Ahad, 14 Februari 2010

SUATU PERTEMUAN....

Sesuatu yang berlaku memang telah ditentukan oleh Allah. Kita tidak boleh mengelak walaupun tidak suka macamana sekalipun sesuatu perkara itu..... Kebiasaan yang telah lama aku dan keluarga hentikan, tapi pada hari ini, entah mengapa aku dan suami rajin pula membawa anak2 keluar berjogging seperti dulu di awal2 pagi. Sebenarnya bukan jogging sangatpun, hanya keluar menghirup udara segar....
Hari ini adalah hari bertuah untuk aku agaknya, bukan apa... di Trek Jogging Batu Buruk, tanpa dirancang dan tanpa aku menjangkakan.... aku telah berjumpa dengan exclassmate aku masa sekolah dulu. Kami satu homeroom pada masa itu FARADAY...Bayangkanlah selesai saja SPM aku dan dia tak pernah bertemu muka hinggalah hari ini...dengan tidak disengajakan. Sangat bertuah rupanya kami.....bertuahnya kerana ALIZA( nama kawan aku ni) menjejaki aku apabila terlihat Si Bongsu. Si Bongsu telah mempertemukan kami. Katanya bila terlihat Si Bongsu dia merasakan pernah melihatnya dan dia ingatkan aku so dia sapa hubby yang duduk bersama Si Bongsu pada masa itu....
Macamana Aliza boleh kenal Si Bongsu? Mungkin kita tertanya2....
kiranya blog inilah yang mempertemukan kami. Aliza adalah pengunjung setia blog aku ni dan di sinilah dia selalu melihat wajah Si Bongsu dengan rambut kerintingnya...hahaha. Rupanya Si Bongsu ni rupanya tidak berubah.
Rupanya kepulangan Aliza ke Terengganu pada cuti raya cina tahun ini adalah bertuah untuk aku. Aliza yang bertudung hitam dan putih melepak ni sekarang menetap di Johor, dan budak lelaki dalam gambar itu adalah anaknya yang bongsu.
Kami sempatlah bergambar, itupun hanya sekeping untuk kenangan....Panjang umur insyaAllah kita akan jumpa lagi....
Aku dalam gambar ni kenapa ya, tidur ke?


Jumaat, 12 Februari 2010

LAPTOP DELL BERTUKAR SAMSUNG...

Aku sayang dengan laptop ini. Apabila bertukar sekolah aku terpaksa menyerahkan kembali laptop yang diamanah kepada aku selama 7 tahun untuk menjaganya dan untuk digunakan dalam proses p&p di sekolah. Laptop ini masih berkeadaan baik dan sentiasa up-to-date. Lengkap dengan anti virus yang aktif. Kalau boleh aku ingin terus memilikinya tapi apakan daya ianya hak sekolah dan HAK KERAJAAN MALAYSIA.
Di sekolah baru aku mendapat laptop yang agak baru dari jenis SAMSUNG. Nasib aku baik sebab laptop ini masih dalam berkeadaan baik dan baru saja di'reinstall'. Aku mengambilnya dari tangan guru yang baru bertukar keluar....
Inilah laptopnya...

OH AYAM SERAMA...

Orang rumah kuning dah dapat idea baru la pulak... nak bela ayam serama. Si Tengah buka saja mulut kepada Ayah Pengasuhnya terus aje dibuatkan reban ini. Sepetang juga la Ayah Nuh siapkan reban ni... Sayang sungguh dia kepada Si Tengah....Aku hanya keluarkan duit belikan kayu dan jaring saja...
Inilah rebannya...

Reban dah ada so seterusnya tugas hubby la pula untuk mendapatkan ayam serama yang diinginkan oleh anak2nya. Selang beberapa hari, balik saja dari kerja dia bawak balik 3 ekor ayam serama...2 betina dan 1 ekor jantan....jeng...jeng...jeng...

Punyalah seronok anak2 aku yang bertiga tu. Rupanya hubby mintak dengan kawan dia, Kassim.....Dalam gambar ayam2 ni nampak besar je.

Dah jadi rutin, apabila pulang saja dari kerja...hubby akan membebaskan ayam2 ini untuk keluar merdeka...Ayam2 ni cerdik la pula, bila dah agak lama berkeliaran di luar reban tahu pula dia masuk ke rebannya tanpa dipaksa....cerdik betul macam tuannya...hahaha.

