Rabu, 28 Julai 2010

SI SULONG : SHAHZEROL ADLAAN

Melihatkan Si Sulong dah sebegini besar membuatkan aku merasakan aku dan tua. Ya lah Si Sulong dan pun tingkatan 2, tahun depan dah nak PMR......

Nampaknya Si Sulong dah serasi tinggal di asrama. Wajah ceria dan gembira menandakan dia semakin seronok... tak ada lagi la nak balik setiap minggu....
Ini post istimewa Si Sulong, gambar terbaru ni....

Si Sulong bergambar bersama rakan2 sedorm. Semuanya dalam tingkatan 2.

Alamak.....gambar lokerpun nak ambik ke. Cantik sangat ke?



DUYONG ARIDINATA


Aku tak suka tengok TV. Itu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Daripada aku mengadap TV aku lebih suka menatap novel2 aku yang berlambak. Itulah cara aku melepaskan penat setelah seharian aku menghabiskan masa di sekolah....

Lately aku telah diperkenalkan oleh Si Bongsu dengan satu siri baru....cerita Duyong. Mulanya aku ingatkan cerita Duyong yang dilakonkan oleh Apek dulu tu tapi kata Si Bongsu bukan cerita tu, cerita lain.

Pada hari kedua siri itu ditayangkan aku mulalah menemani Si Bongsu menontonnya. Mula2 tu aku boring je....kisah dalam air. Gambarpun dia orang buat blurrrrr je....Lagi pulak heronya...alaaaaa Si Capik rupanya.

Aku tak suka cerita Si Capik tu.
Tapi apabila setiap hari aku menonton siri Duyong tu, aku dah mula rasa seronok. Si Bongsu lagilah seronok sebab dia dah ada tempat untuk bercerita tentang Putera Duyong Aridinata. Watak yang dibawa oleh Zack X Factor tu tak la sebodoh Si Capik.... dan dia lebih handsome dalam cerita ni....

Kini aku pulak jadi tertunggu2 cerita tu di tv3 pukul 4.30 petang. Kalau tak sempat tengok waktu tu aku pasti akan bodek Si Bongsu supaya buka cerita tu sebelah malam pulak kat tv9 pukul 8.30. Ha ha ha aku dah gila dengan lagu Putera Duyong yang dinyanyikan oleh Si Zack tu....
Lirik Lagu : Putera Duyong

Setingginya gunung sedalam lautan
Demi cinta kan ku daki ku selam
Harus ku jagamu siang dan malam
Mencintaimu menyayangi mu
untuk selamanya

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdirkan untuk bersama
yeyy

Aku putera duyong menanti cintamu
Akan ku bawamu ke alam ku
Aku putera duyong menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu

Di bumi yang indah aku berada
Menjelma jadi manusia
Mencari teman sehati sejiwa
Untukku jadikan ratuku

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdir untuk bersama

Aku putera duyong menanti cintamu
Akan ku bawa mu ke alam ku
Aku putera duyong menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu

Selasa, 20 Julai 2010

AKU DAH TUKAR STAIL BERTUDUNG.....

Setahun jugalah aku hanya melihat saja kekawan berubah dengan penampilan baru bertudung ala-ala tudung ARIANI. Masa tu jenama Ariani belum lagi buka cawangan di Terengganu....jenama yang adapun jenama biasa yang kokak saja, dan aku tak adalah berminat sangat. Kalau ada yang memakai jenama Arianipun mereka ke KL ataupun Kuantan untuk mendapatkannya....

Apabila aku bertukar ke sekolah baru, ramai juga la kekawan baru memakai tudung yang aku lihat lebih cantik dan bukan dari jenama
Arianipun. Aku mula berminat untuk study cara pemakaian tudung sebegini. Gaya yang macam mana agaknya sesuai untuk aku yang dah 'sweet forty' ni.....melihat kekawan menempah tudung mengikut cita rasa sendiri, maka akupun turut menempah. Biasa la kan bila dah menempah, aku tempah bukannya sehelai....
Sayangnya kerana ramai yang menempah, tempahan menjadi lambat siap la. Kalau tak silap, aku tempah awal bulan 2 penghujung bulan 6 baru aku dapat tudung2 tu..

