Isnin, 26 Januari 2009

JEMPUTAN UNTUK MAJLIS KESYUKURAN...

Majlis Kesyukuran Perkahwinan adik hubbyku yang bongsu akan diadakan dirumahku. Perbelanjaan untuk majlis tersebut sebahagian besarnya akan dikeluarkan oleh hubby dengan dibantu oleh adik beradiknya yang lain. Gulai kawah yang pada mulanya dirancang 2 telah menjadi 3. Majlis yang awalnya dirancang kecil sahaja nampaknya dah menjadi bertambah besar kerana berita tersebar dengan cepat semasa hari pemergian arwah mertuaku. Kad yang dicetak 200 keping pada awalnya telah tidak cukup kerana turut dihulurkan kepada saudara mara yang datang melawat yang mana pada awalnya tidak ada dalam senarai jemputan...

AYAH MERTUAKU...

23.1.2009(Jumaat)
Ayah mertuaku telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.30 pagi di Hospital Nur Zahirah. Perginya dengan tidak disangka-sangka kerana ibu mertuaku yang telah 2 tahun lebih diserang angin ahmar masih sihat walaupun terbaring dan makan minumnya perlu dibantu. Sudah sampai masanya, maka kami kena redha dengan pemergiannya ini. Hubby aku nampaknya orang yang paling sedih dengan pemergian ayahnya, dulu dialah anak yang paling nakal...tapi dialah anak yang satu-satunya ada disamping ayahnya disaat pemergian...membantu ayahnya disaat-saat terakhir... Aku juga merasa sedih dan terkilan kerana pemergian ayah mertuaku sebelum sempat dia mewalikan satu-satunya anak perempuannya yang akan berkahwin pada 7.2.2009 nanti...Walaubagaimanapun hubby dengan adik beradiknya akan memastikan majlis kesyukuran perkahwinan itu akan berjalan lancar sebagaimana yang diimpikan oleh arwah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Ahad, 18 Januari 2009

TEMUDUGA LAGI...

19.1.2009
Hari ini Si Sulung ke Sekolah Sains Sultan Mahmud(SESMA) untuk temuduga 'intake' kedua. Aku berharap sangat kali ini Si Sulung akan berjaya dan diapun nampaknya berminat... Baru masuk minggu ke-3 persekolahan bermula, aku dah terasa kesukaran menghantar dan mengambil Si Sulung. Hantar pagi taklah rasa terbeban sangat tapi aku rasa kelam kabut apabila sesi persekolahan berakhir kerana aku terpaksa tergesa-gesa pulang untuk mengambil Si Sulung pula. Sedikit sebanyak membuatkan kerja buat aku sedikit terganggu kerana terpaksa pulang 1 jam awal dari biasa. 1 jam banyak benda yang aku boleh buat tu...

Jumaat, 16 Januari 2009

ILHAM DARI MIMPI...

Tak ku sangka seawal 7 pagi hari ini aku berjaya menambah slaid dan musik dalam blogku. Aku hanya belajar dengan menimba ilmu dari blog-blog yang aku lawati. Nak berguru sebenarnya.....tapi tak ada guru yang boleh memberi aku ilmu itu, so itulah cara yang terbaik setakat ini.

Rabu, 7 Januari 2009

PERSEKOLAHAN 2009 TELAH BERMULA...



Hari pertama sesi persekolahan 2009, wah penuh bergaya Si Sulung dan Si Tengah memperagakan seragam sekolah baru mereka. Mereka bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Si Sulung akan ke sekolah dihantar oleh Ibu dan Si Tengah akan dihantar oleh Abi. Adilkan?

Harap-harapnya anak-anakku ini mempunyai masa depan yang baik...

Isnin, 5 Januari 2009

HARIJADIKU...

Hari ni harijadi aku yang ke....... sedihnya sebab tak ada orang wish 'happy birthday'. Entah hubby ingat ke tidak ni...

Khamis, 1 Januari 2009

GAMBAR-GAMBAR DI LANGKAWI...

di JETI KUALA PERLIS DAN LANGKAWI GEOPARK




di DATARAN HELANG, LANGKAWI




di ORIENTAL VILLAGE, LANGKAWI

di UNDERWATER WOLRD, LANGKAWI


Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.