Khamis, 23 Disember 2010

TUDUNG OH TUDUNG....

Lately aku jadi serabut bila memikirkan cara nak 'store' tudung-tudung ala-ala tudung ARIANI yang aku ada. Tudung yang aku ada tu tak adalah banyak mana pun ... ada la dalam 30 helai tapi serba salah dibuatnya... pakai hanger kecik tak jadi, habis kemek awningnya. Pakai pula hanger besar....tak jadi juga..kemek juga kat tengah2 awning tu. Dia orang kata kat ARIANI ada jual hanger macam dia orang guna...beli juga la, tak berkenan juga sebab awning dia 'terpeleok' juga so masa gi tempah tudung adik kat tailor tudung, mulut aku terluahlah rasa gusar cara nak 'store' tudung aku yang aku rasa banyak tu...(perasan...he he) kalau tak pun akan makin banyak...so Liza (tukang jahit tudung tu) beritahu la, ada hanger yang dibuat khas untuk sangkut tudung-tudung ni semua. ....
Aku apa lagi tak buang masa, terus saja gi kedai yang Liza beritahu tu... mak aiiii, memang ada...tapi harganya boleh tahan la mahalnya. Aku ingat tak sampai la tangga harga yang aku tengok tu....ternganga sekejap....


Hanger tu cantik, macam2 warna ada....... dan aku tabik spring kat orang yang menciptanya, kira briliant juga la otak orang yang menciptanya tu.....
so dipendekkan cerita aku decide nak beli. Kata depa kalau beli 1 RM28, beli 2 boleh dapat RM50 , dalam2 ternganga aku beli 4. Ha ha, bukan semuanya aku punya....... 2 lagi tu untuk nenek kebayan...he he adik aku daaaaaaaa.....

Ta daaaaa, ini la rupa hanger tu......

1 hanger tu boleh 'store' 28 helai tudung so dikira berbaloi la...1 lubang untuk 1 tudung..... dengan kos rm1.....


Aku cuba la masukkan tudung2, ini kira try...test, He he, ok la untuk aku yang belum mahir lagi ni.....

tapi kan bila lama2 fikir.....store cara di bawah lagi ok kot...........

Sabtu, 11 Disember 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU....

Hanya pada hujung minggu rumah aku akan bising dengan suara hubby dan anak-anak... Mereka akan bergelak ketawa menjerit-jerit sesama mereka. Aku sangat gembira apabila melihat hubby sibuk melayan anak-anaknya Si Sulung dan Si Tengah bermain karom.....
Pada hari bekerja di musim cuti sekolah ni hanya aku dan anak-anak di rumah, tak ada lah aku nak melayan mereka bermain. Aku biarkan saja mereka dengan aktiviti masing-masing.... sebabnya aku ada banyak kerja nak buat...
Jom kita tengok apa yang mereka buat......
Hah....
patutpun senyap dan sunyi...........
Selain berfacebook Si Tengah juga sukaaaa.....

Haaaaa, ini la aktiviti anak-anak zaman IT, sains dan teknologi...........

Jumaat, 3 Disember 2010

Selasa, 30 November 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH 3...


JOM LAYAN TV....
Tontonan aku bersama hubby dan anak2.....
cerita dogeng di slot Lagenda menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.



Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.
Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama 'Putera Katak'.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.
Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.
Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya....

Ahad, 28 November 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH 2...


Dah hampir 2 minggu bercuti sekolah, aku masih dengan aktiviti mengemas bahagian dalaman rumah.... bermula dengan ruang tamu, ruang makan then ruang keluarga.

( ruang tamu - dah ok)


( ruang makan - dah ok)

Si Sulung kemas sendiri bilik dia...dan aku tengok tak juga kemas2 ....

Bilik Si Bongsu dengan Si Tengah dah cantik dah........ then aku kemas dan bersihkan bilik utama........ habis sakit2 badan sebab aku ubah perabot sorang2....boleh tahan juga beratnya.....

Masih ada 4 ruang yang belum aku jengah...bilik tamu, ruang dapur , bilik basuh dan stor....
3 bilik yang terkemudian tu kira heavy la tu.... Kalau la bukan rumah sendiri aku buat tak nampak selamanya je la....tapi aku sayang rumah aku, aku nak kemas bersih2 dan buang semua barang2 yang memang dah tak berguna pada waktu semasa ni. Tak ada sayang2, makin disayang makin menyemak saja.....

Selasa, 23 November 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH 1...