Bila aku mula memakai tudung sebegini, ramai pulak la yang memuji... biasa la kan, orang yang memuji ganjarannya pahala....he he he. Aku apa lagi syok sendiri la.... Akupun mula la membeli tudung2 Ariani pula....

Kini aku dah memiliki beberapa koleksi tudung sebegini... Inilah dia tudung2 yang aku ada. Siap ber'hang' tu...aku dah pakai. Joli la aku le ni....
Ada beberapa helai aku masih simpan, kononnya nak buat raya...ha ha ha. Minggu depan aku janji dengan kekawan nak menjengah kedai Ariani lagi....Jangan beritahu hubby....Syyyyyyyyyyyyyyyy, rahsia tau.

Ahad, 11 Julai 2010

DAH OK...


2 hari juga aku bertungkus lumus membaiki blog2 aku yang tunggang langgang kerana berlakunya 'looping' pada n3-n3 aku. Masalah timbul apabila aku nak tukar ke templat baru, ya lah...dah lama guna layout yang sama....boring juga. Bila ada masalah ada juga rasa menyesal, apalah aku ni gatal tangan sangat....

Perkara dah nak jadi, so tak boleh nak buat apa, selain aku kena cari jalan macamana nak baikinya semula... satu saja jalan yang aku ada ialah study html yang tersedia... berasap juga la kepala aku untuk memahamkan aturcaranya yang entah apa-apa. Nasib baik la aku ada juga basic programming, kalau tak maunya aku kena buat blog baru.....uwaaaaa. Menangis banyak lagu la...

Penyelesaiannya aku terpaksa print out 15 muka aturcaranya dan study . Akhirnya aku jumpa masalah hanya pada 2 baris ayat yang aku tandakan warna kuning tu, aku buang baris2 tu dan semuanya kembali kepada asal....... Uhhhhhhh, penatnya. Walau macamanapun semua yang berlaku ada hikmahnya. Banyak ilmu baru yang dapat aku pelajari di sini...

Khamis, 8 Julai 2010

AKIBAT NAK TUKAR LAYOUT BARU...

Uwaaaaaaaa, aku tension habis ni.....tengok la apa dah jadi dengan blog-blog aku ni. Ada sesiapa yang boleh tolong tak?????

Sabtu, 3 Julai 2010

AKIBAT TAK DENGAR CAKAP IBU...

Dah jadi sejarah........handphone milik Si Sulung NOKIA N70 yang hubby hadiahkan sempena Si Sulung mendapat 5A dalam UPSRnya dulu, dah dipaw orang. Aku yang pada mulanya berang dengan perangai Si Sulung yang suka meronda di bandar K. Terengganu terpaksa akur dengan takdir yang ditentukan...Aku selalu ingatkan Si Sulung, supaya berhati-hati kerana di sekeliling kita ramai orang jahat tapi Si Sulung selalu mengambil mudah....
Aku bukannya sayang handphone yang hilang tetapi perangai Si Sulung yang tidak mendengar kata dan tidak mengendahkan nasihat membuatkan aku memarahinya di tengah-tengah orang ramai selepas kejadian itu. Panasnya hati aku ketika itu apabila suami memberitahu Si Sulung ke balai polis berdekatan untuk membuat report tentang kehilangan handphonenya.....

Inilah rupa handphone kesayangan Si Sulung. Masa beli dulu mahal la juga...RM700.

