Isnin, 3 Mei 2010
HUJAN DAN PANAS PERKARA BIASA...
Kesihatan Hubby tidak menentu kebelakangan ini. Masalah denyut jantungnya yang cepat yang dialami, boleh dikatakan setiap hari menganggunya. Masalah ini membuatkan aku juga terganggu, kehidupan harian aku dan suami juga tidak ceria sebagaimana pasangan lain.... Apa boleh buat, tidak ada seorang manusiapun di dunia ini yang sanggup untuk sakit sekiranya ditanya. Sudah ketentuannya begitu, aku dan hubby menerima saja dengan redha...
27/4/2010, Hubby sekali lagi mengalami degupan jantung yang cepat. Berlaku kira2 11.00 pagi hinggalah ke malam membuat hubby memang sudah tidak bermaya kerana tekanan darah yang rendah. Muka hubby yang tidak merah membuktikan jantungnya tidak mengepam darah.... Aku tidak ada pilihan selain memujuk hubby untuk ke hospital kerana apalah kudrat yang aku ada untuk membantunya sekiranya apa2 berlaku, sedangkan malam telah menapak ke dini hari...
Pukul 10 malam hubby setuju untuk dihantar ke Bahagian Kecemasan HBKT. Memang cemaslah kerana aku keseorangan... Pukul 10.30 malam aku dah terpacak di depan bilik no. 6 bahagian kecemasan...keseorangan.... 2 jam jugalah aku menunggu di luar menguruskan semua prosedur untuk menempatkan hubby ke CCU. Hubby dibawa ke CCU pukul 12.30 tgh malam, pada waktu itu hubby dah beransur pulih dan hubby tidak membenarkan aku menunggunya di hospital. Dia minta aku balik dan tidur di rumah kerana bimbangkan keselamatan aku. Aku memandu balik dalam keadaan yang takut-takut maklumlah malam dan beranjak ke pagi... Aku tiba di rumah tepat pukul 1 pagi....dan waktu inilah aku menangis semahunya mengadu kepada Ilahi, apa dosa aku sehingga diuji sedemikian rupa.....


0 ulasan:
Catat Ulasan