Rabu, 15 September 2010

MENU HARI RAYA....RAYA KE-3

Oleh kerana raya ke-2 aku dan famili masih berada di rumah ayah dan kemudiannya di sebelah petangnya aku beraya di Kg, maka pada raya ke-2 tak ada apa2 menu yang boleh di 'display'. Hanya pada raya ke-3 barulah aku berkesempatan untuk 'stay' kat rumah dan memasak apa2 yang patut untuk hidangan raya...kekawan suami yang datang beraya bolehlah merasa air tangan aku. Haha bukan senang nak rasa air tangan aku ni. Hubby kata, dia rindu nak makan masakan aku so kali ni 'turn' aku pula memasak ...... Aku cuma mintak tolong hubby masakkan nasi himpit segera sahaja, sebab dia memang pakar..... he he. Apa yang aku masak? Jeng..jeng..jeng...
Masakan yang simple sahaja....nasi himpit, kuah kacang dan satay goreng....tukang masak yang pemalas...he he.







Ada lagi ....ketupat yang aku tempah khas dari Kg. dengan rendang noghori....he he....sedap tuuuuu..........



Selasa, 14 September 2010

MENU HARI RAYA......RAYA PERTAMA

Mari kita selongkar apa menu yang ada di rumah aku pada raya pertama tahun ni. Macam kebiasaanlah, pagi raya pertama hubby aku yang baik hati ni, akan masakkan nasi ayam sebagai juadah. Itu saja juadah yang ada kerana aku dan famili hanya ada di rumah di sebelah pagi sahaja. Tak ada gunanya kalau memasak banyak2 pun, tak ada orang nak makan. Anak2 aku memang suka sangat dengan nasi ayam terutamanya Si Tengah. Maka Hubby akan masakkan nasi ayam untuk menggembirakannya. Tahun ni hubby masak masak macam biasa juga dengan 2 ekor ayam. Cukuplah untuk aku makan sekeluarga, hantar sikit ke rumah abang ipar di sebelah rumah, bawak sikit ke rumah mak mertua dan bawak juga sikit ke rumah ayah dan juga untuk santapan keluarga pengasuh anak aku yang bertandang seawal pagi raya..... ...










Ini juadah yang sempat aku 'snap' ....sorry nasi dengan sup belum terhidang...he he , chef tengah busy tu. .......

Ahad, 12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....

Sibuk sangat mengemas rumah luar dan dalam sempena nak sambut kehadiran 1 Syawal membuatkan aku tidak sempat nak mengedit blog, malah lantaran badan letih aku malas nak membuka laptop dan aku pasti pengunjung2 di luar sana juga tentu tidak sempat nak berkunjung ke blog2 ataupun menjelajah di internet.... so di sini rasanya belum terlambat untuk aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa secara sengaja ataupun tidak sengaja.......

Pada pagi raya pertama, aku khaskan untuk budak-budak di kejiranan berkunjung ke mahligai aku untuk beraya. Hubby memang suka sangat melayan kerenah budak2 ni dan mereka suka sangat singgah di rumah aku seawal pagi raya pertama sekembalinya mereka dari sembahyang raya. Alhamdulillah kekadang berbuat baik dengan budak2 adalah lebih baik. Doa budak2 ni sangat berkat sebenarnya sebab hati mereka sangat suci. Dalam rezeki kita ada hak mereka ....dan aku takkan biarkan mereka pulang hampa. Ada rezeki mereka di sini......
Aku keluar ke kubur ayah mertua hanya selepas Jumaat dan singgah beraya dengan mak mertua yang terlantar uzur....Aku syukur sangat sebab aku dijodohkan dengan orang yang berdekatan Kg. Tak adalah aku dan suami berkelahi nak balik rumah siapa....
Setiap tahun aku utamakan keluarga mertua dahulu kerana tanggungjawab suami terhadap keluarganya tidak habis di situ... Aku bergerak ke rumah ayah sendiri pada sebelah petang. Begitulah kebiasaannya dan keluarga aku memang sudah tahu dengan kebiasaan ini dan mereka tidak pernah bersungut. Aku bermalam di rumah ayah kerana hanya akulah satu2nya anak yang telah bersuami beraya bersama ayah pada raya pertama. Abang dan adik2 aku masing2 utamakan keluarga mertua mereka, katanya raya ke-3 barulah mereka akan ke rumah ayah....Sebenarnya aku 'frust' juga dengan sikap abang dan adik2 aku yang sebegini.... tapi apa nak buat kan sikap dan hati masing2....
Pukul 3 ptg raya ke-2 aku teruskan berhari raya di Kg di mana aku dibesarkan....beraya bersama emak angkat, emak saudara dan sedara mara yang lain....
Aku hanya bertolak pulang ke rumah pada sebelah malamnya dan tiba di rumah lebih kurang pukul 10.30 malam.....
Diam tak diam hari ni dah raya ke-3. Hari ni barulah aku boleh lepak di rumah menanti kehadiran kekawan sekiranya ada yang sudi berkunjung ke rumah aku. Selalunya kekawan suamilah yang singgah beraya.......

