Jumaat, 18 Februari 2011

INTRA - PEMAKANAN KESIHATAN1

Kali pertama aku dikenalkan dengan produk ini semasa aku masih di SMK Chendering. Aku cuba2 mengambil produk ni setelah aku diwar-warkan tentang kebagusan khasiatnya untuk penyakit2 tertentu tanpa brosure atau sebagainya. Aku pakai percaya saja dengan tujuan untuk diminum oleh suami yang ada sakit gout. Tapi betullah, kita sebagai manusia sentiasa inginkan sesuatu yang apabila kita minum kesannya akan kita lihat 'segera'. Begitulah dengan suami....INTRA yang aku beli ini akhirnya terbiar begitu saja....

Untuk tidak membazirkan INTRA yang aku beli dengan harga yang agak mahal itu, aku menggantikan suami dan meminumnya. Alhamdulillah, aku rasakan sangat bagus khasiatnya apabila aku berjaya menghabiskan sebotol....... Rasanya yang sedap untuk diminum membolehkan aku menghabiskannya tanpa was-was.

Kini setelah 2 tahun dan aku telah mengambil hampir sepuluh botol INTRA aku merasakan banyak kelainan pada diriku....

1. Aku merasakan daya tahan badan aku kuat

Tempohari suami dan anak2 teruk diserang gatal2 seluruh tubuh. Doktor kata gatal2 itu disebabkan oleh hama ayam serama yang kami bela. 2 kali suami ke klinik yang menelan belanja hampir rm400, tapi aku tidak pula diserang gatal2 tersebut.......

2. Aku memang ada resdung yang kuat. Apabila aku tersalah makan saja akan mengalami gatal2 mata, hidung dan telinga. Aku kerap bersin pd waktu malam dan hidung tersumbat tapi alhamdulillah apabila aku minum saja INTRA, mata, telinga , hidung tidak akan gatal2 lagi dan aku tidak lagi bersin dan hidung tidak berair dan tidak juga tersumbat.... Aku boleh makan semua makanan....

3. Dalam setahun lebih dahulu, bacaan darah aku agak tinggi iaitu 140/90....Aku sentiasa rasa pening kepala apabila menjelang tengahari dan apabila aku tunduk dan bangun dari duduk. Tetapi sekarang aku tidak lagi merasakan gejala-gejala tersebut dan bacaan darah aku telah kembali normal...alhamdulillah.

4. Aku ada gastrik dah lama. Dahulu gastrik aku teruk juga, sesekali aku diserang gastrik akan berhari-hari untuk sembuh tapi sekarang aku tidak lagi mengalami gastrik....alhamdulillah.

5. Pada tahun 1999 berat badan aku pernah mencecah 92kg tapi setelah pengambilan INTRA, berat aku telah menurun dengan sendirinya. Sekarang berat aku 81kg...tanpa diet.

6. Anak sulung aku, Adlaan.....pada mula2 dia tinggal di asrama dulu, dia mengalami penyakit lelah. Penyakit lelahnya teruk juga sehingga pernah beberapa kali ke klinik untuk sedut gas. Aku syorkan dia ikut aku mengambil INTRA dan dia melakukannya. Alhamdulillah sekarang lelahnya telah berkurangan dan akhir2 ini tidak menyerang langsung. Dia kini boleh bermain hoki mewakili sekolahnya....

7. Apabila melihat kesan yang baik terhadap aku dan anaknya Adlaan, suami turut mengambil INTRA kembali untuk dirinya sendiri dan alhamdulillah penyakit gout yang dialaminya sudah semakin baik dan tidak menyerang lagi. Kini dia boleh makan apa saja seperti daging, budu, udang, ketam, sotong dan semua makanan laut.....

Oleh kerana kesannya baik untuk keluarga, aku mengambil keputusan untuk menjadi ahli dan menjadikan INTRA pemakanan kesihatan sekeluarga.....




Jumaat, 11 Februari 2011

ABI DAN BOWLING.....


Abi dah pandai main bowling, masa mula2 ajak dia join...bola asyik masuk longkang jerrrr...
hari ni nampaknya prestasj abi makin baik.....
Dia tahu je, aku nak snap gambar...apa lagi....lebih2 la dia posing.........

