Isnin, 15 November 2010
AKU DAH BEBAS...
Aku rasa tertekan akhir2 ini. Namun aku kuatkan semangat bila mengingatkan apabila semuanya berakhir nanti , aku akan bercuti panjang hujung tahun selama sebulan setengah......dan akhirnya aku berjaya juga melaluinya..........
Apa yang membebankan aku? Ha ha, sebenarnya tak ada
apa sangat yang peliknya.... aku cuma sibuk dengan mesyuarat penyelarasan pmr dan aku mendapat skrip yang agak banyak tahun ini. Itulah yang membuatkan kain aku asyik nak terlucut saja sepanjang 2 minggu ni, tidur aku tak lena kerananya.....
tambah membebankan , aku kena juga 'marking' kertas2 peperiksaan dalaman di sekolah iaitu kertas tingkatan 2 dan juga tingkatan 4 yang 'due date'nya dalam edah mesyuarat penyelarasan pmr juga. Semuanya membuatkan skema dalam kepala berbagai corak dan berwarna warni........
Hari ini aku ke sekolah untuk menyelesaikan penutupan register pelajar dan penyerahan buku rekod mengajar kepada HEM dan PKP. Markah2 pelajar juga aku sudah serahkan kepada s/u-s/u peperiksaan dan yahooooo aku boleh bercuti panjang tanpa gangguan.....tapi last but not least aku kena selesaikan satu lagi tugas....rekod kemajuan murid yang belum bertulis. Tapi itu bukan kerja susah......jangan aku lupa untuk bertugas masa peperiksaan SPM pada 20.12.2010 nanti sudah.....he he he.


0 ulasan:
Catat Ulasan