Sabtu, 1 Januari 2011

KERENAH ANAK REMAJA...

Dah 2 hari aku termenung kerana berkecil hati dan marah dengan anak remaja aku nan sorang Si Sulung...... sukarnya untuk mendidik anak yang sedang membesar. Ada saja nasihat kita nak dibangkangnya. Nasihat2 kita seolah-olah menjadi penghalang pergerakkannya.....

Semasa kecilnya, aku tidak pernah merasa susah menjaganya. Dialah anak yang menyenangkan hati aku dan suami. Dia tidak banyak kerenah, sentiasa mendengar kata dan menurut saja apa yang dikatakan dan memakai apa saja pakaian yang dibeli....


Tetapi kini, dia dah ada kehendak sendiri. Mempunyai stail pemakaian sendiri yang kadang kalanya tidak menyenangkan mata aku dan suami. Itulah yang susahnya.... jiwa orang tua tidak selari dengan jiwa remaja....

Perlakuan Si Sulung lebih kepada hendak berlawa berbanding menumpukan perhatian kepada pelajarannya. Aku bimbang sangat, kerana tahun ni dia akan menduduki PMR dan aku lihat Si Sulung belum lagi berminat untuk membuka buku pun.....
Sasaran 8A membuatkan aku tidak senang duduk... aku lihat Si Sulung masih dengan sikap selambanya....
Aku sebagai seorang ibu hanya mampu berdoa siang dan malam supaya dipercepatkan kesedaran dalamannya untuk mencapai kejayaan zahir dan batin...... Hanya pada Allah jua aku mohon pertolongan, kuatkanlah hati aku untuk terus memberi bimbingan kepada anak remaja aku yang belum matang sepenuhnya ini.....

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.