Khamis, 2 September 2010

KANSER SERVIKS....

Fikiran aku terganggu hari ini. Semalam, semasa aku di sekolah aku dikhabarkan berita tentang kematian seorang rakan, kerana kanser serviks. Hayatnya hanya 2 bulan sahaja dari tempoh dia mengetahui penyakitnya.... Aku teringatkan emak dan adik aku yang bongsu merayu2 kepada abang2 dan kakak2nya supaya pulang berhari raya bersama ayah pada hari raya ini........
Raya ini adalah kali pertama kami akan berhari raya tanpa emak. Aku yang tua ni tak adalah terasa sangat kerana mempunyai keluarga sendiri tetapi 2 orang adik aku yang belum berubahtangga itu dan ayah sangat terasa dengan ketiadaan emak......
Aku lihat ayah macam tidak ada semangat sahaja. Pertengahan puasa minggu lepas, aku balik menjenguk dan berbuka puasa dengan mereka. Aku lihat ayah kurang sihat...demam katanya. Ayah bertambah kurus....hari-hari ayah berulang alik ke kubur emak. Aku lihat ayah bagaikan tidak boleh menerima kenyataan emak telah tiada. Mungkin pemergian emak sangat mendadak......
Sebagai panduan dan pengetahuan tambahan untuk semua pengunjung blog aku ni, di sini aku tempekkan artikel mengenai kanser serviks yang dikatakan adalah antara kanser yang boleh menyebabkan kematian di Malaysia.......

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.



  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya,boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.

Setia pada pasangan anda.

Lakukan pap smear setiap 3 tahun.

Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Sabtu, 28 Ogos 2010

ANAK2KU DAN KASUT RAYA...

Setiap tahun Anak2 aku akan dapat 2@3 pasang kasut @ selipar raya seorang. Tahun ni aku dan hubby bersetuju untuk membeli daripada jenama Barbie/ Bum untuk Si Bongsu dan Si Tengah . Si Sulong dah pilih sendiri samada daripada jenama Adidas @ Admiral.

Ini la rupa kasut raya Si Bongsu. Si Bongsu memang minat sangat dengan jenama Barbie so aku dan hubby tak beli jenama lain la....kalau tak dapat ori, tiruan pun jadi . Bukan mahal sangatpun, belipun kat Pasaraya Giant...he he. Kasut ni paling Si Bongsu suka ...hari2 dia belek dan kelek... sesuai la kalau nak pakai jika berseluar.....



Ini pula kasut ala-ala lady like gitu, juga jenama Barbie...sesuai la kalau Si Bongsu berbaju kurung....
Selipar di sebelah tu jenis kokak je, Si Bongsu bukan tahu pun... asalkan ada gambar puteri cantik ....dia kata Barbie la. Ha ha, saja je aku beli mana la tau kot2 Si Bongsu malas nak berkasut....angin Si Bongsu ni bukan boleh dijangka sangat..... kesemuanya ni hanya rm85 sahaja

Ini pula kasut dan selipar raya Si Tengah. Dia pilih sendiri ni...daripada jenama Bum. Si Tengah memang suka kasut2 sebegini. Seingat aku setiap tahun aku beli kasut jenama Bum untuk dia. Selipar pula daripada jenama Diadora...sayangnya selipar tu muat2 je dengan kaki dia, kalau aku yang membeli mungkin aku tak beli kerana aku rasa tak tahan lama untuk dipakai oleh Si Tengah tapi hubby lain pula pendapatnya.... semuanya hanya rm67 sahaja.