Seminggu aku bertungkus lumus mengemas rumah luar dan dalam sebelum menjelangnya Aidil Fitri tempohari, kini..... semuanya telah kembali seperti sebelumnya, semak samun...........paling sedih aku dan keluarga menyambut Aidil Adha dikelilingi rumput-rumput yang menghijau yang sememangnya tidak sesekali aku ingini.....

Rumput2 menghijau memenuhi bangsal2 orkid......rumput2 menghijau memenuhi di sekeliling pokok2 hiasan yang aku tanam.....


rumput2 menghijau memenuhi halaman depan....dan diluar pagar juga........tidak terkawal kerana sekarang musim hujan....ianya subur bagai dibaja dan disiram2.


Sebelum raya aku ada juga meninjau-ninjau sesiapa saja yang ternampak di mata atau terdengar di telinga sedang memotong rumput..... tapi hampa kerana abang ipar di sebelah rumah yang ada mesin rumputpun hanya memotong di bahagian rumahnya sahaja....alasannya minyak habis...malas nak gi beli. Aku tersengih je masa kakak ipar hubby memberitahu....alasan yang aku dengar dah bertahun2.....

Rupa-rupanya...hubbypun perasan dengan sikap abang dia ni...so oleh kerana bengang dan mungkin juga geram.....hubby belikan sebuah mesin rumput baru.....Mula2 dia nak beli yang paling murah tapi pk punya pk, ini yang dibuat balik rumah......terlopong aku melihatnya...aku memang tak reti nok 'gohek' ni.........


Hubby jawab mudah, apa susah anak you kan adaaaaaaaa... he he. Tengok dia dah cuba.... Kekadang kita agak terlupa, anak2 kita makin hari makin membesar.....



Aaaaa, selesai satu masalah......

Isnin, 15 November 2010

AKU DAH BEBAS...

Aku rasa tertekan akhir2 ini. Namun aku kuatkan semangat bila mengingatkan apabila semuanya berakhir nanti , aku akan bercuti panjang hujung tahun selama sebulan setengah......dan akhirnya aku berjaya juga melaluinya..........

Apa yang membebankan aku? Ha ha, sebenarnya tak ada apa sangat yang peliknya.... aku cuma sibuk dengan mesyuarat penyelarasan pmr dan aku mendapat skrip yang agak banyak tahun ini. Itulah yang membuatkan kain aku asyik nak terlucut saja sepanjang 2 minggu ni, tidur aku tak lena kerananya.....

tambah membebankan , aku kena juga 'marking' kertas2 peperiksaan dalaman di sekolah iaitu kertas tingkatan 2 dan juga tingkatan 4 yang 'due date'nya dalam edah mesyuarat penyelarasan pmr juga. Semuanya membuatkan skema dalam kepala berbagai corak dan berwarna warni........

Hari ini aku ke sekolah untuk menyelesaikan penutupan register pelajar dan penyerahan buku rekod mengajar kepada HEM dan PKP. Markah2 pelajar juga aku sudah serahkan kepada s/u-s/u peperiksaan dan yahooooo aku boleh bercuti panjang tanpa gangguan.....tapi last but not least aku kena selesaikan satu lagi tugas....rekod kemajuan murid yang belum bertulis. Tapi itu bukan kerja susah......jangan aku lupa untuk bertugas masa peperiksaan SPM pada 20.12.2010 nanti sudah.....he he he.

Khamis, 4 November 2010

AJK HADIAH KELAB GURU & STAF ....

Biasa la bila berada di sekolah baru kita akan dilantik sebagai ajk kelab guru dan staf....samada dah jadi peraturan atau nak mengena, itu dah menjadi satu perkara yang biasa sebenarnya. Apapun kerja buat, kita akan cemerlang sekiranya kita berada di bawah pimpinan atasan yang cemerlang tak kiralah apapun organisasi yang kita naungi....
Untuk jamuan akhir tahun kelab guru & staf aku telah ditugaskan menjadi ketua bahagian hadiah. Bahagian yang aku rasa ramai yang akan menolaknya kerana ianya bukan tugas mudah , hanya yang pernah merasainya sahaja yang akan tahu beban yang terpaksa ditanggung.....
Aku tidak kisah sangat dengan kerja yang terpaksa aku buat ini. Aku boleh buat sendirian sahaja, tanpa melibatkan ajk hadiah yang lain. Aku hanya perlukan suami dan anak2 aku sahaja menemani aku untuk keluar mencari barang-barang yang aku kira sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah. Bayangkan...hadiah aku kena sediakan untuk seramai 70 orang.... susah jugalah untuk aku...bukan apa, aku perlu mencari barangan yang aku anggap akan disukai oleh semua orang.... silap barang matilah aku....