Masa kejadian Si Sulung tidak keseorangan tetapi bersama kawan baiknya Amir. Maka bukan Si Sulung sahaja yang dipaw, Amir juga kehilangan handphone NOKIA3110nya. Katanya 2 orang bermotosikal menghampiri mereka dan berhenti untuk merampas kedua-dua handphone tersebut. Mereka tidak melawan kerana takutkan pisau yang mereka ada....




Ini la handphone Amir yang dirampas penyangak berdua tu. Juga hadiah kerana berjaya dapat 5A dalam UPSR dulu....

Termenung la budak2 berdua ni kerana sayangkan handphone masing2. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran bagi mereka berdua dan tidak lagi suka2 meronda tanpa arah tujuan. Susahnya nak besarkan anak2 remaja ni....

Rabu, 30 Jun 2010

BEKALAN UNTUK KELUAR RUMAH ......


Bila aku keluar dari rumah, beberapa benda memang aku angkut bersama... Antara benda2 yang aku kira wajib dibawa ialah...jeng...jeng...jeng.....
Mungkin bagi sesetengah orang, benda2 ni tak diperlukan pun semasa keluar rumah atau ke mana- masa2, tapi bagi aku kalau benda2 ni semua tak ada...betapa boringnya masa2 terluang yang terpaksa aku lalui. Aku bawa ia ke mana sahaja...ke sekolah, menemani anak semasa latihan taekwondo malah menemani suami ke IJN juga.....

Inilah dia ....
1. laptop&charger
2.maxis Broadband
3.external h/disk
4.pendrive2
5.kabel2 usb
6.h/phone&earphone
7.camera digital
Benda2 ni semua aku sumbat saja ke dalam beg laptop yang hubby aku belikan. Bila membawa beg besar ni aku dah tak perlu bawa h/bag lagi. Aku sumbat sekali keperluan2 lain seperti foundation dan lipstik..

Ada lagi yang mesti aku bawa juga , iaitu novel2 aku.... Bila keluar rumah aku bekalkan juga sekurang2nya sebuah novel.....dengan adanya benda2 ni semua, aku boleh kemana sahaja. Maka istilah boring aku dah tak tahu lagi.......dan jangan lupa aku mesti membawa benda ajaib ni juga.....purse aku la...

Sabtu, 26 Jun 2010

EMAK SEMASA HAYATNYA....


Semasa sihatnya emak seorang yang sangat peramah dan suka bercerita. Kadangkala ramahnya boleh dikatakan tidak bertempat juga......terlalu ramah....

Emak diberi nama NAFISAH @ TEH hanya dikenali sebagai Mek Teh Awang di Felda Jerangau telah berhijrah ke rumah baru milik abang kira-kira 3 tahun yang lalu. Walaupun tinggal di rumah baru serba selesa, kesihatan emak makin merosot dari hari ke hari sehinggalah kami adik beradik dikejutkan dengan khabar yang sangat menakutkan bahawa emak menghidap barah serviks yang sudah berada di stage terakhir....

Kelam kabutlah kami menguruskan emak walau dengan rasa yang sangat terkilan. Terkilan kami kerana emak begitu lama menyembunyikan penyakit yang dihidapinya daripada pengetahuan ahli keluarga, sehinggalah adik mengetahui dan memaklumkan kami yang lainnya....

Hampir sebulan emak mendapat rawatan di Hospital Nur Zahirah
K. Terengganu,
akhirnya doktor rujukan kepada doktor pakar HUSM Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan radioterapi. Emak memerlukan rawatan radioterapi selama 5 minggu iaitu 25 kali untuk 25 hari bekerja. Maka bergilir-gilirlah kami adik beradik menunggu emak di sana mengikut giliran dan kelapangan....

Kesihatan emak makin merosot dari hari ke hari kerana emak tidak mahu makan. Daripada boleh berjalan dan mengurus diri sendiri emak
hanya terbaring dan perlu diurus oleh orang lain. Walaubagaimanapun kami adik beradik tidak jemu mengurus emak....hanya inilah sahaja yang mampu kami lakukan selagi ada hayatnya....

