Selasa, 15 Jun 2010

AKU SEORANG ANAK...

11 June 2010

Tepat 10.00 pagi aku dan keluarga bertolak ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan untuk mengambil giliran menjaga emak yang terlantar sakit di wad 1 Timur. Aku dan adik beradik yang lain telah sepakat untuk bergilir menjaga emak seminggu seorang. Minggu ini adalah giliran aku, kerana hanya inilah saja masa yang ada untuk aku luangkan bersama emak...walaupun aku tidak dibesarkan oleh 'dia' sebagaimana yang lain tapi aku tahu tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan aku akan bertanggungjawab seadanya setakat aku termampu.....

5 hari 4 malam aku berada di HUSM ditemani suami dan anak2 serta ayah dan adik aku yang bongsu menyedarkan aku seluasnya bahawa dalam kehidupan hari ini kuasa wang ringgit sangat penting.... Rasanya tidak boleh untuk meneruskan hidup sekiranya tidak berduit..... duit mesti selalu ada untuk menyambung kehidupan. Fikiran akan menjadi buntu tanpa duit. Sekiranya tidak berduit nadipun tidak berapa berdenyut....

Sepanjang 5 hari di HUSM aku melihat kesakitan, kesengsaraan dan kematian. Kematian akan berlaku tidak kira masa, nadi akan berhenti berdenyut apabila tiba waktu.... Kenalah selalu beringat dunia hanya pinjaman....

Kepada adik2 aku ingatkan, waktu mewah dan senang telah berlalu.... kenalah terima kenyataan bahawa emak tidak akan kembali kepada kehidupan asalnya yang dulu. Kalaulah dipanjangkan umurpun hanyalah untuk bertahan dan kami adik beradik kena sentiasa sedar, tahu dan terima kenyataan itu....

Walaupun aku bermalam di wad, suami dan anak2 serta keluarga menyewa 'rumah rakyat' di perkarangan Kolej Kejururawatan di sebelah HUSM dengan kadar yang sangat murah iaitu rm5 untuk sehari. Kami dah menghuni rumah ini sejak sebulan yang lalu untuk memudahkan adik beradik berkumpul...

Inilah rumahnya yang aku rasa sangat selesa untuk rm5 sehari walaupun bilik air kena berkongsi di luar. Kami dapat rumah inipun kerana ada kawan yang beritahu sebelum kami datang...

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.