Rumput2 menghijau memenuhi bangsal2 orkid......rumput2 menghijau memenuhi di sekeliling pokok2 hiasan yang aku tanam.....

rumput2 menghijau memenuhi halaman depan....dan diluar pagar juga........tidak terkawal kerana sekarang musim hujan....ianya subur bagai dibaja dan disiram2.
Sebelum raya aku ada juga meninjau-ninjau sesiapa saja yang ternampak di mata atau terdengar di telinga sedang memotong rumput..... tapi hampa kerana abang ipar di sebelah rumah yang ada mesin rumputpun hanya memotong di bahagian rumahnya sahaja....alasannya minyak habis...malas nak gi beli. Aku tersengih je masa kakak ipar hubby memberitahu....alasan yang aku dengar dah bertahun2.....
Rupa-rupanya...hubbypun perasan dengan sikap abang dia ni...so oleh kerana bengang dan mungkin juga geram.....hubby belikan sebuah mesin rumput baru.....Mula2 dia nak beli yang paling murah tapi pk punya pk, ini yang dibuat balik rumah......terlopong aku melihatnya...aku memang tak reti nok 'gohek' ni.........
Hubby jawab mudah, apa susah anak you kan adaaaaaaaa... he he. Tengok dia dah cuba.... Kekadang kita agak terlupa, anak2 kita makin hari makin membesar.....









berjaya mendapat 5A dalam UPSR, tapi bagaimana pula dengan PMRnya tahun hadapan? Hampir 2 tahun di sekolah berasrama penuh... aku tidak nampak apa2 perkembangan yang memberangsangkan dalam pelajarannya. Mungkin kerana aku tidak menekannya ke arah itu. Aku sebagai seorang ibu kebelakangan ini hanya membiarkan dia berdiri sendiri...hinggakan Si Sulung agak ketinggalan sebenarnya dalam pelajarannya. Terbaru dia hanya menduduki ranking ke-100 dari 115 orang pelajar tingkatan 2 di sekolahnya. Aku terkedu sendiri.... Apa yang patut aku buat untuk membantunya. Tapi bila diingat-ingat aku dulu pun lebih kurang juga, tak ada la cemerlang manapun di MRSM KT tu....
Si Tengah