Apabila kami tidak boleh menguruskan emak secara bersendirian, kami membuat giliran menunggu berdua pula, supaya kami ada keupayaan untuk mengangkat dan membersih serta menyediakan semua keperluan emak. Kami melakukannya tanpa rasa terbeban....
Kepada adik-adik aku memberi motivasi, supaya mereka kuat menerima apa jua ketentuan Illahi.
Masa senang selesa telah berlalu...emak mungkin tidak seperti dahulu lagi, kalaulah diizinkan Allah panjang usianya, segalanya memang tidak akan kembali
kepada asal. Emak tetap sakit....Adik-adik aku yang dalam peringkat remaja, aku harap boleh berubah dan mendengar kata. Beban mendidik akan jatuh ke
bahu aku sebagai kakak yang
paling tua...


Kini, semuanya tinggal kenangan....
emak telah pergi meninggalkan kami semua....
Tanggal 22 Jun 2010, tepat 12.50 tgh.... Kami menerima ketentuanNya dengan redha...semoga roh emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Pemergiannya menamatkan segala penderitaan. Aku tahu emak menanggung kesakitan yang tak terhingga.... Aku dapat rasakannya....
Kini tinggallah ayah keseorangan mengukur hari-hari mendatang....
Alfatihah untuk arwah emak yang telah pergi...

Sabtu, 19 Jun 2010

BILA ORANG GAJI BERCUTI....


Cuti Pertengahan Tahun walaupun aku tahu jadual aku padat, aku cuba juga luangkan masa untuk mengemas rumah dalam dan luar. Ini sajalah masa yang aku ada untuk menilik part-part dalam rumah yang agak tidak terjaga....rumah aku tak adalah teruk sangat sebab aku ada orang gaji yang datang 2 @ 3 kali seminggu untuk membasuh, melipat baju2 dan mengemas apa-apa yang patut .....

Tapi...cuti kali ini orang gaji aku tu mintak cuti seminggu sebab dia agak sibuk menguruskan keperluan untuk buat kenduri kahwinkan anak sulungnya. Aku ok saja, nak cuti...boleh no problem tapi...ha ha aku sendiripun nak gelak tengok keadaan rumah yang mula berselerak dengan baju yang bertimbun tak berlipat. Aku memang fobia dengan lipat2 baju ni, apatah lagi baju2 tu dah membukit. Membasuh tak jadi masalah, sebab kat rumah ada 2 buah mesih basuh....paling besar lagi dan terkini...he he boleh membasuh sehingga 13 kg sekali basuh....

Masa nak ke HUSM, aku dah pening cari baju anak-anak yang nak dibawa bersama. Dalam almari tak banyak yang ada, semuanya dalam timbunan yang membukit tu. Untuk menjimatkan masa dan tenaga aku mengerahkan ketiga-tiga anak2 aku tu untuk mengemas sendiri baju2 mereka. Dengan alasan mereka tak bolehlah diajar sentiasa senang lenang, kena tahu juga kemas sendiri baju2 mereka. Sambil menyuruh, mengarah aku memberi motivasi... he he, aku bersyukur kerana aku mendapat anak2 yang rajin juga dan mendengar kata tapi kena la pandai memberi sebab dan rasionalnya kenapa mereka mesti buat sendiri dan bukannya ibu mereka yang kena buat itu semua. Tengoklah Si Tengah dan Si Bongsu sedang melipat baju masing2. Punyalah tekun mereka buat kerja, walaupun akhirnya ibu mereka juga yang kena sudahkan....

Adakah aku sedang mendera? Jawapannya...tak, kerana aku sedang mengajar dan mendidik ni. Mana Si Sulung? Haaa masa ni dia ada dalam bilik air, sedang memberus baju sekolahnya. Tak sempat nak candid gambar dia, dia cekap sembunyi bila sedar aku nak ambik gambar. Bimbang masuk blog katanya....Ha ha ha, dalam marah kadang-kadang aku gelak sendiri....

