Ahad, 12 September 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....
Sibuk sangat mengemas rumah luar dan dalam sempena nak sambut kehadiran 1 Syawal membuatkan aku tidak sempat nak mengedit blog, malah lantaran badan letih aku malas nak membuka laptop dan aku pasti pengunjung2 di luar sana juga tentu tidak sempat nak berkunjung ke blog2 ataupun menjelajah di internet.... so di sini rasanya belum terlambat untuk aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa secara sengaja ataupun tidak sengaja.......
Pada pagi raya pertama, aku khaskan untuk budak-budak di kejiranan berkunjung ke mahligai aku untuk beraya. Hubby memang suka sangat melayan kerenah budak2 ni dan mereka suka sangat singgah di rumah aku seawal pagi raya pertama sekembalinya mereka dari sembahyang raya. Alhamdulillah kekadang berbuat baik dengan budak2 adalah lebih baik. Doa budak2 ni sangat berkat sebenarnya sebab hati mereka sangat suci. Dalam rezeki kita ada hak mereka ....dan aku takkan biarkan mereka pulang hampa. Ada rezeki mereka di sini......
Aku keluar ke kubur ayah mertua hanya selepas Jumaat dan singgah beraya dengan mak mertua yang terlantar uzur....Aku syukur sangat sebab aku dijodohkan dengan orang yang berdekatan Kg. Tak adalah aku dan suami berkelahi nak balik rumah siapa....
Setiap tahun aku utamakan keluarga mertua dahulu kerana tanggungjawab suami terhadap keluarganya tidak habis di situ... Aku bergerak ke rumah ayah sendiri pada sebelah petang. Begitulah kebiasaannya dan keluarga aku memang sudah tahu dengan kebiasaan ini dan mereka tidak pernah bersungut. Aku bermalam di rumah ayah kerana hanya akulah satu2nya anak yang telah bersuami beraya bersama ayah pada raya pertama. Abang dan adik2 aku masing2 utamakan keluarga mertua mereka, katanya raya ke-3 barulah mereka akan ke rumah ayah....Sebenarnya aku 'frust' juga dengan sikap abang dan adik2 aku yang sebegini.... tapi apa nak buat kan sikap dan hati masing2....
Pukul 3 ptg raya ke-2 aku teruskan berhari raya di Kg di mana aku dibesarkan....beraya bersama emak angkat, emak saudara dan sedara mara yang lain....
Aku hanya bertolak pulang ke rumah pada sebelah malamnya dan tiba di rumah lebih kurang pukul 10.30 malam.....
Diam tak diam hari ni dah raya ke-3. Hari ni barulah aku boleh lepak di rumah menanti kehadiran kekawan sekiranya ada yang sudi berkunjung ke rumah aku. Selalunya kekawan suamilah yang singgah beraya.......


0 ulasan:
Catat Ulasan