Last but not least, ini pula kasut raya Si Sulung. Kalau dia tahu mesti marah ..... daripada jenama Edwin. Tak adalah mahal sangat..hanya rm 89.90. Sesuai la untuk budak yang baru tingkatan 2...beraya sakan la nampaknya anak2 aku.... yang haru ibu dengan abi la... tak ada kasut rayapun...........uwaaa!!!!

ANAK2KU TERPAKSA BERDIKARI...

Berkat kesabaran aku, akhirnya aku dapat juga mencari bakul laundry yang aku hajatkan iaitu besar dan harganya murah. Bakul2 sebegini dekat mana lagi ada kalau bukan kat Pasaraya Mydin. Kali pertama aku pergi ke sana aku tak jumpa bakul besar tersebut kerana aku mencarinya kat Glassware Deparment. Mulut pula masa tu berat je nak bertanya kat Bangla2 yang bekerja kat situ....

Mulanya aku beli bakul laundry kat Pasaraya NIRWANA. Kerana harganya agak mahal pada tanggapan aku ( RM 19.90) untuk bakul warna pink dalam gambar, aku hanya beli 2 buah walaupun aku perlukan sekurang2nya 7 buah untuk memproses baju2 yang tidak sempat aku lipat. Maklumlah orang gaji aku dah berhenti kerja, aku tak mampu untuk sentiasa melipat baju2 yang ada....


Akhirnya hari ini bertemankan Si Sulung aku ke Pasaraya Mydin sekali lagi mencuba nasib kot-kot ada bakul yang aku hajatkan, kerana aku rasa macam tak logik je pasaraya sebesar itu tidak ada menjual bakul2 laundry yang besar.... Kali ini aku meringankan mulut bertanya Salesgirl yang bertugas. Barulah aku tahu rupa2 bakul2 ni tak di display kat Glassware Department tapi di tingkat bawah di Lorong 15 yang menempatkan peralatan mencuci... ha ha kelakar juga. Kat situ ada berbagai jenis bakul laundry tapi aku hanya tersangkut pada sebuah bakul yang besar dan harganya sangat murah
(RM 9.90) pada tanggapan aku la, tapi masalahnya bakul tersebut hanya ada 1. Aku tanya kat Bangla yang jaga lorong 15 tu, dia kata bakul ada banyak lagi dalam stor. Aku tanpa segan suruh dia pergi ambik kat stor. Dia kata stor agak jauh so dia suruh aku jalan2 dulu dalam sikit jam dia datang. Aku tanya dia sikit jam tu berapa minit? Dia kata sikit jam la....aku jadi pening dengan Bangla ni.....aku suruh dia pergi juga, aku kata aku nak 5 buah dan warnanya mesti sama.... aku siap terangkan kat Bangla tu satu persatu sehingga Si Sulung marah kat aku....ala ibu ni ambik je la warna apa-apapun....
Lama jugak aku tunggu, ada la dalam setengah jam.... Bangla tu datang dengan 10 buah bakul laundry yang semuanya warna merah. Bagus2, Bangla ni memang faham Bahasa Melayu. Tak sesia Mydin ambik kau kerja.... Itu la bakul laundrynya (warna merah dalam gambar)....

