Rabu, 28 Oktober 2009

KURSUS AUDITAN HASILAN BKP2

Sebagai penyelaras biasiswa di sekolah aku terpaksa bertolak ke Kuantan pada 21-23/10/2009, untuk menghadiri Bengkel Auditan Hasilan Biasiswa BKP2 di De Rhu Beach Resort. Seronok jugalah sebab bolehlah juga jalan-jalan di bandar Kuantan untuk membeli-belah.....

Banner yang gah di depan dewan

Majlis penutup oleh Ketua Sektor HEM, Encik Adnan.
Aku di depan Hotel

Aku di kolam renangnya yang besar

HUJAN, GURUH, PETIR DAN KILAT

Musim Tengkujuh dah muncul lagi, tapi bukan sekadar hujan tetapi diiringi petir, guruh dan kilat sabung menyabung. Aku paling takut dan fobia dengan keadaan ini. Aku tidak akan sekali-kali keluar rumah kalau hujan yang sebegini rupa.
Aku dah hampir 2 minggu tidak boleh untuk melayari internet. Ini adalah gara-gara modem di rumah ini telah disambar petir pada hari Ahad cuti Deepavali tempohari. Lantaran itu aku tak boleh nak 'update blog' sendiri. Kiranya dah bersawang jugalah blog aku ni....sehinggalah hubby pergi ke telekom untuk menukarkan modem rosak dengan modem yang baru.
Inilah modem barunya...
Sebenarnya aku dah berjaga-jaga dengan keadaan guruh, kilat dan petir ini tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku kali ini kerana, walaupun aku dah mencabut kesemua plug ... aku masih terlupa untuk mencabut wayar yang bersambung dengan line telefon dan modem. Apalagi sedar-sedar modem dah kojol....
Menukar modem di telekom tidak dicaj apa-apa cuma yang lecehnya modem kenalah di setup terlebih dahulu. Ini yang aku tak pandai nak buat, kena cari 'tukang' la pulak......uwaa!!!!

Ahad, 11 Oktober 2009

SAGA, VIVA atau KANCIL....

Inilah topik yang selalu menjadi perbalahan antara aku dan suami. Nak beli kereta yang ke-2 untuk memudahkan suami berulang alik dari rumah ke pejabat. Selalunya pebincangan inilah yang akan menjadi perdebatan.....sebelum masing-masing diam kerana tidak mencapai kata sepakat. Aku runsing dan kasihan apabila melihat suami hanya menunggang motosikal ketempat kerja. Bukan aku tidak mampu untuk membeli sebuah lagi kereta tetapi suami yang tidak mempunyai keinginan yang sama dengan aku. Aku mencadangkan kami membeli sebuah kancil baru yang paling murah atau kereta viva baru yang paling murah.....
atau sebuah saga baru juga yang paling murah.....
tapi.....suami lebih suka kereta yang second hand, kerana katanya tidak payah bayar ansuran bulanan. Itu yang aku paling menyampah.....
Lebih baik tak payah beli....uwaaaa!!!!!!!!!!!!

Jumaat, 25 September 2009

HATI SEORANG ISTERI...