Ini anak2 aku, Si Tengah Imraan dengan Si Bongsu Ainul.... dua2 suka main bowling....dengar je budak2 sekolah ada latihan bowling kat TER, dia orang yang lebih2 dan beria-ia....
Angkat bola no. 6pun tak larat lagi...masing2 perlukan bantuan untuk membaling......

Abi membantu Si Bongsu membaling....
Abi tunjuk handal.... 1,2,3.....
go...strike ke tidak ? Ha ha



Selasa, 1 Februari 2011

BUKIT GAMBANG WATERPARK....

Pejabat Hubby buat Hari Keluarga lagi...kali ini destinasi kami ialah BUKIT GAMBANG WATERPARK, KUANTAN PAHANG...........
Kami berkereta sendiri ke Kuantan secara konvoi. Bertolak dari Masjid Marang tepat pukul 7.00 pagi pada 28.1.2011 dengan kereta masing-masing bereben merah.......
Perjalanan yang sepatutnya hanya paling lama 4 jam telah menjadi tak tahu berapa jam selepas aku dan famili tersesat dan tersasar laluan sehingga ke Maran.....
Hari keluarga pejabat Hubby dah jadi hari keluarga Keluarga Pok Awang apabila 3 orang adik aku turut serta dengan famili masing-masing....Seronoknya bila melihat anak2, anak2 sedara mandi manda...yang lebihnya mak ayah mereka........jom layan gambar...........

PERMULAAN UNTUK BOWLING.......


Tahun kedua di sekolah baru aku cuba buat sedikit pembaharuan. ..... Rasa tak seronok dalam kelab bola tampar so aku bersetuju dengan Cg Sha ( junior masa kat MRSM dulu) kebetulan sekarang kami ngajar pulak satu sekolah (dikira sekepala juga )....... menubuhkan kelab baru di sekolah ni Kelab Bowling......... Cg Sha yang bertungkus lumus membuat kertas kerja untuk menubuhkan kelab bowling, aku cuma ikut2 jerrrrrrr. Pada mulanya PK KO tak setuju, then dia suruh jumpa pengetua....Cg Sha terus jumpa pengetua dan pengetua setuju..........apa lagi tertubuhlah kelab bowling sekolah dengan 40 orang ahli yang mampu membayar rm10 sebulan....
Aktiviti latihan bowling dah 2 kali berlangsung di Pusat Latihan Bowling TER.... kali pertama, aku hanya melihat dan memantau budak2 yang baru pertama kali membuat latihan......kali kedua, aku cuba untuk main sambil mengajar Si Tengah membaling...
dah lebih 20 tahun aku tidak memegang bola bowling dan aku masih tidak lupa bola yang sesuai dengan tangan aku....bola no.11. Balingan pada frame pertama hanya 'spare' sahaja dan makin lama makin teruk...ha ha ha. Mungkin aku kurang tumpuan dan tidak sungguh-sungguh. Apa nak buat, sambil tengok budak2 main maka aku main-main. 20 tahun dulu aku kira, aku hebat juga di kalangan kawan-kawan....nostalgia lama, masa aku masih remaja. Seingat aku pada waktu itu di Kuala Terengganu belum ada pusat bowling pun.......

SAKTI DELIMA...


Aku gembira kerana semalam 31/1/2011, slot lagenda TV3 menayang kembali cerita SAKTI DELIMA yang dihentikan siarannya kerana disyakki ada unsur2 tahyul. Aku antara orang yang frust apabila cerita ini dihentikan kerana alasan tahyulnya tidak begitu kukuh. Rasanya banyak lg cerita lain yang lebih tahyulnya tapi lulus saja untuk tayangan......

