Sabtu, 28 Ogos 2010
ANAK2KU TERPAKSA BERDIKARI...
Berkat kesabaran aku, akhirnya aku dapat juga mencari bakul laundry yang aku hajatkan iaitu besar dan harganya murah. Bakul2 sebegini dekat mana lagi ada kalau bukan kat Pasaraya Mydin. Kali pertama aku pergi ke sana aku tak jumpa bakul besar tersebut kerana aku mencarinya kat Glassware Deparment. Mulut pula masa tu berat je nak bertanya kat Bangla2 yang bekerja kat situ....
Mulanya aku beli bakul laundry kat Pasaraya NIRWANA. Kerana harganya agak mahal pada tanggapan aku ( RM 19.90) untuk bakul warna pink dalam gambar, aku hanya beli 2 buah walaupun aku perlukan sekurang2nya 7 buah untuk memproses baju2 yang tidak sempat aku lipat. Maklumlah orang gaji aku dah berhenti kerja, aku tak mampu untuk sentiasa melipat baju2 yang ada....
Akhirnya hari ini bertemankan Si Sulung aku ke Pasaraya Mydin sekali lagi mencuba nasib kot-kot ada bakul yang aku hajatkan, kerana aku rasa macam tak logik je pasaraya sebesar itu tidak ada menjual bakul2 laundry yang besar.... Kali ini aku meringankan mulut bertanya Salesgirl yang bertugas. Barulah aku tahu rupa2 bakul2 ni tak di display kat Glassware Department tapi di tingkat bawah di Lorong 15 yang menempatkan peralatan mencuci... ha ha kelakar juga. Kat situ ada berbagai jenis bakul laundry tapi aku hanya tersangkut pada sebuah bakul yang besar dan harganya sangat murah
(RM 9.90) pada tanggapan aku la, tapi masalahnya bakul tersebut hanya ada 1. Aku tanya kat Bangla yang jaga lorong 15 tu, dia kata bakul ada banyak lagi dalam stor. Aku tanpa segan suruh dia pergi ambik kat stor. Dia kata stor agak jauh so dia suruh aku jalan2 dulu dalam sikit jam dia datang. Aku tanya dia sikit jam tu berapa minit? Dia kata sikit jam la....aku jadi pening dengan Bangla ni.....aku suruh dia pergi juga, aku kata aku nak 5 buah dan warnanya mesti sama.... aku siap terangkan kat Bangla tu satu persatu sehingga Si Sulung marah kat aku....ala ibu ni ambik je la warna apa-apapun....
Lama jugak aku tunggu, ada la dalam setengah jam.... Bangla tu datang dengan 10 buah bakul laundry yang semuanya warna merah. Bagus2, Bangla ni memang faham Bahasa Melayu. Tak sesia Mydin ambik kau kerja.... Itu la bakul laundrynya (warna merah dalam gambar)....
Pulang saja ke rumah aku terus membasuh bakul2 tersebut untuk digunakan. Bertungkus lumuslah Si Tengah dengan Si Bongsu mengasingkan baju2 ke dalam bakul2 yang aku labelkan iaitu IBU, ABI, ADLAAN, IMRAAN dan AINUL. Seronok je mereka bekerja tanpa membantah.....
Apabila melihat adik2nya bekerja tanpa protes, Si Sulung pun tanpa bantahan juga menggosok pakaiannya sendiri tanpa aku suruh( tapi muka masam je). Ini merupakan satu perkembangan yang baik.... Bangganya aku hari ini menjadi seorang ibu....Anak2ku memang anak2 yang baik....alhamdulillah!
Untuk sementara waktu aku tidak bercadang untuk mengupah orang lain untuk mengemas rumah selepas orang gaji terdahulu berhenti. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku walaupun aku agak terkilan sebenarnya dengan cara orang gaji terdahulu minta berhenti........


0 ulasan:
Catat Ulasan