Pulang saja ke rumah aku terus membasuh bakul2 tersebut untuk digunakan. Bertungkus lumuslah Si Tengah dengan Si Bongsu mengasingkan baju2 ke dalam bakul2 yang aku labelkan iaitu IBU, ABI, ADLAAN, IMRAAN dan AINUL. Seronok je mereka bekerja tanpa membantah.....
Apabila melihat adik2nya bekerja tanpa protes, Si Sulung pun tanpa bantahan juga menggosok pakaiannya sendiri tanpa aku suruh( tapi muka masam je). Ini merupakan satu perkembangan yang baik.... Bangganya aku hari ini menjadi seorang ibu....Anak2ku memang anak2 yang baik....alhamdulillah!
Untuk sementara waktu aku tidak bercadang untuk mengupah orang lain untuk mengemas rumah selepas orang gaji terdahulu berhenti. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku walaupun aku agak terkilan sebenarnya dengan cara orang gaji terdahulu minta berhenti........

Rabu, 25 Ogos 2010

MALANG TAK BERBAU...

Aku cukup bengang dengan budak2 sekolah yang bermotosikal. Dia orang ni bawak motor macam pelesit. Budak2 kalau dah akal tak cukup matang, memang tak boleh fikir dengan sempurna. Mereka ni hanya tahu nak seronok dan nak tunjuk mereka hebat di jalanraya. Bukan semuanya ada lesen memandu.... mereka bawak motor ikut sedap hati dan langsung tak ikut undang-undang. Kalaupun tak nak jaga keselamatan sendiri, janganlah susahkan orang lain. Aku memang marah dengan mak bapak dia orang ni... tak reti nak tegur dan ajar anak sendiri. Beranak pandai , jaga anak tak pandai.....
Aku marah sangat ni.... dalam perjalanan balik dari sekolah minggu lepas aku dah melanggar seorang budak sekolah yang bermotosikal. Memang susahkan orang sungguh. Habis TAF5353 aku kemek....budak sekolah tu pulak dah tahu salah, macam pelesit melarikan diri. Nasib baiklah tak ada apa-apa yang teruk berlaku. Kalaulah dia tergolek kat situ, memang susahlah....kalau nasib tak baik lagi dia mampus terus, memang susahlah aku....
Aku tak tahu samada budak sekolah tu tak nampak aku signal ke kanan atau dia memang sengaja. Di belakang kereta aku sendiri berderet-deret kereta lain menunggu aku membelok ke kanan sedangkan motosikal tu selamba saja melintas kereta aku dari kanan Dia nak tunjuk hebat dia lebih pantas memotong daripada aku membelok. Dia tak tahu aku lebih pantas...maklumlah aku dah pegang lesen memandu 13 tahun dan memndu TAF5353 aku ni dah 7 tahun lebih....
Sesampai saja di rumah aku terus call hubby memaklumkannya keadaan TAF5353, tapi hubby macam tak kisah je. Sikit saja tu, katanya. Inilah yang aku kagum dengan hubby....dia tak adalah nak marah aku, kerana dia tahu aku memang seorang yang sangat hati2 memandu... sorry la ya, perasan sikit. Hehe....saja je nak ubati hati yang lara....
Dah seminggu aku rehatkan TAF5353, aku minta hubby hantar dulu kereta aku ni ke bengkel dan mandikan sekali lagi baru aku akan pandunya kembali. Untuk sementara waktu aku bawak TAY5353 ke sekolah. Tak apa la kalau minyak kuat sikit...........

Ahad, 22 Ogos 2010

ANAK SIAPAKAH INI....


Di sekolah baru, aku hanya menjalankan tugas aku seperti biasa, kerana aku hanya diberi kelas2 yang agak terkebelakang. Satu2nya kelas yang aku dapat yang aku jangka agak baik ialah kelas 2rk2. Kononnya kelas rancangan khas, budak2 mestilah baik attitudenya maupun mungkin pelajarannya. Tapi hakikatnya tidak begitu. Pelajar2 kelas ini tak ada bezanya dengan kelas2 lain yang aku ajar. Pelajar2nya pemalas yang amat. Selalu saja tidak menyiapkan kerja2 rumah yang aku amanahkan kepada mereka untuk disiapkan. Pada awalnya aku tidak begitu peduli samada mereka nak buat atau
tidak, tapi lately aku dah mula tunjuk taring aku yang panjang.... Sekali aku mengamuk bertempiaran budak2 ni lari. Hari ni aku menyemak semua kerja2 yang aku suruh mereka buat. Jika mereka tak buat mereka boleh berambus. Itulah ayat power yang aku katakan pada mereka....
Oleh kerana telah dihalau keluar merekapun duk la melepak di luar kelas menyiapkan kerja2 mereka yang terbengkalai....
'Kalau tak siap jangan masuk kelas', itulah ayat tambahan yang aku utarakan...