Dah 3 minggu ayam serama ini kami bela dan yang bagusnya kedua2 ayam betina tu dah bertelurpun. Hubby asingkan telur kepada dua, sebab memang kami berhajat untuk membiakkannya....Hubby kata dia nak jadi tokey ayam serama la pulak... kah kah kah. Jangan lupa modal buat reban tu bayar ya..........ha ha.

Selasa, 5 Januari 2010

HARI JADI AKU: 5 JANUARI...

Hari ni adalah hari jadi aku yang ke-41. Dah tua rupanya aku ni, tapi banyak lagi impian dan cita2 aku yang tidak tercapai dan mungkin dah tak mampu dan tak mungkin untuk aku capai lagi...
Aku dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan oleh seorang ibu angkat yang dah kehilangan suaminya. Apa sangat yang boleh dihulurkan untuk membesarkan aku pada waktu itu.... Aku hanya mampu menghabiskan pelajaran setakat diploma sahaja, itupun aku bernasib baik kerana waktu itu aku belajar di ITM yang bayarannya agak murah. Untuk menampung pembelajaran aku, aku bekerja pada setiap cuti semester. Duit hasil titik peluh itulah aku gunakan untuk membayar yuran pengajian.... bayangkan betapa susahnya aku untuk menggenggam segulung diploma yang tak seberapa.
Aku menyambung pelajaran yang tertangguh apabila aku telah berkahwin dan bergelar guru, itupun dengan sokongan yang kuat daripada suami yang sayang dengan kepandaian yang aku ada....Aku berterima kasih kepada suami kerana sentiasa memberi perangsang untuk aku belajar walaupun dia terpaksa bersusah payah menjaga anak2 yang masih kecil pada masa itu. Kerana pengorbanan suami itulah aku berjaya menggenggam ijazah pula ... Hajat hati masih kuat juga untuk terus menyambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi sumber kewangan dan masa membuat aku berfikir banyak kali....
Aku ada tanggungjawab lain yang perlu aku utamakan... terutamanya membesarkan anak2 aku yang bertiga itu, menjaga dan mendidik mereka supaya berjaya dalam pelajaran mereka pula demi kehidupan mereka akan datang...
Maka cita2 aku terpaksalah aku lupakan mungkin untuk selama-lamanya.....

RUMAH ORKID..PINDAH KE LOKASI BARU...

Nampaknya...rumah orkid aku terpaksa berpindah ke tempat lain untuk memberi laluan kepada pembinaan garaj kereta yang baru... Si Sulung terpaksa mengerah beberapa orang kawannya untuk bergotong royong mengangkat rumah orkid itu...
Adalah dalam 7/8 orang yang tolong mengalihkannya...berat juga rumah orkid tu. Lokasi barunya ialah bersebelahan dengan rumah orkid yang lama...bila diletakkan berdekatan...nampak cantik pula...he he. Boleh tambah lagi koleksi orkid nampaknya, untuk menggantikan beberapa pokok yang mati masa musim hujan tempohari....

Isnin, 4 Januari 2010

GARAJ BARU...

Agak lama juga aku berhajat dengan garaj kereta yang boleh dipanggil garaj...tapi ekonomi famili yang agak tidak mengizinkan pada masa itu maka aku cuma mendiamkan diri sahaja selepas aku dan famili mendiami mahligai kami pada bulan Oktober 2003. Kereta yang adapun aku hanya letakkan merata2 di halaman rumah sehingga ditegur oleh jiran tetangga yang prihatin. Sayang kereta katanya..kena panas dan juga hujan....
Mengelakkan daripada ditegur terus-terusan, aku binalah sebuah garaj kayu yang aku kira sebagai sementara pada waktu itu dengan kos rm700. Di sinilah kereta aku berlindung daripada panas dan hujan selama hampir 6 tahun....


Inilah garajnya yang banyak berjasa....


Kini...aku kena fikir lagi masalah garaj apabila aku dan suami berhajat untuk menambah sebuah lagi kereta. Mana pula kereta baru hendak disendalkan nanti. Kalau kereta Viva mungkin boleh diletakkan di anjung depan rumah sahaja, tapi sekarang Viva dan jadi Exora....

