Ini la rupa kasut raya Si Bongsu. Si Bongsu memang minat sangat dengan jenama Barbie so aku dan hubby tak beli jenama lain la....kalau tak dapat ori, tiruan pun jadi . Bukan mahal sangatpun, belipun kat Pasaraya Giant...he he. Kasut ni paling Si Bongsu suka ...hari2 dia belek dan kelek... sesuai la kalau nak pakai jika berseluar.....
Ini pula kasut ala-ala lady like gitu, juga jenama Barbie...sesuai la kalau Si Bongsu berbaju kurung....Selipar di sebelah tu jenis kokak je, Si Bongsu bukan tahu pun... asalkan ada gambar puteri cantik ....dia kata Barbie la. Ha ha, saja je aku beli mana la tau kot2 Si Bongsu malas nak berkasut....angin Si Bongsu ni bukan boleh dijangka sangat..... kesemuanya ni hanya rm85 sahaja
Ini pula kasut dan selipar raya Si Tengah. Dia pilih sendiri ni...daripada jenama Bum. Si Tengah memang suka kasut2 sebegini. Seingat aku setiap tahun aku beli kasut jenama Bum untuk dia. Selipar pula daripada jenama Diadora...sayangnya selipar tu muat2 je dengan kaki dia, kalau aku yang membeli mungkin aku tak beli kerana aku rasa tak tahan lama untuk dipakai oleh Si Tengah tapi hubby lain pula pendapatnya.... semuanya hanya rm67 sahaja.
Last but not least, ini pula kasut raya Si Sulung. Kalau dia tahu mesti marah ..... daripada jenama Edwin. Tak adalah mahal sangat..hanya rm 89.90. Sesuai la untuk budak yang baru tingkatan 2...beraya sakan la nampaknya anak2 aku.... yang haru ibu dengan abi la... tak ada kasut rayapun...........uwaaa!!!!


0 ulasan:
Catat Ulasan