staf....samada dah jadi peraturan atau nak mengena, itu dah menjadi satu perkara yang biasa sebenarnya. Apapun kerja buat, kita akan cemerlang sekiranya kita berada di bawah pimpinan atasan yang cemerlang tak kiralah apapun organisasi yang kita naungi....
Aku tidak kisah sangat dengan kerja yang terpaksa aku buat ini. Aku boleh buat sendirian sahaja, tanpa melibatkan ajk hadiah yang lain. Aku hanya perlukan suami dan anak2 aku sahaja menemani aku untuk keluar mencari barang-barang yang aku kira sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah. Bayangkan...hadiah aku kena sediakan untuk seramai 70 orang.... susah jugalah untuk aku...bukan apa, aku perlu mencari barangan yang aku anggap akan disukai oleh semua orang.... silap barang matilah aku.... Dah menjadi lumrah bila melibatkan ramai orang, mulutpun macam2 lah... hanya kecacatan yang diwar2kan.... yang berbunyi adalah mereka2 yang tidak mendapat cabutan yang dihajati... maklumlah untuk tahun ini mereka tidak boleh 'booking' barang yang mereka suka, mulalah mereka nak memprotes cara susunan barang dan sebagainya. Nak juga aku tahu siapa2 yang tidak berpuashati supaya aku boleh memberi tugas itu kepada mereka untuk dikendalikan pada tahun hadapan. Buatlah susunan yang mereka suka, carilah sponsor yang mereka ada.... Tidakkah mereka tahu, lain orang lain caranya... Aku ingatkan bila dipanggil guru...mereka akan bercakap bertapis sesuai dengan profession yang mereka pegang tapi tak sangka ramai juga yang mulut tempayan.....


0 ulasan:
Catat Ulasan