Ahad, 16 Mei 2010
AKU SEORANG GURU...
Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu pada waktu dulu...tapi sekarang apa yang aku tak nak tu aku dah jadipun.... dan pejam celik pejam celik aku dah berjaya jadi guru dah hampir 13 tahun dan pernah juga mendapat APC maknanya berjaya jugalah aku sebagai seorang guru dalam-dalam aku tak minat dulu...
2010 aku sambut hari guru kali yang ke-12 dan kali pertama di sekolah baru ... suasana sambutan sedikit berlainan berbanding sebelumnya, di sini lebih kepada guru membuat sambutan untuk guru sendiri....bukan pelajar tidak boleh buat kerja tetapi di sini lebih kepada guru-guru sendiri....
Seawal pagi hari ini, aku dan semua guru sangat sibuk bergambar untuk majalah sekolah. Bukan apa, kesempatan berfoto ni diambil memandangkan hari ini guru memakai pakaian cantik dan berkot ...kononnya cantik la...ha ha.
Selepas bergambar guru-guru diarak dengan paluan kompang ke dewan di mana pelajar2 sedang menanti untuk acara yang keseterusnya. Acara perhimpunan diteruskan dengan membacakan perutusan2, ikrar guru dan nyanyian lagu2 hari guru serta lagu negaraku oleh semua guru2. Penyampaian anugerah2 guru juga diadakan seperti anugerah guru mithali, anugerah buku rekod, anugerah guru inovatif, dan anugerah2 khas....
Hampir pukul 10.00 pg, guru2 keluar dewan untuk ke tapak perhimpunan untuk acara sukaneka. Semua guru diwajibkan untuk bersukaneka. Guru2 dibahagikan kepada 6 kumpulan. Aku ambil bahagian dalam 4 acara sukaneka tapi hanya satu yang menyumbang hadiah....dapatlah tupperware di sebelah...
Acara sukaneka berlangsung sehingga hampir pukul 12.00 tgh. Guru2 dan pelajar kembali ke dewan untuk persembahan guru dan juga pelajar.... Ada nyanyian , ada yang bersajak, berbalas-balas pantun dan bersketsa....menghiburkan.... ada cabutan no. bertuah dan penyampaian hadiah-hadiah sukaneka... malangnya di sini aku langsung tak bertuah....
1.30 ptg, guru-guru ke dewan makan untuk jamuan guru dan sekali lagi cabutan nama2 bertuah diadakan...dan sekali lagi juga aku langsung tidak bertuah. Aku khuatir juga...agaknya nama aku ni tercicir kot, atau balik nanti aku kena mandi air bunga 7 tempayan dengan 15 jenis bunga.... uwaaaa....!!!!!


0 ulasan:
Catat Ulasan