Selasa, 1 Februari 2011

PERMULAAN UNTUK BOWLING.......


Tahun kedua di sekolah baru aku cuba buat sedikit pembaharuan. ..... Rasa tak seronok dalam kelab bola tampar so aku bersetuju dengan Cg Sha ( junior masa kat MRSM dulu) kebetulan sekarang kami ngajar pulak satu sekolah (dikira sekepala juga )....... menubuhkan kelab baru di sekolah ni Kelab Bowling......... Cg Sha yang bertungkus lumus membuat kertas kerja untuk menubuhkan kelab bowling, aku cuma ikut2 jerrrrrrr. Pada mulanya PK KO tak setuju, then dia suruh jumpa pengetua....Cg Sha terus jumpa pengetua dan pengetua setuju..........apa lagi tertubuhlah kelab bowling sekolah dengan 40 orang ahli yang mampu membayar rm10 sebulan....
Aktiviti latihan bowling dah 2 kali berlangsung di Pusat Latihan Bowling TER.... kali pertama, aku hanya melihat dan memantau budak2 yang baru pertama kali membuat latihan......kali kedua, aku cuba untuk main sambil mengajar Si Tengah membaling...
dah lebih 20 tahun aku tidak memegang bola bowling dan aku masih tidak lupa bola yang sesuai dengan tangan aku....bola no.11. Balingan pada frame pertama hanya 'spare' sahaja dan makin lama makin teruk...ha ha ha. Mungkin aku kurang tumpuan dan tidak sungguh-sungguh. Apa nak buat, sambil tengok budak2 main maka aku main-main. 20 tahun dulu aku kira, aku hebat juga di kalangan kawan-kawan....nostalgia lama, masa aku masih remaja. Seingat aku pada waktu itu di Kuala Terengganu belum ada pusat bowling pun.......

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.