Khamis, 30 September 2010

PRINCESS OF THE NIGHT


Anugerah Princess Of The Night, akhirnya telah disandang oleh Si Bongsu yang berbaju kurung dan bertudung ala2 tudung RATU...serta membawa handbag BARBIE... betapa gembira dan cerianya Si Bongsu apabila mendapat hamper yang agak besar....




Selasa, 28 September 2010

SEKITAR JAMUAN RAYA PEJABAT HUBBY...

24. 9.2010 (Jumaat 8.00 malam)

Jamuan Raya ni dibuat di Dewan Seri Budi....depan SS1. Biasalah... jamuan raya tentulah fokusnya untuk berjumpa dan makan2 juga bermaaf-maafan. Staf bawa famili dan pakai cantik2...maklumlah, nama pun raya...


Selain makan2 , bagi yang berminat boleh berkaraoke dan ada beberapa anugerah diadakan ...bagi anak2 anugerah Princess and Prince of the night dan bagi staf dan pasangannya anugerah King and Queen Of The Night.

Duit2 raya juga dihulurkan kepada anak2 staf...ibubapa diwajibkan mengiringi anak masing2 untuk menerima duit raya tersebut daripada pengarah di pentas...hu hu. Kira happening la...ha ha....

Khamis, 23 September 2010

GAMBAR2 PAGI RAYA 2010...


MENU RAYA KE-4 dan KE-5

Belum habis bercerita tentang menu raya. Aku ni bukan apa, suka juga memasak tapi masakan yang aku suka je la, kalau tidak pun masakan yang hubby suka.......he he...

Untuk raya ke-4, oleh kerana hubby dah mula kerja maka aku jadi malas nak memasak lebih2 tapi mengenangkan ketupat yang aku tempah masih banyak dan adik aku ada yang tak sempat nak makan rendang yang aku buat, so aku buat sekali lagi rendang noghori yang pedas tu tapi kali ni aku buat sikit je la.... kawan sekolah aku HASNORA yang datang bersama keluargaNYA sempatlah merasa rendang tu. Kawan2 hubby tak ada la yang datang hari ni sebab depa dah tahu hubby dah mula kerja....

Hari raya ke-5, adik aku yang anak2 aku panggil CHE TAM masih ada di rumah aku, so tergerak la aku untuk memasak nasi minyak lauk ayam masak kurma. Aku tak suka makan nasi minyak tapi hubby dengan CHE TAM suka so apa salahnya aku masakkan untuk dia orang kan....
Sekurang-kurangnya kalau aku memasak dia bolehlah tengok dan belajar daripada dia duk saja melepak tak buat apa-apa...
Itu la CHE TAM nak interframe sekali......peaceeeee!!!!!






Rabu, 15 September 2010

RAMADHAN YANG DITNGGALKAN.....

Bercerita pasal juadah raya, aku teringatlah kembali kepada bulan Ramadhan yang telah kita tinggalkan....Aku bersyukur sangat Ramadhan tahun ini, hubby sihat sejahtera dan boleh menunaikan ibadah puasa genap 30 hari dan sebelumnya sempat menggantikan puasa yang tidak dapat disempurnakan pada Ramadhan tahun lepas. 12 hari...hubby begitu bertungkus-lumus menggantikannya...syukur alhamdulillah.

Ramadhan tahun ini aku dan hubby telah sepakat untuk membeli sahaja juadah berbuka untuk menjimatkan belanja....Makan hanya untuk 3 mulut, rasanya tidak berbaloi kalau memasak... yang ada di rumah hanya aku, hubby dan Si Tengah. Si Sulung berpuasa di asrama dan Si Bongsu aku belum galakkan untuk menjalani ibadah berpuasa.... Hubby tidak cerewet soal makan, apa-apa sahaja dimakannya asalkan mengenyangkan. Aku dan hubby cuma utamakan selera Si Tengah, apa yang dia suka itu yang kami turut merasanya....tapi ada satu juadah berbuka yang sangat digemari oleh ahli keluarga aku terutamanya hubby....sambal nyooorrrrrrrrrr....

