
Jumaat, 25 September 2009
HATI SEORANG ISTERI...

September yang duka, itulah yang boleh diibaratkan... Aku berpuasa dan berhari raya dengan linangan airmata lantaran suami yang sakit dan tidak sihat. Namun kini aku boleh bernafas lega dan memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana kepayahan yang aku rasa selama sebulan ini telah berakhir, kerana suami yang aku sayang telah kembali sihat. Alhamdulillah... Kini aku boleh melakukan rutin harian dengan lebih bersemangat dan boleh memberi tumpuan kepada kerja-kerja aku di sekolah.
Setiap hari aku memohon kepada Allah yang maha berkuasa supaya membantu aku yang lemah dan keseorangan ini. Aku tahu aku mesti kuat menempuhnya sendirian kerana aku tidak ada tempat untuk mengadu dan bergantung harap, hanya diri sendiri sahaja. Setiap hari suami menuturkan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai aku sebagai isteri kerana boleh membantunya semasa dia sakit. Macamanalah agaknya kalau tak ada isteri, katanya. Aku membantu dan menguruskannya kerana dia suami aku, aku tidak menangis di depannya.Setiap hari aku hanya tersenyum... aku hanya mengadu kepada Allah, menangis hanya di depan Allah... Aku tahu Allah akan membantu aku...
Suami mulai rasa tidak sihat semenjak akhir Ogos lagi, kerana itu juga kami terlupa akan harijadinya yang ke-43 pada 29hb. Ogos. Aku hanya ingat akan tarikh itu semasa suami terlantar di hospital selama 4 hari iaitu 2-5 September yang lalu. Semasa suami di hospital aku bersahur dan berbuka ala kadar sahaja. Apa sangat yang boleh ditelan tika itu... pernah aku berbuka hanya dengan segelas air sahaja, tetapi aku tidak merasa lapar....syukur.
Suami mendapat cuti sakit sehingga hari raya Aidil Fitri. Sangkakan suami akan bertambah sihat selepas keluar hospital meleset apabila kami hampir2 berhari raya di hospital selepas penyakit suami datang lagi 2 hari sebelum Aidil Fitri. Suami berkeras tidak mahu ke hospital, aku tidak boleh memaksa. Aku terima saja. Aku tidak mahu memaksa kerana dia yang sakit dan dia tentu tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Suami aku ada masalah jantung...
Pada hari raya pertama, kami masih boleh ke rumah mertua dan menziarahi kubur arwah ayah mertua sebelum keesokannya suami diserang penyakit lain pula...gout. 2 hari terlantar di rumah dan tidak boleh bangun apatah lagi berjalan membuatkan aku hilang punca. Apa yang boleh aku buat sebagai seorang isteri selain hanya mendengar rintihan kesakitan seorang suami dan berdoa supaya beban kesakitan suami dapat di kurangkan...
Apalah erti hari raya pada kami pada tahun ini. Rumahpun aku tidak sempat kemas, apatah lagi ingin menyediakan juadahnya. Tetamu yang datang aku hanya jamu dengan kuih muih kering yang aku sempat beli sebelum cuti raya....
Kami tidak ke mana-mana. Jiran depan rumahpun aku tidak sempat bertandang... merekapun tidak datang bertandang raya. Mereka buat rumah terbuka, aku dan anak2 hanya tengok sajalah...
Aku kasihankan anak2 aku, apa yang mereka tahu tentang sakit yang abi mereka tanggung. Mereka budak2, dan mereka ingin berhari raya. Mujurlah pengasuh anak2 aku(Kak Ani) peka akan keadaan ini. Si Bongsu dan Si Tengah di angkutnya pergi beraya. Aku sangat2 berterima kasih kepadanya. Aku menganggapnya kakak dunia dan akhirat.
Kawan2 suami ramai yang datang menziarahinya tetapi kawan2 aku tidak ada yang datang beraya....
Aku tidak kisah sangat dengan perkara2 lain, aku hanya mohon kepada Allah supaya kami di anugerahkan kesihatan yang baik di masa2 mendatang, dapat menjalani kehidupan dengan teratur tanpa menyusahkan orang lain...


0 ulasan:
Catat Ulasan