Bincang punya bincang, fikir punya fikir masalah tak juga selesai.... at last aku nekad, aku kena korbankan juga duit yang ada untuk membina sebuah garaj yang selesa untuk kereta2 aku tu nanti. Aku garu kepala juga sebenarnya ni...tapi apa nak dikata, bila hati dah teringin....hajat mesti diteruskan. Duit banyakpun tak guna, kalau tidur matapun tak pejam... ha ha.
Kini rangka garaj telahpun naik tiang. Alang-alang buat garaj baru...aku bina untuk 3 lot sekaligus walaupun kereta ada sebuah...he he. Standby kata orang... Kosnya dijangka rm6,000...Uwaaa!!!!!!!!!

Inilah rangka garaj dah dah naik tiang tu....

Jumaat, 1 Januari 2010

MESYUARAT GURU KALI-1: SEKOLAH BARU....

Bertukar sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Walau bagaimana terukpun sekolah terdahulu, itu adalah lebih baik sebenarnya kerana kita dah serasi dengan persekitaran itu...dengan kawan2 lama yang mungkin telah kenal dan memahami kita...juga mereka telah tahu bagaimana kita bekerja dan siapa kita...
30/12/2009...Mesyuarat guru kali pertama di sekolah baru, aku bagaikan rusa masuk kampung. Aku sampai tepat2 pukul 8.30 pagi tapi terkial2 tak tahu kat mana bilik mesyuarat membuatkan aku agak terlambat, walaupun mesyuarat belum dimulakan....

Bertukar dari sekolah harian yang tiada nama ke sekolah yang kononnya bagus di mana katanya sekolah kawalan daerah dan guru-guru yang mengajar juga mesti bagus, membuatkan aku rasa aku paling tidak bagus di sini...waktu ini. Entahlah...Namun hidup mesti diteruskan, aku buat muka sardin aje la.... Ada beberapa orang guru memang aku dah lama kenal...cuma yalah kan, kau orang baru tetap baru selagi tidak ada yang terbaru....Aku tidak gembira untuk hari pertama ini....Aku merasakan guru-guru lama memandang aku semacam ...macam orang bersalah. Mungkin ini semua perasaan aku saja, sukar untuk aku menghuraikan dengan kata2.....Semuanya rasa tidak selesa...

Aku dibekalkan dengan jadual waktu dan panduan tugas dan t/jawab guru untuk tahun 2010. Jadual waktu tidak berbeza dengan sekolah lama kerana aku masih mengajar matematik ting2(2 kelas) dan ting3(2 kelas), hanya ditambah sekelas matematik ting4.
Aku harap aku mampu memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik dan cemerlang untuk tahun 2010 sebagaimana yang diharapkan oleh semua orang...

Sabtu, 26 Disember 2009

BERCUTI KE MELAKA DAN K. LUMPUR....

Aku dan keluarga dah selamat kembali dari bercuti pada hari Ahad 20.12.2009 yang baru lalu. Anak2 aku masih tak puas lagi bercerita berkenaan percutian yang mereka alami tempohari. Aku kadang-kadang tersenyum mendengar celoteh Si Tengah dan Si Bongsu berkenaan percutian mereka. Habis semua benda nak diceritakan, bak kata orang putih...every single thing... haha.

Pergi rombongan dengan bas ni seronok sebab ramai, macam2 ragam. Budak2 memang suka la tapi kita yang tua2 ni pening kepala dibuatnya.

Gambar2 ni semasa kami di A'Famosa Water World. Anak2 aku memang pantang la jumpa air hinggakan tak cukup tempoh 5 jam yang diuntukkan....

Rasa macam tak puas je aku jejak bumi Melaka. Aku kena pergi lagi lain kali, may be kena stay 2/3 hari kerana banyak tempat aku kena jengah bawak anak2. Sehari memang tak cukup.

Kat K.Lumpur...tak ada apa sangat yang nak diceritakan biasalah akhir2 tahun ni apalagi YEAR END SALE la kan, so tak sempat la pulak nak ambik2 gambar ni sebab sibuk bershopping aje. Sebenarnya terkejar-kejar masa sangat hingga rasa macam tak larat sangat nak jalan.... uhuuuuu!!!

Selasa, 15 Disember 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA..

Cuti sekolah dah hampir sampai ke penghujung, tapi aku dan famili belum lagi bawa anak2 pergi bercuti ke mana-mana. Anak2pun dah mula bersungut...

Untuk tidak menghampakan anak2 aku dan suami bersetuju untuk mengikuti rombongan pejabat suami ke Melaka dan Kuala Lumpur. Anak2 aku bukan main lagi seronoknya....