Bolehkah saudara saudari mengecam anak2 ini. Adakah anak murid saya ini anak saudara saudari. Nasihatlah dia orang ni untuk lebih tekun belajar.....

Khamis, 19 Ogos 2010

BERCANDA DIPINGGIRAN PANTAI...


Hujung minggu, hubby pula tiada di rumah, aku pening menguruskan Si Tengah dan Si Bongsu yang semakin hari semakin lasak. Ada saja kerenah yang dicipta supaya aku tidak boleh duduk diam. Si Sulong pula meminta aku mengambilnya di asrama dan pulang membawa kawan..... semuanya membuatkan aku tak boleh berbaring senang membaca novel2 @ duduk di kerusi relaks melayari internet....
Dalam sibuk2 anak2 aku masih sempat merayu supaya aku membawa dia orang ke pantai untuk mandi manda. Aku dalam malas terpaksalah kerana tidak mahu menghampakan mereka....kerana kesuntukan masa, aku hanya membawa mereka ke Pantai Chendering yang hanya beberapa km saja dari rumah kerana waktu dah hampir pukul 6 petang. Sempatlah anak2 aku mandi manda dan bergembira selama lebih sejam sebelum aku mengajak mereka pulang tepat pukul 7. Sampai di rumah hari dahpun maghrib.....
Anak2 aku memang suka sangat dengan air, kalau dah jumpa air mereka akan lupa segala.....
Bila khabarkan kepada hubby aku membawa anak2 ke pantai dia bukan main risau lagi kerana dia tahu sangat, aku memang malas menjaga anak2 bermain air. Itu di kira tugas rasmi dia la kalau bersama anak2....aku? Relaks la...baca novel......
Paling seronoknya...bila hubby pulang dia belikan aku 2 buah handbag. Aku tahu hubby memang terror dalam memilih h/bag untuk aku. Dia tahu citarasa aku macamna. Mungkin sebagai ganjaran kerana menjaga anak2 dia....huh penatnya...!!!!!!!

Jumaat, 6 Ogos 2010

MENGAPA PERLU MENANGIS...

Jika seseorang itu tidak mengenali aku, tentu dia mengatakan
aku adalah antara orang yang paling keras hati dan tidak mudah menangis. Mengapa begitu? Kerana aku jenis yang seperti tidak kisah saja dan banyak diam jika tidak suka. Aku sebenarnya menangis juga.... tetapi susahlah untuk orang lain melihat air mata aku mengalir kerana aku tidak mahu orang tahu aku sebenarnya seorang yang lemah.
Aku dibesarkan dalam keadaan yang serba keras dan aku sebenarnya kekurangan kasih sayang juga, membuatkan aku tidak suka menagih simpati orang. Kalaulah orang sudah berkata tidak, aku tidak akan merayu untuk dia berkata ya. Memang itu sifat aku sejak dulu.... Kalau sudah orang tidak sudi, aku akan terus undur diri......

Mengapa aku menangis?
Ada beberapa alasan manusia untuk menangis:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerena gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik ,pura-pura menangis.

Ada 7 manfaat menangis untuk kesihatan yang boleh didapati setelah menangis dan setelah mengeluarkan air mata.

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan “lisozom” yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria2 yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat2 yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi, mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibandingkan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun.

Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh keluar.

5. Mengurangi stres

Bagaimana menangis boleh mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu “endorphin leucine-enkaphalin” dan “prolactin.”

Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit2 yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangunkan komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman2nya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini bisa meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang akan merasa demikian. Meskipun kamu didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam ....

