej ini ialah kerana aku berhajat nak sangat dengan laptop kecik yang dipanggil netbook 1Malaysia yang diberi percuma oleh Telekom Malaysia. 3 kali jugalah hubby naik turun kedai telekom sebelum dia berjaya menghantar borang permohonan, dahlah pekerja di kaunter memberi maklumat yang berbagai-bagai...ada yang kata kena potong dulu line lama, ada yang kata upgrade jelah ....huh...memang menyusahkan....
Seminggu selepas menghantar borang permohonan, subkontraktor yang dilantik pun datanglah memasang modem baru yang sesuai dengan kelajuan yang dipohon, cuma agak lama jugalah aku menunggu untuk mendapatkan netbook 1Malaysia....tapi aku tak adalah tertunggu-tunggu sangat sebab aku dah ada laptop yang boleh aku guna kan untuk berinternet....
Genap sebulan dari tarikh permohonan, kalau tak silap aku pada hari raya ke-3, aku menerima netbook 1malaysia yang dihantar melalui pos laju. Terkejut aku dengan cara depa menghantarnya....hanya dalam kotak dan tidak berbalutpun. Nama aku saja yang tertulis pada kotak...hanya nama sahaja.....
Seronok tak terkiralah aku kerana aku dah lama berhajat dengan laptop yang kecik lagi ringan dan memudahkan aku mengeleknya ke mana sahaja..... Aku siap promosikan pada kawan2 supaya dia orang juga pergi membuat permohonan di Telekom. Tapi bak kata pepatah " kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ".......Huhu...netbook kebanggaan aku dahpun jahanam. Aku hanya boleh menggunakannya untuk sebulan....dan sekarang 'hardisk'nya dahpun rosak. Tidak ada ribut tidak ada angin tiba2 saja netbook itu mengeluarkan bunyi tidak henti dan 'hang' tiba2. Aku terpaksanya menanggalkan bateri untuk menghentikannya daripada berbunyi....
Hubby membawa netbook tersebut ke officenya untuk diperiksa oleh Juruteknik komputer di situ tapi katanya hardisk dah rosak. Huh, aku tak ada cara lain melainkan membawa ke 'Service Agent' yang telah dilantik oleh pembekal netbook tersebut. Memang hardisknya rosak dan apa lagi tinggallah netbook tersebut untuk dibaiki... Pembekal tersebut mengatakan dalam masa 3 bulan dah 50 netbook dibaiki...so bolehlah kita membuat andaian betapa tak berkualitinya barang yang diberi percuma ini. Kalau tak ikhlas baik tak payah bagi.....
Cun netbook 1Malaysia pada luarannya saja...cun lagi la anak aku yang syok main game buat Cake.......


0 ulasan:
Catat Ulasan