Khabarnya rombongan ini melibatkan 23 keluarga dengan 3 buah bas. Ramai tu...

Paling tidak sabar ialah Si Bongsu. Dah seminggu dia berkemas sendiri barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg serta dibawa ke sana ke mari. Aku naik rimas melihatnya, tak sabar2...

lihatlah gelagatnya...

Ahad, 6 Disember 2009

LAPOR DIRI LA PULAK...

Hah aku mencatat satu lagi sejarah perkhidmatan hari ini apabila aku dah berjaya melapor diri di sekolah baru untuk meneruskan tugasan perguruan... SMK Padang Negara, Kuala Terengganu. Aku dah biasa singgah di sekolah ini untuk beberapa aktiviti yang di jalankan samada oleh PPD/ JPN tapi tak pernah la pulak ke pejabat sekolah. Masuk saja ke kawasan sekolah aku dah rasa semacam...macam tak ada orang je, kerja ke tak kerja hari ni? Pak Guard pun tak ada kat pondoknya....
Aku masuk pakai redah je lah. Buat2 'confident' nak cari pejabat sekolah sedangkan aku tak tahupun part mana sebenarnya. Intai punya intai aku nampak sekelompok 4 orang cikgu tengah berbincang so aku hampiri dan beri salam. Biasalah orang baru, kenalah sivik sikit..... he he he. Nasib aku baik kerana dalam kelompok tu, rupanya ada PK HEM so aku dengan senang hati diiring ke pejabat sekolah..... macam orang besar la pulak.
Apa perasaan aku dapat tukar ni? Sebelum orang bertanya, baik aku tanya diri sendiri dulu. Dalam hati rasa berbagai-bagai....ada suka dan lega dan ada juga rasa sayang untuk meninggalkan sekolah lama. Biasalah kan, tempat jatuh lagi dikenang...inikan pulak tempat cari makan selama 12 tahun.... Di sini semua orang dah tahu dan kenal siapa aku, tahu perangai dan tahu juga kemampuan aku sebagai seorang guru. Di tempat baru orang tak kenal...cuma kenal nama dan kemudian hari ini kenallah rupa....lain2 tu mereka tak tahu lagi...maklumlah orang baru. Tapi kan kalau tak ada yang baru maka tak kan ada yang lama.... betul tak? Apa aku merapu ni... so aku boleh cuti panjang sehingga 30/12/09. Tarikh ini adalah mesyuarat guru kali 1 untuk sekolah baru ni.....Sayonara SMKC!!!!

Khamis, 3 Disember 2009

LAYAN GELAGAT SI BONGSU...

Si Bongsu Ainul Adleen dah nak masuk 4 tahun pada 02.02.2010, tapi yang kelakarnya , warnapun tak kenal lagi. Warna hijau dihentamnya merah......Bercakap pandai, loyar buruk lagi pandai tapi A,B,C tak pandai2.....bukan apa aku ni tak serius nak mengajar anak. Umur 5 tahun barulah aku ajar anak2 aku mengaji dan membaca. Untuk tahun2 awal ni, biarlah mereka dengan dunia mereka..........
Tak kenal huruf nak susun bukan main susah lagi...

fikir jangan tak fikir......


betul ke tu....
yah, akhirnya berjaya juga....

MPV ANGANKU MUSNAH....

Aku minat sangat dengan 2 jenis MPV ni tapi sekadar minat saja la... nak milik tak mampu setakat hari ini.........uhukkkk....sedihnya.
TOYOTA ESTIMA



TOYOTA WISH

NAK TEMPAH LA...

Akhirnya aku dan hubby bersetuju untuk membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan bersama. Mulanya bercadang untuk membeli VIVA atau SAGA tetapi puas fikir dan puas juga belek...timbang2 mana yang patut, keputusan telah dibuat untuk menempah kereta ini...jeng...jeng...jeng..........
Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan biar tenggelam dengan tuan-tuan...ha ha ha dari belek2 kereta kecik paling murah dah bertukar kepada MPV. Tapi plat TAX5353 yang ditempah tak dapat , hanya tinggal nama saja....so aku nak cuba juga dengan TAY5353....kalau tak dapat juga aku bantai saja no. kat motor hubby aku TAR5353, kira tukar suka sama suka ...hehe. PROTON EXORA kira ok la kan, nak beli TOYOTA WISH macam tak mampu je....uhukkkk uwaaa !!!!!

AKU TUKAR SEKOLAH DA....

