Jumaat, 1 Januari 2010

MESYUARAT GURU KALI-1: SEKOLAH BARU....

Bertukar sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Walau bagaimana terukpun sekolah terdahulu, itu adalah lebih baik sebenarnya kerana kita dah serasi dengan persekitaran itu...dengan kawan2 lama yang mungkin telah kenal dan memahami kita...juga mereka telah tahu bagaimana kita bekerja dan siapa kita...
30/12/2009...Mesyuarat guru kali pertama di sekolah baru, aku bagaikan rusa masuk kampung. Aku sampai tepat2 pukul 8.30 pagi tapi terkial2 tak tahu kat mana bilik mesyuarat membuatkan aku agak terlambat, walaupun mesyuarat belum dimulakan....

Bertukar dari sekolah harian yang tiada nama ke sekolah yang kononnya bagus di mana katanya sekolah kawalan daerah dan guru-guru yang mengajar juga mesti bagus, membuatkan aku rasa aku paling tidak bagus di sini...waktu ini. Entahlah...Namun hidup mesti diteruskan, aku buat muka sardin aje la.... Ada beberapa orang guru memang aku dah lama kenal...cuma yalah kan, kau orang baru tetap baru selagi tidak ada yang terbaru....Aku tidak gembira untuk hari pertama ini....Aku merasakan guru-guru lama memandang aku semacam ...macam orang bersalah. Mungkin ini semua perasaan aku saja, sukar untuk aku menghuraikan dengan kata2.....Semuanya rasa tidak selesa...

Aku dibekalkan dengan jadual waktu dan panduan tugas dan t/jawab guru untuk tahun 2010. Jadual waktu tidak berbeza dengan sekolah lama kerana aku masih mengajar matematik ting2(2 kelas) dan ting3(2 kelas), hanya ditambah sekelas matematik ting4.
Aku harap aku mampu memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik dan cemerlang untuk tahun 2010 sebagaimana yang diharapkan oleh semua orang...

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.