Aku paling sedih sekiranya hubby atau anak2 tak sihat. Mulalah selera makan aku tak menentu. Hubby aku ni mengidap 2 jenis penyakit yang agak meresahkan aku sebagai seorang isteri. Aku lebih rela aku yang sakit....janganlah anak2 ataupun suami...teruk aku jadinya. Hubby aku ada penyakit gout... sesekali menyerang, jalanpun tak betul. Yalah kan seksa mata yang memandang seksa lagi bahu yang memikul, tapi hubby aku tak pernah nak berpantang, semua makanan dibantainya...ditibai habis-habisan. Sedar2 kaki atau lutut bengkak mulalah tidurpun mengerang..... Aku yang susah hati tengok, tuan empunya badan macam tak ada apa2 saja lagaknya. Selagi boleh berjalan selagi itulah dia pergi kerja, tak ada istilah cuti dalam diarinya...
Penyakit hubby yang kedua ini lebih2 lagi merunsingkan aku... lately kerap pulak menyerang. Pantang salah makan mulalah dia mendatang. Bulan ni saja dah 4@ 5 kali pada perkiraan aku....
Hari ini seawal 4.30 pagi hubby dah muntah2, angin dah mula menyerang. Aku tak tahu apa nama sebenar penyakit ni tapi orang Terengganu memanggilnya sebagai Uluran Angin... Bila dah menyerang hubby akan kehilangan tenaga, muntah2 dan tidak boleh makan sepanjang hari...dan paling teruk boleh pitam tak sedarkan diri. Dulu selalu jugaklah keluar masuk hospital.... bukan setakat wad biasa, paling tidak tersadai kat CCU untuk paling kurang 4 hari.
Sehinggalah hubby bertemu dengan bomoh yang boleh mengubat penyakit Uluran Angin ini, hubby bertambah sihat tapi kini bomoh itu dah meninggal dunia hampir setahun yang lalu so mana nak cari bomoh yang seumpama dengannya...akupun jadi buntu....ada sesiapa yang boleh tolong tak?Hari ini hubby asyik tido sebab keletihan...so aku sajalah yang kena take over memasak untuk berbuka. Malang lagi kat dalam peti ais stok laut dah tak ada ...aku kena gi pasar ke? Inilah yang mencemaskan...aku tak pernah gi pasar, nanti tak tahu nak beli apa....malunya.
At last untuk menyelamatkan keadaan aku terfikir 2 lauk yang enak dan sedia ada. Apa ya...itulah di bawah, rezeki aku berbuka petang ini dengan Si Tengah. Nampak miskin tapi sebenarnya sedapnya...hingga menjilat jari. Sardin Goreng and Acar Telur.... He3.


Ini pula ialah satu2nya pencuci mulut yang ada untuk hari ini. Ini kira alhamdulillah...sedap tu... Petang ni kuih muih tak ada sebab kalau adapun bukannya makan, esok2 buang juga. Kalaulah aku yang budget untuk belanja dapur, pasti boleh tabung banyak duit, he he sebab apa... aku ni kedekut sikit part2 makan ni. Aku nak beli barang makan berkira bukan main, itu kata hubbylah.... tapi kalau tang ke lain, tak ada lah kedekut mana. Uhuh, hubby selalu suka memperlekehkan aku....tak apa, tak apa. Aku memang kedekut.... Ahaks.
0 ulasan:
Catat Ulasan