Sinopsis cerita SAKTI DELIMA....
Drama yang diadaptasikan dari filem klasik kegemaran ramai, Pancha Delima ini mengisahkan tentang kesakitan seutas kalung yang menjadi rebutan ramai. Kisah bermula dengan perihal Taib, seorang pengusaha chalet di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi, juga seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur. Siti Melur (lakonan Bienda) merupakan anak bongsu yang kerap dibuli kedua kakaknya hasil dari perkahwinan pertama Taib.
Taib sedih melihat kerenah Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan sahaja asyik bertelagah sesama sendiri malah mereka juga selalu membuli adik mereka Siti Melur.
Pada suatu malam, Siti Melur telah bermimpi berjumpa dengan almarhum ibunya, Nur Aisyah. Ibu Siti Melur telah memberitahu bahawa kalung di lehernya bergelar Sakti Delima, yang akan membawa tuah kepadanya pada masa akan datang. Dari mimpi-mimpinya barulah Siti Melur tahu akan perkara sebenar bahawa ibunya merupakan seorang bunian yang memilih untuk berkahwin dengan manusia, tanpa membocorkan rahsia ini.
Akan tetapi, Siti Melur dibenarkan untuk bertanya kepada ayah dan ayahnya mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Aisyah itu. Namun, dia tidak mahu bercerita panjang lebar lagi tentang isterinya itu kerana seakan terdapat kesedihan dan kekesalan di dalam nada suara Taib. Lalu, Siti Melur pun berhenti bertanya kerana tidak mahu ayahnya sedih.
Pada satu hari, Taib telah pergi mengikuti seorang temannya memburu ayam hutan. Pelik, Taib masih tidak pulang walaupun hari sudah malam. Siti Melur yang bimbang tentang keselamatan ayahnya telah keluar untuk mencarinya di dalam hutan walaupun dihalang oleh kakak-kakaknya. Nasib Siti Melur baik kerana dia tahu denai yang dilalui oleh ayahnya. Hatta, Siti Melur terkejut melihat ayahnya sedang tertiarap di atas tanah sambil dihempap batang pokok manakala rakannya pula telah meninggal dunia.
Tetapi, entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri menawarkan diri untuk membantu Siti Melur. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Nur Firdaus Kencana (Iqram Dinzly), lelaki itu mengangkat pokok tersebut dari atas Taib. Kemudiannya dia menghantar Siti Melur bahawa dia mempunyai kalung yang sangat cantik dan sempat berjenaka bahawa loket delima tersebut mempunyai kuasa sakti. Siti Melur pelik kerana hanya ada dua orang sahaja yang tahu tentang kalung itu.
Antara cinta, khianat, cabaran dan janji, mampukah Siti Melur menerokai fantasi yang tersimpul bersama kalung sakti misteri kepunyaannya itu? Dan apakah jawapan di sebalik kemunculan Nur Firdaus Kencana yang mengetahui akan kedua-dua rahsia tersebut?


Saksikan tayangan drama bersiri SAKTI DELIMA yang menjanjikan anda seribu satu pengembaraan, bersiaran kembali mulai 31 Januari 2011, pada jam 4.30 petang, hanya di slot Lagenda, di TV3.

Khamis, 20 Januari 2011

ADIKKU YANG DIPANGGIL CHE TAM....



Semasa perkahwinan aku dulu dia masih sangat kecil...sebesar anakku Si Bongsu Ainul Adleen. Kalau tak silap aku , mungkin umurnya masa tu dalam 5/ 6 tahun.


Inilah gambarnya 16 tahun dahulu bersama ayah dan arwah emak. Gambar ini diambil semasa jamuan perkahwinan aku. Diapun tentu tidak pernah melihat gambar ini, kerana aku simpan gambar kenangan ini kemas2 di dalam album.

Kini dia dah besar. Kadang kala aku jadi pening kepala untuk menguruskan dia sebagai seorang kakak yang paling tua.....sukar sangat untuk membuatkan dia faham apa kehendak kakak2 dan juga abangnya.....dia sentiasa tidak faham dan berfikiran negatif, bergelodak dengan rasa jiwa remajanya....

Keputusannya untuk bertunang juga mengejutkan aku. Rupanya dia tidak berfikiran sebagaimana yang aku harapkan......harapnya dia tidak akan menyesal di kemudian hari, dengan keputusannya yang aku kira tergesa2 membuat keputusan untuk bertunang itu. Apapun aku sebagai seorang kakak sentiasa mendoakan yang terbaik walaupun terus terang aku katakan aku terkilan. Aku lebih suka dia fikirkan tentang kerja dahulu demi masa depan dia....

Inilah dia Che Tam....


Semasa deisarungkan cincin pertunangan....

