Sabtu, 26 Jun 2010

EMAK SEMASA HAYATNYA....


Semasa sihatnya emak seorang yang sangat peramah dan suka bercerita. Kadangkala ramahnya boleh dikatakan tidak bertempat juga......terlalu ramah....

Emak diberi nama NAFISAH @ TEH hanya dikenali sebagai Mek Teh Awang di Felda Jerangau telah berhijrah ke rumah baru milik abang kira-kira 3 tahun yang lalu. Walaupun tinggal di rumah baru serba selesa, kesihatan emak makin merosot dari hari ke hari sehinggalah kami adik beradik dikejutkan dengan khabar yang sangat menakutkan bahawa emak menghidap barah serviks yang sudah berada di stage terakhir....

Kelam kabutlah kami menguruskan emak walau dengan rasa yang sangat terkilan. Terkilan kami kerana emak begitu lama menyembunyikan penyakit yang dihidapinya daripada pengetahuan ahli keluarga, sehinggalah adik mengetahui dan memaklumkan kami yang lainnya....

Hampir sebulan emak mendapat rawatan di Hospital Nur Zahirah
K. Terengganu,
akhirnya doktor rujukan kepada doktor pakar HUSM Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan radioterapi. Emak memerlukan rawatan radioterapi selama 5 minggu iaitu 25 kali untuk 25 hari bekerja. Maka bergilir-gilirlah kami adik beradik menunggu emak di sana mengikut giliran dan kelapangan....

Kesihatan emak makin merosot dari hari ke hari kerana emak tidak mahu makan. Daripada boleh berjalan dan mengurus diri sendiri emak
hanya terbaring dan perlu diurus oleh orang lain. Walaubagaimanapun kami adik beradik tidak jemu mengurus emak....hanya inilah sahaja yang mampu kami lakukan selagi ada hayatnya....

Apabila kami tidak boleh menguruskan emak secara bersendirian, kami membuat giliran menunggu berdua pula, supaya kami ada keupayaan untuk mengangkat dan membersih serta menyediakan semua keperluan emak. Kami melakukannya tanpa rasa terbeban....
Kepada adik-adik aku memberi motivasi, supaya mereka kuat menerima apa jua ketentuan Illahi.
Masa senang selesa telah berlalu...emak mungkin tidak seperti dahulu lagi, kalaulah diizinkan Allah panjang usianya, segalanya memang tidak akan kembali
kepada asal. Emak tetap sakit....Adik-adik aku yang dalam peringkat remaja, aku harap boleh berubah dan mendengar kata. Beban mendidik akan jatuh ke
bahu aku sebagai kakak yang
paling tua...


Kini, semuanya tinggal kenangan....
emak telah pergi meninggalkan kami semua....
Tanggal 22 Jun 2010, tepat 12.50 tgh.... Kami menerima ketentuanNya dengan redha...semoga roh emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Pemergiannya menamatkan segala penderitaan. Aku tahu emak menanggung kesakitan yang tak terhingga.... Aku dapat rasakannya....
Kini tinggallah ayah keseorangan mengukur hari-hari mendatang....
Alfatihah untuk arwah emak yang telah pergi...

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.