Selasa, 5 Januari 2010
HARI JADI AKU: 5 JANUARI...
RUMAH ORKID..PINDAH KE LOKASI BARU...
Nampaknya...rumah orkid aku terpaksa berpindah ke tempat lain untuk memberi laluan kepada pembinaan garaj kereta yang baru... Si Sulung terpaksa mengerah beberapa orang kawannya untuk bergotong royong mengangkat rumah orkid itu...Isnin, 4 Januari 2010
GARAJ BARU...

Kini...aku kena fikir lagi masalah garaj apabila aku dan suami berhajat untuk menambah sebuah lagi kereta. Mana pula kereta baru hendak disendalkan nanti. Kalau kereta Viva mungkin boleh diletakkan di anjung depan rumah sahaja, tapi sekarang Viva dan jadi Exora....
Bincang punya bincang, fikir punya fikir masalah tak juga selesai.... at last aku nekad, aku kena korbankan juga duit yang ada untuk membina sebuah garaj yang selesa untuk kereta2 aku tu nanti. Aku garu kepala juga sebenarnya ni...tapi apa nak dikata, bila hati dah teringin....hajat mesti diteruskan. Duit banyakpun tak guna, kalau tidur matapun tak pejam... ha ha.
Kini rangka garaj telahpun naik tiang. Alang-alang buat garaj baru...aku bina untuk 3 lot sekaligus walaupun kereta ada sebuah...he he. Standby kata orang... Kosnya dijangka rm6,000...Uwaaa!!!!!!!!!
Inilah rangka garaj dah dah naik tiang tu....

Jumaat, 1 Januari 2010
MESYUARAT GURU KALI-1: SEKOLAH BARU....
Bertukar dari sekolah harian yang tiada nama ke sekolah yang kononnya bagus di mana katanya sekolah kawalan daerah dan guru-guru yang mengajar juga mesti bagus, membuatkan aku rasa aku paling tidak bagus di sini...waktu ini. Entahlah...Namun hidup mesti diteruskan, aku buat muka sardin aje la.... Ada beberapa orang guru memang aku dah lama kenal...cuma yalah kan, kau orang baru tetap baru selagi tidak ada yang terbaru....Aku tidak gembira untuk hari pertama ini....Aku merasakan guru-guru lama memandang aku semacam ...macam orang bersalah. Mungkin ini semua perasaan aku saja, sukar untuk aku menghuraikan dengan kata2.....Semuanya rasa tidak selesa...
Aku dibekalkan dengan jadual waktu dan panduan tugas dan t/jawab guru untuk tahun 2010. Jadual waktu tidak berbeza dengan sekolah lama kerana aku masih mengajar matematik ting2(2 kelas) dan ting3(2 kelas), hanya ditambah sekelas matematik ting4.Sabtu, 26 Disember 2009
BERCUTI KE MELAKA DAN K. LUMPUR....
Pergi rombongan dengan bas ni seronok sebab ramai, macam2 ragam. Budak2 memang suka la tapi kita yang tua2 ni pening kepala dibuatnya.
Gambar2 ni semasa kami di A'Famosa Water World. Anak2 aku memang pantang la jumpa air hinggakan tak cukup tempoh 5 jam yang diuntukkan....
Rasa macam tak puas je aku jejak bumi Melaka. Aku kena pergi lagi lain kali, may be kena stay 2/3 hari kerana banyak tempat aku kena jengah bawak anak2. Sehari memang tak cukup.
Kat K.Lumpur...tak ada apa sangat yang nak diceritakan biasalah akhir2 tahun ni apalagi YEAR END SALE la kan, so tak sempat la pulak nak ambik2 gambar ni sebab sibuk bershopping aje. Sebenarnya terkejar-kejar masa sangat hingga rasa macam tak larat sangat nak jalan.... uhuuuuu!!!
Selasa, 15 Disember 2009
CUTI-CUTI MALAYSIA..
Cuti sekolah dah hampir sampai ke penghujung, tapi aku dan famili belum lagi bawa anak2 pergi bercuti ke mana-mana. Anak2pun dah mula bersungut...Paling tidak sabar ialah Si Bongsu. Dah seminggu dia berkemas sendiri barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg serta dibawa ke sana ke mari. Aku naik rimas melihatnya, tak sabar2...
Ahad, 6 Disember 2009
LAPOR DIRI LA PULAK...
Khamis, 3 Disember 2009
LAYAN GELAGAT SI BONGSU...
fikir jangan tak fikir......
MPV ANGANKU MUSNAH....



NAK TEMPAH LA...





AKU TUKAR SEKOLAH DA....
Selasa, 24 November 2009
AKU SEORANG GURU.....
Isnin, 2 November 2009
KILAT PETIR LAGI...
Ahad, 1 November 2009
LAYAN KERONGSANG OZEL...

Kerongsang oren kat atas ni aku fikir 2x juga nak beli sebab harganya menghampiri sepasang batik sutera... RM124
STREAMYX OH STREAMYX
Rabu, 28 Oktober 2009
WATER FILTER...
KURSUS AUDITAN HASILAN BKP2





HUJAN, GURUH, PETIR DAN KILAT
Aku dah hampir 2 minggu tidak boleh untuk melayari internet. Ini adalah gara-gara modem di rumah ini telah disambar petir pada hari Ahad cuti Deepavali tempohari. Lantaran itu aku tak boleh nak 'update blog' sendiri. Kiranya dah bersawang jugalah blog aku ni....sehinggalah hubby pergi ke telekom untuk menukarkan modem rosak dengan modem yang baru.
Ahad, 11 Oktober 2009
SAGA, VIVA atau KANCIL....
tapi.....suami lebih suka kereta yang second hand, kerana katanya tidak payah bayar ansuran bulanan. Itu yang aku paling menyampah.....Jumaat, 25 September 2009
HATI SEORANG ISTERI...






