Ahad, 11 Oktober 2009

SAGA, VIVA atau KANCIL....

Inilah topik yang selalu menjadi perbalahan antara aku dan suami. Nak beli kereta yang ke-2 untuk memudahkan suami berulang alik dari rumah ke pejabat. Selalunya pebincangan inilah yang akan menjadi perdebatan.....sebelum masing-masing diam kerana tidak mencapai kata sepakat. Aku runsing dan kasihan apabila melihat suami hanya menunggang motosikal ketempat kerja. Bukan aku tidak mampu untuk membeli sebuah lagi kereta tetapi suami yang tidak mempunyai keinginan yang sama dengan aku. Aku mencadangkan kami membeli sebuah kancil baru yang paling murah atau kereta viva baru yang paling murah.....
atau sebuah saga baru juga yang paling murah.....
tapi.....suami lebih suka kereta yang second hand, kerana katanya tidak payah bayar ansuran bulanan. Itu yang aku paling menyampah.....
Lebih baik tak payah beli....uwaaaa!!!!!!!!!!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kancil dah stop production..

so ur choice tinggal viva dan saga. The former is more fun to drive and better fuel consumption compared to the latter which so suitable for budget family first car with large boot dan sesuai untuk 5 org dewasa..

ShalbySalbina berkata...

Anyway, tq....rasanya mungkin pilih saga sebab viva kecik sangat. Aku mesti tak boleh bawak tak muat nak masuk...

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.