Dah menjadi lumrah bila melibatkan ramai orang, mulutpun macam2 lah... hanya kecacatan yang diwar2kan.... yang berbunyi adalah mereka2 yang tidak mendapat cabutan yang dihajati... maklumlah untuk tahun ini mereka tidak boleh 'booking' barang yang mereka suka, mulalah mereka nak memprotes cara susunan barang dan sebagainya. Nak juga aku tahu siapa2 yang tidak berpuashati supaya aku boleh memberi tugas itu kepada mereka untuk dikendalikan pada tahun hadapan. Buatlah susunan yang mereka suka, carilah sponsor yang mereka ada.... Tidakkah mereka tahu, lain orang lain caranya... Aku ingatkan bila dipanggil guru...mereka akan bercakap bertapis sesuai dengan profession yang mereka pegang tapi tak sangka ramai juga yang mulut tempayan.....

Dalam gambar adalah hadiah2 yang telah aku sediakan dengan susah payah. Bukan aku hendakkan pujian, tapi cukuplah sekadar menghargai penat lelah orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat...namapun cabutan bertuah....gambar terakhir adalah barangan sponsor yang ada dan beg2 yang dihulurkan semasa pendaftaran, didalamnya ada 'token' tupperware dan pelbagai makanan dan juga air..........
Kepada semua yang telah sudi menghulurkan sumbangan samada dalam bentuk tenaga/barangan atau wang ringgit sebagai wakil dari kelab guru dan staf 2010 diucapkan terima kasih yang tidak terhingga semoga dilimpahkan rahmat dan dimurahkan rezeki. Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima..........

PEN DRIVE 8GB...

Beruntungnya guru2 yang bertugas di Terengganu kerana kerajaan Negeri di bawah pentadbiran menteri besar sekarang telah bermurah hati turun padang bertemu semua guru2 sambil menghulurkan cenderamata@cenderahati dipertemuan itu yang merupakan pen drive pelbagai bentuk dan di'pack' di dalam kotak dan beg yang cantik menawan...
Satu saja yang tidak tahan, para guru terpaksa bersesak sesama sendiri untuk sampai ke tempat yang telah ditetapkan. Aku sendiri tersekat hampir sejam dalam 'jam' yang tidak sepatutnya berlaku....

Inilah pen drivenya ...cantikkkkkkk..............

Khamis, 21 Oktober 2010

HUBBY YANG SUKA MANJAKAN ANAK...

Hanya sekali saja aku mendengar Si Ainul merenget nakkan bear besar macam Che Tam, terus hubby belikan.... suka sangat dia memanjakan anak. Itu sebablah anak2 aku lebih suka mengadu kepada hubby kalau ada apa2 kerana mereka tahu hubby akan tunaikan tapi kalau dengan aku...susah sikit....
Dah anak nak yang besar, kalau boleh dia nak beli sebesar Ibu.... bear ni harganya rm100. Geleng kepala aku dibuatnya...
Bestlah anak aku tidur...nyenyak hingga ke pagi.

Si Tengahpun nak peluk juga, tak ada ke benda macam ni berbentuk ultraman... he he.

Selasa, 19 Oktober 2010

NETBOOK 1MALAYSIA...