Selasa, 15 Jun 2010

AKU SEORANG ANAK...

11 June 2010

Tepat 10.00 pagi aku dan keluarga bertolak ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan untuk mengambil giliran menjaga emak yang terlantar sakit di wad 1 Timur. Aku dan adik beradik yang lain telah sepakat untuk bergilir menjaga emak seminggu seorang. Minggu ini adalah giliran aku, kerana hanya inilah saja masa yang ada untuk aku luangkan bersama emak...walaupun aku tidak dibesarkan oleh 'dia' sebagaimana yang lain tapi aku tahu tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan aku akan bertanggungjawab seadanya setakat aku termampu.....

5 hari 4 malam aku berada di HUSM ditemani suami dan anak2 serta ayah dan adik aku yang bongsu menyedarkan aku seluasnya bahawa dalam kehidupan hari ini kuasa wang ringgit sangat penting.... Rasanya tidak boleh untuk meneruskan hidup sekiranya tidak berduit..... duit mesti selalu ada untuk menyambung kehidupan. Fikiran akan menjadi buntu tanpa duit. Sekiranya tidak berduit nadipun tidak berapa berdenyut....

Sepanjang 5 hari di HUSM aku melihat kesakitan, kesengsaraan dan kematian. Kematian akan berlaku tidak kira masa, nadi akan berhenti berdenyut apabila tiba waktu.... Kenalah selalu beringat dunia hanya pinjaman....

Kepada adik2 aku ingatkan, waktu mewah dan senang telah berlalu.... kenalah terima kenyataan bahawa emak tidak akan kembali kepada kehidupan asalnya yang dulu. Kalaulah dipanjangkan umurpun hanyalah untuk bertahan dan kami adik beradik kena sentiasa sedar, tahu dan terima kenyataan itu....

Walaupun aku bermalam di wad, suami dan anak2 serta keluarga menyewa 'rumah rakyat' di perkarangan Kolej Kejururawatan di sebelah HUSM dengan kadar yang sangat murah iaitu rm5 untuk sehari. Kami dah menghuni rumah ini sejak sebulan yang lalu untuk memudahkan adik beradik berkumpul...

Inilah rumahnya yang aku rasa sangat selesa untuk rm5 sehari walaupun bilik air kena berkongsi di luar. Kami dapat rumah inipun kerana ada kawan yang beritahu sebelum kami datang...

Selasa, 1 Jun 2010

TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Korus)
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Sibuk dengan memeriksa kertas periksa budak membuatkan kekeringan modal untuk mengedit blog so aku 'tempekkan' lagu ini untuk memenuhi ruang...supaya lelabah tidak bersarang....he he.

RAGAM ANAK2...

Tak ada lain yang aku takutkan...selain kalau bawak Si Bongsu jalan2. Bukan apa, mesti kopak aku dibuatnya. Aku tak ada la nak layan sangat dengan perangai Si Bongsu Ainul ni tapi hubby mesti nak ikut saja apa saja yang Si Bongsu mintak... kadang2 aku meradang jugak dengan hubby. Kali ni Si Bongsu bukan main gembira lagi sebab dapat beli gaun dengan siap berbeg tangan lagi. Harganya bukan la mahal sangat, tapi kalau dah hari2 beli.....
Kalau dah Si Bongsu dapat gaun, Si Tengah bagai nak histeria la cari baju bola. Kali ni baju ' Argentina' yang jadi mangsa. Kalau dah hubby yang lebih2, apa lagi anak naik tocang la....

YANG DITUNGGU DAH TIBA...

