Khamis, 16 Julai 2009
NAZIR OH NAZIR...
Masa derita dah berlalu...
serangan nazir ke SMK aku mengajar ...dah berakhir hari ini. Kalau datang tak mengomen, bukan nazir namanya.... Aku tak kisah sangat dipantau atau dicerap...bukan tak pernah. Aku guru matematik, ke kursus ETEMs dan dicerap adalah rutin biasa bagi kami guru-guru matematik seluruh Malaysia. Masa kursus ETEMs aku mampu mendapat 'A' untuk 'presentation', menandakan aku bukanlah teruk sangat sebagai seorang guru matematik. Aku dah jadi guru matematik selama 12 tahun dan berpengalaman menanda kertas PMR selama 7 tahun berturut-turut.
Aku telah dicerap oleh nazir pada 13.7.2009, pukul 12.05 tgh selama 80 minit. Waktu itu aku mengajar ting. 3 kelas yang agak sederhana pencapaiannya. Tak ada apa sangat yang dikomen oleh nazir untuk pengajaran yang telah aku buat...cuma katanya latihan yang aku beri kepada pelajar agak sedikit...tidak cukup untuk pelajar yang pandai, aku akuilah kerana pelajar yang pandai telah berjaya menjawab ke-enam2 soalan yang diberi dengan jayanya dalam masa 20 minit yang diuntukkan tapi pelajar yang lemah, masih terkial-kial...
Bukan salah aku, kalau ada pelajar yang cepat faham dan ada pelajar yang tidak faham. Selalunya pencapaian berbeza bergantung kepada jantina....pelajar lelaki kelas yang dicerap itu memang agak 'slow' penerimaannya...
Daripada hampir 10 orang guru matematik yang dicerap hanya 2 orang sahaja yang melepasi tahap 'sederhana' iaitu pada tahap 'harapan'.... tidak tercium bau 'cemerlang'... Aku jadi tergelak sendiri, kenapalah mahal sangat markah diberi untuk guru2 matematik oleh nazir yang mencerap. Aku jadi teringin sangat untuk melihat sendiri 'presentation' secara praktikal oleh nazir2 ini, bagaimana untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan... jangan hanya bla...bla...bla secara teori sahaja... tukang sapu pun boleh buat!


0 ulasan:
Catat Ulasan