Bersama adik aku yang bongsu....Che Su

Inilah jejaka pilihan hatinya, yang membuatkan dia tidak sabar untuk bertunang.....


Ehhhhh, siapa pulak ni......orang sibuk bergambar, dia sibuk menceduk gulai. Ooooo dulu dia yang kahwin sekarang rasa lah dah jadi orang dapurrrrrrrrrr.......
tapi apa salahnya 'interframe' sekali.........

Semoga bahagialah hendaknya............

Selasa, 4 Januari 2011

TUPPERWARE...


Cuti sekolah membuatkan jualan tupperware aku tidak seberapa. Aku hanya menjual kepada adik beradik dan kakak ipar sahaja....
Jualan yang tidak seberapa ini membolehkan aku membeli tupperware level yang ditawarkan dalam katalog bulan Disember. Murah bangat dong...dan cantik amat.
Senang hati aku bila dapat menyusun sebegini rupa....ruang2 dalam almari dah semakin sempit nampaknya, so aku lebih selesa membiarkan tupperware2 itu bebas di situ.....nanti kalau dah puas tengok baru la aku simpan......

Sabtu, 1 Januari 2011

KERENAH ANAK REMAJA...

Dah 2 hari aku termenung kerana berkecil hati dan marah dengan anak remaja aku nan sorang Si Sulung...... sukarnya untuk mendidik anak yang sedang membesar. Ada saja nasihat kita nak dibangkangnya. Nasihat2 kita seolah-olah menjadi penghalang pergerakkannya.....

Semasa kecilnya, aku tidak pernah merasa susah menjaganya. Dialah anak yang menyenangkan hati aku dan suami. Dia tidak banyak kerenah, sentiasa mendengar kata dan menurut saja apa yang dikatakan dan memakai apa saja pakaian yang dibeli....


Tetapi kini, dia dah ada kehendak sendiri. Mempunyai stail pemakaian sendiri yang kadang kalanya tidak menyenangkan mata aku dan suami. Itulah yang susahnya.... jiwa orang tua tidak selari dengan jiwa remaja....

Perlakuan Si Sulung lebih kepada hendak berlawa berbanding menumpukan perhatian kepada pelajarannya. Aku bimbang sangat, kerana tahun ni dia akan menduduki PMR dan aku lihat Si Sulung belum lagi berminat untuk membuka buku pun.....
Sasaran 8A membuatkan aku tidak senang duduk... aku lihat Si Sulung masih dengan sikap selambanya....
Aku sebagai seorang ibu hanya mampu berdoa siang dan malam supaya dipercepatkan kesedaran dalamannya untuk mencapai kejayaan zahir dan batin...... Hanya pada Allah jua aku mohon pertolongan, kuatkanlah hati aku untuk terus memberi bimbingan kepada anak remaja aku yang belum matang sepenuhnya ini.....

SELAMAT TAHUN BARU 2011...

Pejam celik pejam celik, tahun bertambah lagi dan umur juga begitu....kekadang kita tak merasa kita dah semakin tua....jangan tua sebelum waktu dah....
Sudah begitu lumrah alam...seiring waktu yang beredar, yang kecil pasti membesar, yang muda pasti tua......
so bagaimana dengan azam 2010, dah tercapai ke belum?
Aku? Tak tau nak kata...dah setahun aku bermukim di sekolah baru. Seperti kata kekawan jasad aku di sini tapi roh masih di sekolah lama.....
Ha ha ha nak tergelak...mengapa begitu? Kita akan gembira berada di tempat yang mana orang menghargai kita. Setahun aku menjerut rasa di sini. Menghadapi pelbagai tanggapan orang........
Harapan aku, semoga dengan kedatangan tahun baru aku akan lebih gembira di sini, diterima seadanya dan fitnah2 yang melanda akan berlalu dengan sendirinya apabila orang lebih mengenali siapa sebenarnya kita.....
Hanya dengan kepercayaan sahaja, membolehkan aku meneruskan perjuangan untuk menempa kejayaan demi kejayaan...insyaAllah...

Khamis, 23 Disember 2010

TUDUNG OH TUDUNG....