Setelah menunggu agak lama, akhirnya EXORA basic yang aku tempah tiba jua... Pada mulanya aku terkejut juga, kerana tiba2 saja hubby balik kerja dengan memandu kereta baru.....seronokpun ada...he he. Macam la tak pernah beli kereta... Tapi satu je tak best, order warna silver...dapat warna hitam....bantai aje la...
Tanpa sabar, hari ni hubby terus bawak gi kedai untuk tukar sport rim...uhuuu duit lagi..... tak apa la, asal hubby senang hati.... Esok dia bercadang nak pasang skirt pula....duit lagi!!!!! Uwaaaaa......

Nampaknya TAF5353 aku dah dapat pasangannya...TAY5353. Puas hati la, kerana hajat tercapai....lepas tu POKAI!!!!!!

Selasa, 18 Mei 2010

POTRET WAJAH AKU...

Acara yang turut dipertandingkan pada hari guru tempohari ialah melukis potret dengan menutup mata...., bukak mata luas pun aku tak reti, ini kan pula aku nak lukis dengan mata bertutup...tak pasal2 mata duk kat dahi kang....so untuk menyelamatkan keadaaan aku jadi model aje lah ya.....Si Kaunselor Rohaya ni yang melukis, dia ni terror melukis...


Tengok la, dengan mata bertutup tangan dia cantik meletak mata, hidung dan mulut....tudung yang aku pakai siap berkerongsang lagi...ha ha.

Apabila siap sepenuhnya... jeng..jeng...jeng..., tengok la betapa cantiknya aku. Muda belia lagi...he he.


Lukisan potret ni, mendapat tempat kedua...bermakna ada la yang lebih cantik lagi. Pada pandangan mata pelajar la... Pada pandangan mata aku. mesti la potret aku di bawah ni yang paling cantik...ya tak ? kah3....





Ahad, 16 Mei 2010

AKU SEORANG GURU...

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu pada waktu dulu...tapi sekarang apa yang aku tak nak tu aku dah jadipun.... dan pejam celik pejam celik aku dah berjaya jadi guru dah hampir 13 tahun dan pernah juga mendapat APC maknanya berjaya jugalah aku sebagai seorang guru dalam-dalam aku tak minat dulu...

2010 aku sambut hari guru kali yang ke-12 dan kali pertama di sekolah baru ... suasana sambutan sedikit berlainan berbanding sebelumnya, di sini lebih kepada guru membuat sambutan untuk guru sendiri....bukan pelajar tidak boleh buat kerja tetapi di sini lebih kepada guru-guru sendiri....

Seawal pagi hari ini, aku dan semua guru sangat sibuk bergambar untuk majalah sekolah. Bukan apa, kesempatan berfoto ni diambil memandangkan hari ini guru memakai pakaian cantik dan berkot ...kononnya cantik la...ha ha.

Selepas bergambar guru-guru diarak dengan paluan kompang ke dewan di mana pelajar2 sedang menanti untuk acara yang keseterusnya. Acara perhimpunan diteruskan dengan membacakan perutusan2, ikrar guru dan nyanyian lagu2 hari guru serta lagu negaraku oleh semua guru2. Penyampaian anugerah2 guru juga diadakan seperti anugerah guru mithali, anugerah buku rekod, anugerah guru inovatif, dan anugerah2 khas....

Hampir pukul 10.00 pg, guru2 keluar dewan untuk ke tapak perhimpunan untuk acara sukaneka. Semua guru diwajibkan untuk bersukaneka. Guru2 dibahagikan kepada 6 kumpulan. Aku ambil bahagian dalam 4 acara sukaneka tapi hanya satu yang menyumbang hadiah....dapatlah tupperware di sebelah...

Acara sukaneka berlangsung sehingga hampir pukul 12.00 tgh. Guru2 dan pelajar kembali ke dewan untuk persembahan guru dan juga pelajar.... Ada nyanyian , ada yang bersajak, berbalas-balas pantun dan bersketsa....menghiburkan.... ada cabutan no. bertuah dan penyampaian hadiah-hadiah sukaneka... malangnya di sini aku langsung tak bertuah....

