Jumaat, 18 Mac 2011
JEJAK KASIH 2
Zaman persekolahan adalah sebahagian dari kehidupan yang terindah untuk dikenang.....
Akan terus dikenang dan diingati selagi hayat dikandung badan..
Selagi bernyawa selagi itulah kenangan itu dibawa....
Setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan, dengan masing-masing telah mempunyai kerjaya sendiri....kami masih terus melakar pertemuan demi pertemuan . Fisah(Norhafisah) yang didatangkan khas dari N9 telah menyertai aku dan Norlida mengunjungi Jack(Zaharah) di rumahnya di Setiu.
JEJAK KASIH 1
Setelah 22 tahun ditinggal dan meninggalkan, tiba2 seseorang telah kembali menyapa telinga dan seterusnya mata ini setelah diri ini mencecah usia senja....
Dia.......kenangan yang ingin terus aku lupakan. Kini dia kembali pulang menjejak diri ini sekadar bertanya khabar dan aku hanya boleh menerimanya sekadar seorang kawan lama..........
Untuk dia.........., terima kasih kerana sudi mencari diri ini untuk merisik khabar........Aku mendoakan semoga dirimu berbahagia dengan anak2 dan isteri, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terimalah semua takdir tersirat dan yang telah tersurat, hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.......
Kini ......aku akan terus melakar bahagia dengan suami yang aku pilih semenjak 16 tahun dulu. Tiada lagi kebahagiaan lain yang aku cari, dan aku mengharapkan engkaupun demikian juga...........Berbahagialah hendaknya.