September yang duka, itulah yang boleh diibaratkan... Aku berpuasa dan berhari raya dengan linangan airmata lantaran suami yang sakit dan tidak sihat. Namun kini aku boleh bernafas lega dan memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana kepayahan yang aku rasa selama sebulan ini telah berakhir, kerana suami yang aku sayang telah kembali sihat. Alhamdulillah... Kini aku boleh melakukan rutin harian dengan lebih bersemangat dan boleh memberi tumpuan kepada kerja-kerja aku di sekolah.
Setiap hari aku memohon kepada Allah yang maha berkuasa supaya membantu aku yang lemah dan keseorangan ini. Aku tahu aku mesti kuat menempuhnya sendirian kerana aku tidak ada tempat untuk mengadu dan bergantung harap, hanya diri sendiri sahaja. Setiap hari suami menuturkan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai aku sebagai isteri kerana boleh membantunya semasa dia sakit. Macamanalah agaknya kalau tak ada isteri, katanya. Aku membantu dan menguruskannya kerana dia suami aku, aku tidak menangis di depannya.Setiap hari aku hanya tersenyum... aku hanya mengadu kepada Allah, menangis hanya di depan Allah... Aku tahu Allah akan membantu aku...
Suami mulai rasa tidak sihat semenjak akhir Ogos lagi, kerana itu juga kami terlupa akan harijadinya yang ke-43 pada 29hb. Ogos. Aku hanya ingat akan tarikh itu semasa suami terlantar di hospital selama 4 hari iaitu 2-5 September yang lalu. Semasa suami di hospital aku bersahur dan berbuka ala kadar sahaja. Apa sangat yang boleh ditelan tika itu... pernah aku berbuka hanya dengan segelas air sahaja, tetapi aku tidak merasa lapar....syukur.
Suami mendapat cuti sakit sehingga hari raya Aidil Fitri. Sangkakan suami akan bertambah sihat selepas keluar hospital meleset apabila kami hampir2 berhari raya di hospital selepas penyakit suami datang lagi 2 hari sebelum Aidil Fitri. Suami berkeras tidak mahu ke hospital, aku tidak boleh memaksa. Aku terima saja. Aku tidak mahu memaksa kerana dia yang sakit dan dia tentu tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Suami aku ada masalah jantung...
Pada hari raya pertama, kami masih boleh ke rumah mertua dan menziarahi kubur arwah ayah mertua sebelum keesokannya suami diserang penyakit lain pula...gout. 2 hari terlantar di rumah dan tidak boleh bangun apatah lagi berjalan membuatkan aku hilang punca. Apa yang boleh aku buat sebagai seorang isteri selain hanya mendengar rintihan kesakitan seorang suami dan berdoa supaya beban kesakitan suami dapat di kurangkan...
Apalah erti hari raya pada kami pada tahun ini. Rumahpun aku tidak sempat kemas, apatah lagi ingin menyediakan juadahnya. Tetamu yang datang aku hanya jamu dengan kuih muih kering yang aku sempat beli sebelum cuti raya....
Kami tidak ke mana-mana. Jiran depan rumahpun aku tidak sempat bertandang... merekapun tidak datang bertandang raya. Mereka buat rumah terbuka, aku dan anak2 hanya tengok sajalah...
Aku kasihankan anak2 aku, apa yang mereka tahu tentang sakit yang abi mereka tanggung. Mereka budak2, dan mereka ingin berhari raya. Mujurlah pengasuh anak2 aku(Kak Ani) peka akan keadaan ini. Si Bongsu dan Si Tengah di angkutnya pergi beraya. Aku sangat2 berterima kasih kepadanya. Aku menganggapnya kakak dunia dan akhirat.
Kawan2 suami ramai yang datang menziarahinya tetapi kawan2 aku tidak ada yang datang beraya....
Aku tidak kisah sangat dengan perkara2 lain, aku hanya mohon kepada Allah supaya kami di anugerahkan kesihatan yang baik di masa2 mendatang, dapat menjalani kehidupan dengan teratur tanpa menyusahkan orang lain...

Rabu, 23 September 2009

GAYA2 DI PAGI AIDIL FITRI 2009

Foto2 terbaru aku dan family
3 orang permata hati ibu, Si Bongsu(Ainul Adleen), Si Sulung(Adlaan) dan Si Tengah(Imraan)


Hubby bersama anak2 yang ceria, pengubat duka

Wajah abi yang selamba... kurang sihat sebenarnya tu.



Si Bongsu yang suka bergaya...hitam kuning di pagi Aidil Fitri




Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Setelah sebulan berpuasa kini tibalah pula untuk kita berhari raya. Dalam kesedihan kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, ramai juga yang terlebih gembira kerana Syawal menjelma..Apapun perasaan yang bertandang, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun kerana semua yang sudi singgah ke sini andai ada kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja aku telah menyakiti hati kalian. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Jangan lupa, doakan aku dan keluarga sihat sejahtera dan dipanjangkan usia supaya boleh lagi menyambut Ramadhan di tahun-tahun yang akan datang...

Rabu, 16 September 2009

PERSIAPAN RAYA 2009...

Aku kalut ni, lagi 2 hari umat islam sedunia akan menyambut hari raya Aidil Adha. Berpuasa sudah, shopping rayapun sudah tapi keadaan rumah macam tak nak sambut raya saja. Hajat nak berkemas tu ada tapi... hah banyaklah tapinya.....

Semangat aku nak raya tak seberapa sebenarnya, mengenangkan suami tak berapa sihat. Aku buat sikit2 persiapanpun mengenangkan anak2 yang tak mengerti sangat bahawa Abi mereka ni taklah sihat mana.... Akupun tak tahu nak cerita tentang penyakitnya tu. Cuma hati rasa tak tenang bila memikirkannya.