Terbaru, aku menangis kerana terlalu kecil hati. Hanya perkara kecil sahaja mungkin kepada orang yang tidak mengalaminya...tetapi kepada aku ia memberi impak yang sangat besar. Aku tidak tahu mengapa mesti aku merasa kecil hati. Aku menangis kerana aku merasa aku sangat lemah, aku sangat bergantung kepada orang lain bila melibatkan anak-anak aku.

Anak2 aku, aku serahkan di bawah jagaan pengasuh sepanjang aku bekerja dan semasa aku terpaksa mengiringi suami mendapatkan rawatan di hospital ataupun ke IJN. Aku memang bergantung harap sangat pengasuh menjaga anak2 aku kerana memang dia sangat cermat, tidak berkira dan sayangkan budak2. Bukan dia saja yang sukakan budak2 tapi suami dan juga anak2nya. Lagipun aku tidak ada sesiapa lagi yang boleh aku bergantung harap. Kadang kala dia jaga anak2 aku lebih baik berbanding aku seorang ibu....

Selain menjaga anak2 aku, pengasuh ni juga akan datang ke rumah aku 2@3 kali seminggu untuk menolong melipat dan membasuh baju2 serta menolong mengemas di dapur . Ini sedikit sebanyak meringankan bebanan yang aku tanggung setiap hari. Tugasan ini dah berlangsung hampir 7 tahun semenjak aku menghuni rumah ini. Sepanjang 7@8 tahun ini juga, aku perhatikan hubungan aku dan pengasuh anak2 aku amat baik sekali. Dia tidak berkira dan aku juga tidaklah berkira. Gajinya tetap aku bayar walaupun pada musim cuti sekolah. Hubungan baik ini, sering juga membuatkan ramai orang cemburu...

Kini, pengasuh ini hanya menjaga anak aku yang bongsu dan dia tidak lagi datang ke rumah aku untuk mengemas. Alasannya dia tidak ada motor untuk datang kerana motor yang selalu dia guna telah digunakan oleh anaknya untuk ke tempat kerja sedangkan aku lihat ada sebuah motor yang baru dibeli di rumahnya. Aku tidak kisahlah kalau dia tak nak datang mengemas sebab dia dah lama menolong aku di rumah.... tapi rupa2nya dia tidak boleh datang bukan kerana tidak ada motor tapi kerana menjaga baby baru di rumahnya. Mengapa dia tidak memberitahu perkara yang sebenarnya? Aku tahupun daripada Si Bongsu yang bercerita.... maka itulah sebab yang sebenarnya.....

Aku tidak tahu kenapa aku kecil hati. Dulu juga dia pernah berjanji sanggup untuk menjaga Si Tengah, menghantar dan mengambil Si Tengah dari sekolah tapi sampai masa dia jaga baby lain sehinggakan jadual aku dan suami menjadi tunggang langgang kerana terpaksa menguruskan pertukaran Si Tengah ke sekolah lain kerana tidak ada orang yang boleh mengambil Si Tengah sewaktu pulang dari sekolah. Kelam kabut suami aku untuk sebulan terpaksa balik waktu tengahari sekadar mengambil Si Tengah dan menghantar ke rumahnya. Aku rasa nak marah juga masa tu tapi aku sabar lagi kerana aku merasakan aku tidak patut berbuat begitu....dan aku tidak boleh pentingkan diri sendiri.
Mungkin dia dah bosan menjaga anak2 aku ataupun mungkin bayaran yang aku bagi tak mencukupi...tapi mengapa dia tak beritahu aku apa-apa. Kalaulah aku ada pilihan, hari ini juga aku hantar anak aku ke tempat lain. Tapi mengenangkan hanya 3 bulan lebih saja lagi, aku diamkan sajalah. Tahun depan Si Bongsu dah mula sekolah,dan yang pasti aku tidak akan menghantar Si Bongsu ke sana lagi. Aku tidak mahu lagi terlalu berharap kepada orang lain untuk menjaga anak-anak aku. Aku akan usaha macamana nak uruskan anak2 aku sebaiknya sendiri dan menguruskan rumah aku sendiri dan semoga semua itu akan menyenangkan sesetengah mata yang memandang............

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.