Sabtu, 19 Jun 2010

BILA ORANG GAJI BERCUTI....


Cuti Pertengahan Tahun walaupun aku tahu jadual aku padat, aku cuba juga luangkan masa untuk mengemas rumah dalam dan luar. Ini sajalah masa yang aku ada untuk menilik part-part dalam rumah yang agak tidak terjaga....rumah aku tak adalah teruk sangat sebab aku ada orang gaji yang datang 2 @ 3 kali seminggu untuk membasuh, melipat baju2 dan mengemas apa-apa yang patut .....

Tapi...cuti kali ini orang gaji aku tu mintak cuti seminggu sebab dia agak sibuk menguruskan keperluan untuk buat kenduri kahwinkan anak sulungnya. Aku ok saja, nak cuti...boleh no problem tapi...ha ha aku sendiripun nak gelak tengok keadaan rumah yang mula berselerak dengan baju yang bertimbun tak berlipat. Aku memang fobia dengan lipat2 baju ni, apatah lagi baju2 tu dah membukit. Membasuh tak jadi masalah, sebab kat rumah ada 2 buah mesih basuh....paling besar lagi dan terkini...he he boleh membasuh sehingga 13 kg sekali basuh....

Masa nak ke HUSM, aku dah pening cari baju anak-anak yang nak dibawa bersama. Dalam almari tak banyak yang ada, semuanya dalam timbunan yang membukit tu. Untuk menjimatkan masa dan tenaga aku mengerahkan ketiga-tiga anak2 aku tu untuk mengemas sendiri baju2 mereka. Dengan alasan mereka tak bolehlah diajar sentiasa senang lenang, kena tahu juga kemas sendiri baju2 mereka. Sambil menyuruh, mengarah aku memberi motivasi... he he, aku bersyukur kerana aku mendapat anak2 yang rajin juga dan mendengar kata tapi kena la pandai memberi sebab dan rasionalnya kenapa mereka mesti buat sendiri dan bukannya ibu mereka yang kena buat itu semua. Tengoklah Si Tengah dan Si Bongsu sedang melipat baju masing2. Punyalah tekun mereka buat kerja, walaupun akhirnya ibu mereka juga yang kena sudahkan....

Adakah aku sedang mendera? Jawapannya...tak, kerana aku sedang mengajar dan mendidik ni. Mana Si Sulung? Haaa masa ni dia ada dalam bilik air, sedang memberus baju sekolahnya. Tak sempat nak candid gambar dia, dia cekap sembunyi bila sedar aku nak ambik gambar. Bimbang masuk blog katanya....Ha ha ha, dalam marah kadang-kadang aku gelak sendiri....

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.