Anak2 aku? Mereka bukan main gembira nak raya. Si Tengah dalam kebulur hari pertama kerana berpuasa, telah meneruskan puasanya dengan gagahnya sebab ada imbuhan besar dia akan dapat kalau puasanya penuh 29 hari.... bukan duit raya tapi duit puasa...ha ha ha.
Hubby aku dah janji dengan anak2 dia, kalau puasa penuh setiap orang akan dapat duit puasa RM 30 dan duit raya RM 20. Si Tengah sampai kurus kering berpuasa, aku tengokpun naik kasihan...


Selasa, 8 September 2009

IBU, ADIK NAK RAMBUT MACAM BARBIE...!!!!

Inilah Si Bongsu yang sentiasa ceria dan suka melaram. Aku sentiasa terhibur dengan gelagatnya yang sentiasa ingin cantik...

Si Bongsu sangat mengagumi sesiapa sahaja yang berambut panjang, cantik katanya macam rambut barbie.
Sayangnya rambut Si Bongsu tidak panjang dan tidak lebat, sebab inilah dia selalu memuji-muji rambut sepupu2nya yang kerinting dan panjang mengurai. Selalulah dia minta untuk memiliki rambut macam anak patung barbie.
Aku jadi kasihan dengan anak dara aku yang sorang ni. Apa yang boleh aku buat selain membawanya ke saloon untuk mengkerintingkan rambutnya, sekadar untuk memenuhi impiannya yang satu ini dan tidak lain untuk menggembirakannya ... biasalah kan anak perempuan sorang.... ha ha ha.
Inilah antara aksinya semasa proses mengkerinting rambutnya yang sempat aku rakamkan. Kata Bee Bee, taukeh kat saloon rambut tu...Si Bongsu merupakan pelanggannya yang paling muda sepanjang tempoh hampir 50 tahun dia membuka saloon... ha ha ha. Aku tak terkata. Mulanya aku bimbang juga, takut2 Si Bongsu tak mampu nak bertahan selama hampir 2 jam proses mengkerinting dijalankan, biasalah dia kan masih budak lagi....nanti tertidur kat kerusi.


Ahad, 30 Ogos 2009

HUBBY AKU YANG TAK DENGAR KATA...

Aku paling sedih sekiranya hubby atau anak2 tak sihat. Mulalah selera makan aku tak menentu. Hubby aku ni mengidap 2 jenis penyakit yang agak meresahkan aku sebagai seorang isteri. Aku lebih rela aku yang sakit....janganlah anak2 ataupun suami...teruk aku jadinya. Hubby aku ada penyakit gout... sesekali menyerang, jalanpun tak betul. Yalah kan seksa mata yang memandang seksa lagi bahu yang memikul, tapi hubby aku tak pernah nak berpantang, semua makanan dibantainya...ditibai habis-habisan. Sedar2 kaki atau lutut bengkak mulalah tidurpun mengerang..... Aku yang susah hati tengok, tuan empunya badan macam tak ada apa2 saja lagaknya. Selagi boleh berjalan selagi itulah dia pergi kerja, tak ada istilah cuti dalam diarinya...

Penyakit hubby yang kedua ini lebih2 lagi merunsingkan aku... lately kerap pulak menyerang. Pantang salah makan mulalah dia mendatang. Bulan ni saja dah 4@ 5 kali pada perkiraan aku....

Hari ini seawal 4.30 pagi hubby dah muntah2, angin dah mula menyerang. Aku tak tahu apa nama sebenar penyakit ni tapi orang Terengganu memanggilnya sebagai Uluran Angin... Bila dah menyerang hubby akan kehilangan tenaga, muntah2 dan tidak boleh makan sepanjang hari...dan paling teruk boleh pitam tak sedarkan diri. Dulu selalu jugaklah keluar masuk hospital.... bukan setakat wad biasa, paling tidak tersadai kat CCU untuk paling kurang 4 hari.

Sehinggalah hubby bertemu dengan bomoh yang boleh mengubat penyakit Uluran Angin ini, hubby bertambah sihat tapi kini bomoh itu dah meninggal dunia hampir setahun yang lalu so mana nak cari bomoh yang seumpama dengannya...akupun jadi buntu....ada sesiapa yang boleh tolong tak?

Hari ini hubby asyik tido sebab keletihan...so aku sajalah yang kena take over memasak untuk berbuka. Malang lagi kat dalam peti ais stok laut dah tak ada ...aku kena gi pasar ke? Inilah yang mencemaskan...aku tak pernah gi pasar, nanti tak tahu nak beli apa....malunya.

