Khamis, 20 Januari 2011

ADIKKU YANG DIPANGGIL CHE TAM....



Semasa perkahwinan aku dulu dia masih sangat kecil...sebesar anakku Si Bongsu Ainul Adleen. Kalau tak silap aku , mungkin umurnya masa tu dalam 5/ 6 tahun.


Inilah gambarnya 16 tahun dahulu bersama ayah dan arwah emak. Gambar ini diambil semasa jamuan perkahwinan aku. Diapun tentu tidak pernah melihat gambar ini, kerana aku simpan gambar kenangan ini kemas2 di dalam album.

Kini dia dah besar. Kadang kala aku jadi pening kepala untuk menguruskan dia sebagai seorang kakak yang paling tua.....sukar sangat untuk membuatkan dia faham apa kehendak kakak2 dan juga abangnya.....dia sentiasa tidak faham dan berfikiran negatif, bergelodak dengan rasa jiwa remajanya....

Keputusannya untuk bertunang juga mengejutkan aku. Rupanya dia tidak berfikiran sebagaimana yang aku harapkan......harapnya dia tidak akan menyesal di kemudian hari, dengan keputusannya yang aku kira tergesa2 membuat keputusan untuk bertunang itu. Apapun aku sebagai seorang kakak sentiasa mendoakan yang terbaik walaupun terus terang aku katakan aku terkilan. Aku lebih suka dia fikirkan tentang kerja dahulu demi masa depan dia....

Inilah dia Che Tam....


Semasa deisarungkan cincin pertunangan....

Bersama adik aku yang bongsu....Che Su

Inilah jejaka pilihan hatinya, yang membuatkan dia tidak sabar untuk bertunang.....


Ehhhhh, siapa pulak ni......orang sibuk bergambar, dia sibuk menceduk gulai. Ooooo dulu dia yang kahwin sekarang rasa lah dah jadi orang dapurrrrrrrrrr.......
tapi apa salahnya 'interframe' sekali.........

Semoga bahagialah hendaknya............

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.