1.30 ptg, guru-guru ke dewan makan untuk jamuan guru dan sekali lagi cabutan nama2 bertuah diadakan...dan sekali lagi juga aku langsung tidak bertuah. Aku khuatir juga...agaknya nama aku ni tercicir kot, atau balik nanti aku kena mandi air bunga 7 tempayan dengan 15 jenis bunga.... uwaaaa....!!!!!

Sebelum balik aku singgah dulu kat bilik guru, terkejut aku tengok....di atas meja ada beberapa hadiah yang diberi oleh pelajar. Ingatkan aku tak akan dapat apa2 hadiah hari ini, rupa2nya ada jugalah pelajar yang ingat kat aku. Terima kasihlah kerana menggembirakan hati cikgu awak yang sorang ni....

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


Inilah hadiah hari guru yang aku sediakan untuk Si Tengah hulurkan kepada guru-gurunya pada sambutan hari guru di sekolahnya ...

Hadiah ni tak adalah mahal sangat cuma sebagai tanda ingatan dan terima kasih aku dan keluarga kepada guru2 yang bertungkus lumus memberi ilmu kepada Si Tengah. Harap2nya Si Tengah boleh mengikut jejak Si Sulung untuk ke sekolah berasrama penuh nanti. Bimbang juga aku dengan Si Tengah ni, sikapnya memang jenis tak kisah dan agak aktif berbanding Si Sulung....


Si Tengah dan Si Bongsu, mereka sangat rapat walaupun sering bergaduh...

Rabu, 12 Mei 2010

ANAK AYAM SERAMA....


Ha ha , inilah foto terbaru anak2 ayam serama yang menetas tempohari... beginilah saiznya selepas 2 bulan dia menetas. Rupa2nya 3 ekor jantan dan seekor betina. Semua teori sebelum ni tak menjadi...ingatkan seekor jantan dan 3 ekor betina dah terbalik jadinya kini....

Khamis, 6 Mei 2010

CATATAN PERJALANAN 2

6/5/2010 8.30 pagi, hubby melengkapkan segala borang yang diberi untuk bertemu dengan doktor dan aku menjangkakan segalanya akan berjalan lancar. Aku membayangkan, selepas bertemu doktor, hubby akan ditempatkan di wad dan aku akan dapatkan sebuah bilik untuk waris yang mengiringi pesakit. Sementara menunggu hubby berurusan dengan doktor, aku lepaklah di bahagian tempat duduk tetamu yang sangat selesa. Aku sempat berinternet lagi dengan Maxis Broadband yang hubby daftarkan untuk aku.... Inilah tempat yang dimaksudkan, aku rakamkan untuk tatapan semua. Masih kosong sebab waktu tu masih awal pagi...


Hampir pukul 11, hubby selesai berjumpa doktor.... malangnya kes hubby kena rujuk kepada doktor RAZALI OMAR yang merawatnya pada tahun 1998. Untuk masa terdekat Doktor RAZALI ini akan ke Amerika, maka temujanji lain terpaksa dibuat. Fail lama dibuka untuk dirujuk dan kes ini tidak boleh diambil oleh doktor lain kerana rawatan yang disyorkan melibatkan kos yang tinggi. Doktor membenarkan hubby pulang dan datang semula untuk rawatan pada 30.6.2010.....uhuuuu, aku gelak sorang dan tersegih, punyalah bersedia untuk stay 2 @ 3 minggu di sini...at last kena balik...kelakar-kelakar. Aku tergelak melihat 2 beg besar yang aku bawak penuh dengan baju untuk menunggu hubby.....

Aku lepak semalaman di KL sebelum bertolak balik ke Terengganu pada keesokan harinya.

Lihatlah hubby dengan beg2 besar yang kami angkut bersama.... penatnya.