Nak buat sambal ni senang saja dan kosnya murah....setiap hari makanpun tak akan rasa jemu malah menambah selera.......

Macamana nak buat sambal ni....senang saja, semudah ABC . Sesetengah orang panggil sambal ni sambal ikan, tapi oleh kerana banyak nyor berbanding ikan so aku rasa sambal ni lebih tepat dipanggil sambal nyor atau sambal kelapa.
Suka la saya nak berkongsi dengan semua orang cara nak membuat sambal ini......

Kita perlukan ikan selayang dipanggang tawar, cili api(15 biji-lagi pedas, lagi best), kelapa parut yang boleh dibuat inti, buah mangga/ pauh. Perasa seperti garam. gula dan ajinomoto....









Mula-mula tumbukkan cili api dengan garam sehingga lumat dan masukkan gula.
Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga lumat,
selepas itu masukkan buah mangga/ pauh...tumbuk sehingga lumat.

akhir sekali masukkan kelapa, tumbuk sehingga keluar
santan dan gaul
sebati dengan bahan2 lain yang telah ditumbuk tadi. Masukkan ajinomoto
...........................dan sambal telah sedia untuk dihidangkan....deng...deng...deng... senangkan...

Makanlah dengan nasi panas dan ikan panggang garam kunyit sahaja....lebih terasa keenakkannya...

MENU HARI RAYA....RAYA KE-3

Oleh kerana raya ke-2 aku dan famili masih berada di rumah ayah dan kemudiannya di sebelah petangnya aku beraya di Kg, maka pada raya ke-2 tak ada apa2 menu yang boleh di 'display'. Hanya pada raya ke-3 barulah aku berkesempatan untuk 'stay' kat rumah dan memasak apa2 yang patut untuk hidangan raya...kekawan suami yang datang beraya bolehlah merasa air tangan aku. Haha bukan senang nak rasa air tangan aku ni. Hubby kata, dia rindu nak makan masakan aku so kali ni 'turn' aku pula memasak ...... Aku cuma mintak tolong hubby masakkan nasi himpit segera sahaja, sebab dia memang pakar..... he he. Apa yang aku masak? Jeng..jeng..jeng...
Masakan yang simple sahaja....nasi himpit, kuah kacang dan satay goreng....tukang masak yang pemalas...he he.







Ada lagi ....ketupat yang aku tempah khas dari Kg. dengan rendang noghori....he he....sedap tuuuuu..........



Selasa, 14 September 2010

MENU HARI RAYA......RAYA PERTAMA

Mari kita selongkar apa menu yang ada di rumah aku pada raya pertama tahun ni. Macam kebiasaanlah, pagi raya pertama hubby aku yang baik hati ni, akan masakkan nasi ayam sebagai juadah. Itu saja juadah yang ada kerana aku dan famili hanya ada di rumah di sebelah pagi sahaja. Tak ada gunanya kalau memasak banyak2 pun, tak ada orang nak makan. Anak2 aku memang suka sangat dengan nasi ayam terutamanya Si Tengah. Maka Hubby akan masakkan nasi ayam untuk menggembirakannya. Tahun ni hubby masak masak macam biasa juga dengan 2 ekor ayam. Cukuplah untuk aku makan sekeluarga, hantar sikit ke rumah abang ipar di sebelah rumah, bawak sikit ke rumah mak mertua dan bawak juga sikit ke rumah ayah dan juga untuk santapan keluarga pengasuh anak aku yang bertandang seawal pagi raya..... ...










Ini juadah yang sempat aku 'snap' ....sorry nasi dengan sup belum terhidang...he he , chef tengah busy tu. .......

Ahad, 12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....

Sibuk sangat mengemas rumah luar dan dalam sempena nak sambut kehadiran 1 Syawal membuatkan aku tidak sempat nak mengedit blog, malah lantaran badan letih aku malas nak membuka laptop dan aku pasti pengunjung2 di luar sana juga tentu tidak sempat nak berkunjung ke blog2 ataupun menjelajah di internet.... so di sini rasanya belum terlambat untuk aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa secara sengaja ataupun tidak sengaja.......

