Selasa, 5 Januari 2010
HARI JADI AKU: 5 JANUARI...
Hari ni adalah hari jadi aku yang ke-41. Dah tua rupanya aku ni, tapi banyak lagi impian dan cita2 aku yang tidak tercapai dan mungkin dah tak mampu dan tak mungkin untuk aku capai lagi...
Aku dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan oleh seorang ibu angkat yang dah kehilangan suaminya. Apa sangat yang boleh dihulurkan untuk membesarkan aku pada waktu itu.... Aku hanya mampu menghabiskan pelajaran setakat diploma sahaja, itupun aku bernasib baik kerana waktu itu aku belajar di ITM yang bayarannya agak murah. Untuk menampung pembelajaran aku, aku bekerja pada setiap cuti semester. Duit hasil titik peluh itulah aku gunakan untuk membayar yuran pengajian.... bayangkan betapa susahnya aku untuk menggenggam segulung diploma yang tak seberapa.
Aku menyambung pelajaran yang tertangguh apabila aku telah berkahwin dan bergelar guru, itupun dengan sokongan yang kuat daripada suami yang sayang dengan kepandaian yang aku ada....Aku berterima kasih kepada suami kerana sentiasa memberi perangsang untuk aku belajar walaupun dia terpaksa bersusah payah menjaga anak2 yang masih kecil pada masa itu. Kerana pengorbanan suami itulah aku berjaya menggenggam ijazah pula ... Hajat hati masih kuat juga untuk terus menyambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi sumber kewangan dan masa membuat aku berfikir banyak kali....
Aku ada tanggungjawab lain yang perlu aku utamakan... terutamanya membesarkan anak2 aku yang bertiga itu, menjaga dan mendidik mereka supaya berjaya dalam pelajaran mereka pula demi kehidupan mereka akan datang...
Maka cita2 aku terpaksalah aku lupakan mungkin untuk selama-lamanya.....


0 ulasan:
Catat Ulasan