Lately aku jadi serabut bila memikirkan cara nak 'store' tudung-tudung ala-ala tudung ARIANI yang aku ada. Tudung yang aku ada tu tak adalah banyak mana pun ... ada la dalam 30 helai tapi serba salah dibuatnya... pakai hanger kecik tak jadi, habis kemek awningnya. Pakai pula hanger besar....tak jadi juga..kemek juga kat tengah2 awning tu. Dia orang kata kat ARIANI ada jual hanger macam dia orang guna...beli juga la, tak berkenan juga sebab awning dia 'terpeleok' juga so masa gi tempah tudung adik kat tailor tudung, mulut aku terluahlah rasa gusar cara nak 'store' tudung aku yang aku rasa banyak tu...(perasan...he he) kalau tak pun akan makin banyak...so Liza (tukang jahit tudung tu) beritahu la, ada hanger yang dibuat khas untuk sangkut tudung-tudung ni semua. ....
Aku apa lagi tak buang masa, terus saja gi kedai yang Liza beritahu tu... mak aiiii, memang ada...tapi harganya boleh tahan la mahalnya. Aku ingat tak sampai la tangga harga yang aku tengok tu....ternganga sekejap....


Hanger tu cantik, macam2 warna ada....... dan aku tabik spring kat orang yang menciptanya, kira briliant juga la otak orang yang menciptanya tu.....
so dipendekkan cerita aku decide nak beli. Kata depa kalau beli 1 RM28, beli 2 boleh dapat RM50 , dalam2 ternganga aku beli 4. Ha ha, bukan semuanya aku punya....... 2 lagi tu untuk nenek kebayan...he he adik aku daaaaaaaa.....

Ta daaaaa, ini la rupa hanger tu......

1 hanger tu boleh 'store' 28 helai tudung so dikira berbaloi la...1 lubang untuk 1 tudung..... dengan kos rm1.....


Aku cuba la masukkan tudung2, ini kira try...test, He he, ok la untuk aku yang belum mahir lagi ni.....

tapi kan bila lama2 fikir.....store cara di bawah lagi ok kot...........

Sabtu, 11 Disember 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU....

Hanya pada hujung minggu rumah aku akan bising dengan suara hubby dan anak-anak... Mereka akan bergelak ketawa menjerit-jerit sesama mereka. Aku sangat gembira apabila melihat hubby sibuk melayan anak-anaknya Si Sulung dan Si Tengah bermain karom.....
Pada hari bekerja di musim cuti sekolah ni hanya aku dan anak-anak di rumah, tak ada lah aku nak melayan mereka bermain. Aku biarkan saja mereka dengan aktiviti masing-masing.... sebabnya aku ada banyak kerja nak buat...
Jom kita tengok apa yang mereka buat......
Hah....
patutpun senyap dan sunyi...........
Selain berfacebook Si Tengah juga sukaaaa.....

Haaaaa, ini la aktiviti anak-anak zaman IT, sains dan teknologi...........

Jumaat, 3 Disember 2010

Selasa, 30 November 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH 3...


JOM LAYAN TV....
Tontonan aku bersama hubby dan anak2.....
cerita dogeng di slot Lagenda menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.



Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.
Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama 'Putera Katak'.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.
Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.
Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya....

Ahad, 28 November 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH 2...


Dah hampir 2 minggu bercuti sekolah, aku masih dengan aktiviti mengemas bahagian dalaman rumah.... bermula dengan ruang tamu, ruang makan then ruang keluarga.

( ruang tamu - dah ok)


( ruang makan - dah ok)

Si Sulung kemas sendiri bilik dia...dan aku tengok tak juga kemas2 ....

Bilik Si Bongsu dengan Si Tengah dah cantik dah........ then aku kemas dan bersihkan bilik utama........ habis sakit2 badan sebab aku ubah perabot sorang2....boleh tahan juga beratnya.....

Masih ada 4 ruang yang belum aku jengah...bilik tamu, ruang dapur , bilik basuh dan stor....
3 bilik yang terkemudian tu kira heavy la tu.... Kalau la bukan rumah sendiri aku buat tak nampak selamanya je la....tapi aku sayang rumah aku, aku nak kemas bersih2 dan buang semua barang2 yang memang dah tak berguna pada waktu semasa ni. Tak ada sayang2, makin disayang makin menyemak saja.....

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.