Pada pagi raya pertama, aku khaskan untuk budak-budak di kejiranan berkunjung ke mahligai aku untuk beraya. Hubby memang suka sangat melayan kerenah budak2 ni dan mereka suka sangat singgah di rumah aku seawal pagi raya pertama sekembalinya mereka dari sembahyang raya. Alhamdulillah kekadang berbuat baik dengan budak2 adalah lebih baik. Doa budak2 ni sangat berkat sebenarnya sebab hati mereka sangat suci. Dalam rezeki kita ada hak mereka ....dan aku takkan biarkan mereka pulang hampa. Ada rezeki mereka di sini......
Aku keluar ke kubur ayah mertua hanya selepas Jumaat dan singgah beraya dengan mak mertua yang terlantar uzur....Aku syukur sangat sebab aku dijodohkan dengan orang yang berdekatan Kg. Tak adalah aku dan suami berkelahi nak balik rumah siapa....
Setiap tahun aku utamakan keluarga mertua dahulu kerana tanggungjawab suami terhadap keluarganya tidak habis di situ... Aku bergerak ke rumah ayah sendiri pada sebelah petang. Begitulah kebiasaannya dan keluarga aku memang sudah tahu dengan kebiasaan ini dan mereka tidak pernah bersungut. Aku bermalam di rumah ayah kerana hanya akulah satu2nya anak yang telah bersuami beraya bersama ayah pada raya pertama. Abang dan adik2 aku masing2 utamakan keluarga mertua mereka, katanya raya ke-3 barulah mereka akan ke rumah ayah....Sebenarnya aku 'frust' juga dengan sikap abang dan adik2 aku yang sebegini.... tapi apa nak buat kan sikap dan hati masing2....
Pukul 3 ptg raya ke-2 aku teruskan berhari raya di Kg di mana aku dibesarkan....beraya bersama emak angkat, emak saudara dan sedara mara yang lain....
Aku hanya bertolak pulang ke rumah pada sebelah malamnya dan tiba di rumah lebih kurang pukul 10.30 malam.....
Diam tak diam hari ni dah raya ke-3. Hari ni barulah aku boleh lepak di rumah menanti kehadiran kekawan sekiranya ada yang sudi berkunjung ke rumah aku. Selalunya kekawan suamilah yang singgah beraya.......

Khamis, 2 September 2010

KANSER SERVIKS....

Fikiran aku terganggu hari ini. Semalam, semasa aku di sekolah aku dikhabarkan berita tentang kematian seorang rakan, kerana kanser serviks. Hayatnya hanya 2 bulan sahaja dari tempoh dia mengetahui penyakitnya.... Aku teringatkan emak dan adik aku yang bongsu merayu2 kepada abang2 dan kakak2nya supaya pulang berhari raya bersama ayah pada hari raya ini........
Raya ini adalah kali pertama kami akan berhari raya tanpa emak. Aku yang tua ni tak adalah terasa sangat kerana mempunyai keluarga sendiri tetapi 2 orang adik aku yang belum berubahtangga itu dan ayah sangat terasa dengan ketiadaan emak......
Aku lihat ayah macam tidak ada semangat sahaja. Pertengahan puasa minggu lepas, aku balik menjenguk dan berbuka puasa dengan mereka. Aku lihat ayah kurang sihat...demam katanya. Ayah bertambah kurus....hari-hari ayah berulang alik ke kubur emak. Aku lihat ayah bagaikan tidak boleh menerima kenyataan emak telah tiada. Mungkin pemergian emak sangat mendadak......
Sebagai panduan dan pengetahuan tambahan untuk semua pengunjung blog aku ni, di sini aku tempekkan artikel mengenai kanser serviks yang dikatakan adalah antara kanser yang boleh menyebabkan kematian di Malaysia.......

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.



  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya,boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.

Setia pada pasangan anda.

Lakukan pap smear setiap 3 tahun.

Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.