Rabu, 5 Mei 2010

CATATAN PERJALANAN 1


Tepat 10.00 malam , aku dan suami bertolak dari KT ke KL untuk ke IJN. Temujanji suami pada hari Khamis 6/5/2010. Aku tidak gagah untuk memandu ke sana walaupun suami mencadangkan kami ke IJN dengan kereta. Aku sangat bimbang berkereta kerana aku tidak tahu selok belok jalan di KL.
Bas SANI yang dinaiki, tiba di Hentian Putra tepat pukul 4.45 pagi. Aku dan suami bergerak ke IJN pada pukul 6.45 pagi dengan teksi, tambang RM10.

7.30 pagi, kaunter pendaftaran dibuka. Dengan menyeret bag besar 2 buah dan juga tanpa makan hubby terus mendaftar. Ajakan supaya makan dahulu tidak dilayannya...takut lambat .....
Pemergian kami ke IJN memaksa kami meninggalkan Si Bongsu dan Si Tengah di bawah jagaan pengasuhnya 100%. Aku percayakan Kak Ani(pengasuh) untuk menjaga anak2 aku ini.....
Semoga Allah memudahkan segala urusanku. Hanya padanya aku berserah, dan semoga keluarga dan kawan2 mendoakan yang baik2. Terima kasih semua....
Terharu aku dengan sokongan keluarga dan kawan2 yang berkunjung sebelum aku dan suami bertolak ke sini terutamanya Sha, Ju, Salbiah, Kak Nah, Kak Azimah, Gee, Kak CT Roslina, Kak Noya dan juga kawan2 yang menalipon bertanya khabar..Kak Mum dan bagi pihak hubby MJ dan Hazwan. Kepada keluarga yang sudi menghantar sehingga ke stesen bas, Kak Ani sekeluarga dan juga Kak Sah sekeluarga. Budi dan Jasa baik hanya Allah yang akan membalasnya....kebaikan akan dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda hendaknya.

Isnin, 3 Mei 2010

HUJAN DAN PANAS PERKARA BIASA...

Kesihatan Hubby tidak menentu kebelakangan ini. Masalah denyut jantungnya yang cepat yang dialami, boleh dikatakan setiap hari menganggunya. Masalah ini membuatkan aku juga terganggu, kehidupan harian aku dan suami juga tidak ceria sebagaimana pasangan lain.... Apa boleh buat, tidak ada seorang manusiapun di dunia ini yang sanggup untuk sakit sekiranya ditanya. Sudah ketentuannya begitu, aku dan hubby menerima saja dengan redha...
27/4/2010, Hubby sekali lagi mengalami degupan jantung yang cepat. Berlaku kira2 11.00 pagi hinggalah ke malam membuat hubby memang sudah tidak bermaya kerana tekanan darah yang rendah. Muka hubby yang tidak merah membuktikan jantungnya tidak mengepam darah.... Aku tidak ada pilihan selain memujuk hubby untuk ke hospital kerana apalah kudrat yang aku ada untuk membantunya sekiranya apa2 berlaku, sedangkan malam telah menapak ke dini hari...
Pukul 10 malam hubby setuju untuk dihantar ke Bahagian Kecemasan HBKT. Memang cemaslah kerana aku keseorangan... Pukul 10.30 malam aku dah terpacak di depan bilik no. 6 bahagian kecemasan...keseorangan.... 2 jam jugalah aku menunggu di luar menguruskan semua prosedur untuk menempatkan hubby ke CCU. Hubby dibawa ke CCU pukul 12.30 tgh malam, pada waktu itu hubby dah beransur pulih dan hubby tidak membenarkan aku menunggunya di hospital. Dia minta aku balik dan tidur di rumah kerana bimbangkan keselamatan aku. Aku memandu balik dalam keadaan yang takut-takut maklumlah malam dan beranjak ke pagi... Aku tiba di rumah tepat pukul 1 pagi....dan waktu inilah aku menangis semahunya mengadu kepada Ilahi, apa dosa aku sehingga diuji sedemikian rupa.....

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.