Mendengar promosi Streamyx Broadband 1Malaysia, aku berusahalah untuk mendapatkannya. Hubbylah yang menjadi mangsa ke Tmpoint untuk bertanya khabar bagaimana cara untuk membuat permohonan. Tujuan aku memohon pakej ini ialah kerana aku berhajat nak sangat dengan laptop kecik yang dipanggil netbook 1Malaysia yang diberi percuma oleh Telekom Malaysia. 3 kali jugalah hubby naik turun kedai telekom sebelum dia berjaya menghantar borang permohonan, dahlah pekerja di kaunter memberi maklumat yang berbagai-bagai...ada yang kata kena potong dulu line lama, ada yang kata upgrade jelah ....huh...memang menyusahkan....
Seminggu selepas menghantar borang permohonan, subkontraktor yang dilantik pun datanglah memasang modem baru yang sesuai dengan kelajuan yang dipohon, cuma agak lama jugalah aku menunggu untuk mendapatkan netbook 1Malaysia....tapi aku tak adalah tertunggu-tunggu sangat sebab aku dah ada laptop yang boleh aku guna kan untuk berinternet....
Genap sebulan dari tarikh permohonan, kalau tak silap aku pada hari raya ke-3, aku menerima netbook 1malaysia yang dihantar melalui pos laju. Terkejut aku dengan cara depa menghantarnya....hanya dalam kotak dan tidak berbalutpun. Nama aku saja yang tertulis pada kotak...hanya nama sahaja.....
Seronok tak terkiralah aku kerana aku dah lama berhajat dengan laptop yang kecik lagi ringan dan memudahkan aku mengeleknya ke mana sahaja..... Aku siap promosikan pada kawan2 supaya dia orang juga pergi membuat permohonan di Telekom. Tapi bak kata pepatah " kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ".......Huhu...netbook kebanggaan aku dahpun jahanam. Aku hanya boleh menggunakannya untuk sebulan....dan sekarang 'hardisk'nya dahpun rosak. Tidak ada ribut tidak ada angin tiba2 saja netbook itu mengeluarkan bunyi tidak henti dan 'hang' tiba2. Aku terpaksanya menanggalkan bateri untuk menghentikannya daripada berbunyi....
Hubby membawa netbook tersebut ke officenya untuk diperiksa oleh Juruteknik komputer di situ tapi katanya hardisk dah rosak. Huh, aku tak ada cara lain melainkan membawa ke 'Service Agent' yang telah dilantik oleh pembekal netbook tersebut. Memang hardisknya rosak dan apa lagi tinggallah netbook tersebut untuk dibaiki... Pembekal tersebut mengatakan dalam masa 3 bulan dah 50 netbook dibaiki...so bolehlah kita membuat andaian betapa tak berkualitinya barang yang diberi percuma ini. Kalau tak ikhlas baik tak payah bagi.....

Cun netbook 1Malaysia pada luarannya saja...cun lagi la anak aku yang syok main game buat Cake.......

Ahad, 17 Oktober 2010

AKU DAN TUPPERWARE....


Aku memang minat dengan bekas plastik jenama Tupperware. Dah banyak sebenarnya kat rumah... Walaupun minat, aku tidak akan mencari kalau dia tidak datang bergolek depan mata....
Sempena mencari2 Tupperware untuk 'token' sempena jamuan akhir tahun kelab guru di sekolah, aku yang membelek-belek katalog telah tersangkut dengan set ini. Uwaaa... mahal jugak ni tapi apa nak buat, kalau hati dah suka....

Bila difikir-fikir apalah aku nak buat dengan Tupperware yang berlambak ni. Kalau nak tapau makanan untuk dihantar ke mana-mana sekalipun aku tak akan menggunakan bekas jenama ini. Kenapa ya...ha ha ha....takut orang tak pulangkan je. Mahal kan....... he he. Eh ada lagi la....
Ini pula tupperware level2 yang boleh dibeli sekiranya belian mencapai rm680 so aku bayar aje lah dah dealer tu bagi....

Aku suka dengan tupperware air, macam2 jenis la pula, semua aku beli....sementara aku dapat less 25% ni, aku sapu aje la.

Inipun aku suka, tapi kan aku dah tak ada duit nak bayar bulan ni .....tapi hubby kata dia nak tolong bayarkan untuk aku sebab diapun suka dengan tenon tingkat ni....he he. Itu sebab aku sayang hubby..... jeng...jeng...


Khamis, 14 Oktober 2010

SOTO YANG ABI BUAT...

Hubby memang suka memasak . Kalau tengok tuan saja dan tak kenal siapa SHAHRI ADAM, tentu tak sangka empunya badan ni seorang yang memang suka masuk ke dapur. Tak sesuai sesangat. Syyyyy...itu la orangnya kat sebelah, siap berposing lagi....... Menu dia akhir-akhir ini ialah Soto Ayam...........

Tapi kan Soto Ayam dia buat memang best...katanya dia belajar dengan staf perempuan kat pejabatnya.... Dia belajar kerana aku suka sangat makan Meehoon Soto terutamanya bergedilnya. "Lepas ni tak payah lagi pergi makan Soto kat Gong Kapas...Kalau rasa nak makan, Abi boleh buatkan" katanya. Ha ha, aku memang diternak dengan baik...........
Boleh buat pilihan samada nasi himpit atau meehoon....
Tengoklah kuahnya yang sungguh menyelerakan, ditambah dengan bergedilnya yang bestttt .... tak bolehlah aku nak diet setiap kali hujung minggu...uhuuuu.

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.