At last untuk menyelamatkan keadaan aku terfikir 2 lauk yang enak dan sedia ada. Apa ya...itulah di bawah, rezeki aku berbuka petang ini dengan Si Tengah. Nampak miskin tapi sebenarnya sedapnya...hingga menjilat jari. Sardin Goreng and Acar Telur.... He3.


Ini pula ialah satu2nya pencuci mulut yang ada untuk hari ini. Ini kira alhamdulillah...sedap tu... Petang ni kuih muih tak ada sebab kalau adapun bukannya makan, esok2 buang juga. Kalaulah aku yang budget untuk belanja dapur, pasti boleh tabung banyak duit, he he sebab apa... aku ni kedekut sikit part2 makan ni. Aku nak beli barang makan berkira bukan main, itu kata hubbylah.... tapi kalau tang ke lain, tak ada lah kedekut mana. Uhuh, hubby selalu suka memperlekehkan aku....tak apa, tak apa. Aku memang kedekut.... Ahaks.

Sabtu, 29 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-52


Dalam kesibukan kita menjalani ibadah puasa dan membuat persediaan menyambut lebaran yang akan tiba...kita seakan terlupa bahawa kita akan menyambut satu lagi hari sangat bersejarah bagi negara kita Malaysia. Sambutan pada tahun ini tidak sehebat sebelumnya aku rasakan... Di jalan-jalan raya seakan tidak ada kereta2 yang mengibarkan jalur gemilang sedangkan hari merdeka ini hanya akan disambut dalam tempoh 2 hari lagi... apatah lagi di premis2 perniagaan. Kenapa jadi begitu?

Ahad, 16 Ogos 2009

KERONGSANG YANG BERKILAUAN...


Ish ish ish, kenapalah aku ni boros sangat. Suka sangat berbelanja... Hubby aku pula tak pernah nak tegur sikap aku yang teruk ni. Nak tegur macamana... dia lebih lagi sebenarnya..he he he. Aku ni sebenarnya suka juga membuat koleksi kerongsang yang cantik2 ni, tapi lately aku dah kemaruk dengan kerongsang jenama OZEL yang mana harganya menyamai harga 3 @ 4 pasang baju kurung yang aku pakai ke sekolah setiap hari.... Baju2 cikgu murah aje sebenarnya...

Setakat ini aku dah kumpul 4 biji kerongsang OZEL... nak buat raya....uwaaa.!!!!!!!!!
Actually, kerongsang ini tidak berapa cantik dalam gambar... kat real life lagilah cantik dan berkilauan...


Isnin, 10 Ogos 2009

SHOPPING BAJU RAYA...


Dah nak puasa, tapi aku belum lagi membeli belah sebagai persediaan untuk menyambut raya tahun ini... supaya tak kelam kabut...aku ajak hubby ke Kuantan untuk shopping baju raya untuk anak2. Bukan apa, malas pulak nak berebut2 shopping pada bulan puasa nanti. Hubby aku tak banyak cerita, terus decide untuk ke Kuantan pada 6,7 dan 8 Ogos....
Kami bertolak tepat2 pukul 4.30 petang pada hari Khamis. Tiba di Kuantan lebih kurang pukul 9 mlm, kenyang jugaklah makan buah langsat...nak marah hubbypun tak boleh jugak, nanti kalau dia suruh aku drive...terus sampai KL agaknya...ha ha ha. Sesampai di Kuantan terus ambik hotel dan tido...
Keesokkannya dalam 9 pagi, aku dan famili mulalah ronda-ronda...mula2 ke Berjaya Mega Mall and then ke East Coast Mall....Apa yang aku nampak rata2 orang ramai memakai topeng penutup hidung sebagai langkah berjaga2 terhadap H1N1,sedangkan di Terengganu belum nampak situasi ini di tempat2 awam melainkan hospital. Tak banyak sangat yang boleh dibeli...maklumlah berjalan dengan anak2, jalan sekejap duduknya lama....
Untuk Si Sulung sempatlah beli 2 helai baju T dan sepasang kasut, seluar belum beli...

Untuk Si Tengah sempatlah beli 3 helai baju T dan 2 helai seluar, kasut belum beli...

Untuk Si Bongsu sempatlah beli 4 helai baju, sehelai seluar, kasut dan gaun belum beli...

Untuk hubby sempat beli 2 helai kemeja dan sehelai baju T, kasut belum beli...

Aku? Tak bercadang nak beli apa-apa sebenarnya, cuma beli sepasang selipar....
Hah, penat shopping....anak2 aku melepak pula kat hotel...
Mereka ni suka sangat tido kat hotel, apa yang best sangat akupun tak tahu. Kalau cakap aje kita akan tido hotel...masing2 dah melompat-lompat kesukaan .......

Jumaat, 24 Julai 2009

CERITA TENTANG SI BONGSU...

Alahai anakku...

Inilah ragam Si Bongsu yang kadang kala memeningkan kepalaku. Mungkin masa mengandungkannya dulu naluri aku inginkan anak perempuan terlalu kuat. Kadang kala aku rasakan gelagat dan telatahnya tidak sesuai dengan kanak-kanak seusia dengannya...

Si Bongsu banyak sangat minat dan obsesnya...

Apa yang aku buat tiap hari itulah yang diikutinya.... Apa yang aku ada diapun nak ada juga, kekadang apa yang dia ada, akupun tak ada.....

Aku ada handbag, aku ada purse, aku ada handphone, diapun ada....


aku ada perfume, aku ada bedak, aku ada lipstik, diapun ada....

Si Tengah ada beg sekolah, Si Tengah ada buku, Si Tengah ada jam, diapun ada....

tapi, dia ada eyeshadow...... ibu dia tak adalah pulak... ha ha ha. Si Bongsu amat pantang dengan apa saja barang yang ada gambar Barbie....mesti hendak dibelinya. Aku tak adalah ikut sangat kerenahnya tapi hubby aku... kalau boleh hendak dituruti apa saja yang diminta oleh Si Bongsu...

Khamis, 16 Julai 2009

NAZIR OH NAZIR...

Masa derita dah berlalu... serangan nazir ke SMK aku mengajar ...dah berakhir hari ini. Kalau datang tak mengomen, bukan nazir namanya.... Aku tak kisah sangat dipantau atau dicerap...bukan tak pernah. Aku guru matematik, ke kursus ETEMs dan dicerap adalah rutin biasa bagi kami guru-guru matematik seluruh Malaysia. Masa kursus ETEMs aku mampu mendapat 'A' untuk 'presentation', menandakan aku bukanlah teruk sangat sebagai seorang guru matematik. Aku dah jadi guru matematik selama 12 tahun dan berpengalaman menanda kertas PMR selama 7 tahun berturut-turut.
Aku telah dicerap oleh nazir pada 13.7.2009, pukul 12.05 tgh selama 80 minit. Waktu itu aku mengajar ting. 3 kelas yang agak sederhana pencapaiannya. Tak ada apa sangat yang dikomen oleh nazir untuk pengajaran yang telah aku buat...cuma katanya latihan yang aku beri kepada pelajar agak sedikit...tidak cukup untuk pelajar yang pandai, aku akuilah kerana pelajar yang pandai telah berjaya menjawab ke-enam2 soalan yang diberi dengan jayanya dalam masa 20 minit yang diuntukkan tapi pelajar yang lemah, masih terkial-kial...
Bukan salah aku, kalau ada pelajar yang cepat faham dan ada pelajar yang tidak faham. Selalunya pencapaian berbeza bergantung kepada jantina....pelajar lelaki kelas yang dicerap itu memang agak 'slow' penerimaannya...
Daripada hampir 10 orang guru matematik yang dicerap hanya 2 orang sahaja yang melepasi tahap 'sederhana' iaitu pada tahap 'harapan'.... tidak tercium bau 'cemerlang'... Aku jadi tergelak sendiri, kenapalah mahal sangat markah diberi untuk guru2 matematik oleh nazir yang mencerap. Aku jadi teringin sangat untuk melihat sendiri 'presentation' secara praktikal oleh nazir2 ini, bagaimana untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan... jangan hanya bla...bla...bla secara teori sahaja... tukang sapu pun boleh buat!

Ahad, 5 Julai 2009

BENCI VS MENYAMPAH...

Untuk 2 minggu ni, aku tidak akan menjengah ke blog...kerana aku tersangatlah sibuk dengan tetamu tak diundang....nazir2 ... katanya seramai 16 orang akan datang untuk membuat pemeriksaan penuh di sekolah aku mengajar pada 12 hingga 16 hb... berbagai benda hendak dibereskan dan diadakan...uhuh, penatnya. Lepas tarikh itu aku nak MC 2 hari... So untuk tetamu yang sering singgah ke blog aku ni, dalam tempoh aku berkabung ni tak payahlah singgah ekkkkk!!!!!

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.