Apa yang ditunggu tiba jua akhirnya....Surat kelulusan tukar sekolah aku dapat juga setelah aku pergi ambil sendiri di PPD, selepas tunggu punya tunggu tak kunjung tiba...betullah sebagaimana yang dipohon aku berjaya juga dalam permohonan aku untuk bertukar ke SMK Padang Negara. Setakat hari ini aku belum melapor diri di Sekolah baru kerana surat pertukaran tersebut belum lagi diminit oleh pengetua sekolah lama. Untuk kekawan di sekolah lama... ingin aku memberitahu bahawa aku bertukar bukan kerana benci atau kecil hati.... hanya sekadar menyambut sahutan/ cabaran perkhidmatan dalam bidang perguruan. Bertukar angin kata orang....doakanlah semoga aku terus berjaya....uwaaaaa, sedihnya.

Selasa, 24 November 2009

AKU SEORANG GURU.....

Sudah 12 tahun lebih aku menjadi guru dan bergelar pendidik. 12 tahun ini jugalah aku hanya ditempatkan di sekolah yang sama. Aku tidak pernah berhajat untuk bertukar ke sekolah lain memandangkan sekolah ini berdekatan dengan tempat tinggal aku....
Tapi lately aku merasa bosan berada di tempat dan keadaan yang sama tahun berganti tahun. Lantaran itu aku terintai-intai peluang untuk bertukar sekolah. Aku telah mengisi borang tukar sekolah pada bulan September tempohari dengan alasan aku dah lama berkhidmat di sekolah ini dan alhamdulillah permohonan aku untuk bertukar sekolah telahpun diluluskan cuma setakat hari ini aku belum tahu ke mana pula aku akan ditempatkan. Terasa juga sedih untuk aku meninggalkan rakan-rakan yang telah lama aku bergaul mesra dan bergurau senda...tapi apa nak buat kan, perjuangan mesti diteruskan. Sekali aku melangkah ke depan aku tidak akan undur ke belakang lagi....Semoga aku akan mendapat lebih peluang di tempat baru. InsyaAllah...

Isnin, 2 November 2009

KILAT PETIR LAGI...



2 November 2009 , 12.15 pagi...dalam hujan yang tak seberapa, tiba-tiba petir membelah bumi. Hanya sekali tetapi kesannya...ahhhh tengoklah plug di sebelah. Paling teruk laptop aku yang tak bersambung dan tidak pula di'on'kan tetap disambar petir. Ini kerana baterinya tidak ditanggalkan dari badan. So kena beringatlah lain kali, kalau laptop tak nak digunakan....pastikan baterinya ditanggalkan....
Paling haru streamyx yang tidak sampai sehari dibaikpulih kembali tidak boleh digunakan....modemnya hanya menunjukkan nyalaan PWR. Mungkin hanya nyalaan Powerlah tu kot. Nampaknya sekali lagi aku kena dail nombor 100 untuk bantuan ni...uwaaaa.

Ahad, 1 November 2009

LAYAN KERONGSANG OZEL...

Ada 3 lagi kerongsang Ozel yang aku sempat beli, inilah aku upload di sini untuk tatapan pengunjung yang sudi singgah....
Jenis berjuntai di atas ni adalah yang terbaru aku beli harganya RM88 sahaja.

Kerongsang oren kat atas ni aku fikir 2x juga nak beli sebab harganya menghampiri sepasang batik sutera... RM124


Ini kerongsang yang kawan-kawan aku panggil Patrick, ha ha...macam dalam spongebob tu... harganya RM98 sahaja . Cantikkan star fish ni, aku suka sangat.

STREAMYX OH STREAMYX

Aku bengang semacam dengan streamyx yang aku langgang kat rumah ni. Dah 2 minggu aku mencuba untuk akses internet selepas modem di panah petir tempohari. Modem baru dah di setup tapi line streamyx still tak ok. Puas dah aku belajar sana, belajar sini perihal masalah yang mendatang ni. Study pasal modem dan setiap nyalaan pada modem. Kalau nyalaan LAN ke ADSL ke PWR ke SYS ke PPP ke berkedip-kedip itu sebab apa. Itu yang aku belajar dan cuba buat sendiri tapi at last aku panas hati sebab still tak jadi, so aku call juga 100 untuk bantuan.
Punyalah tolol aku ni, masa call tu sebatang pen @ sehelai kertaspun tak ada kat tangan...apatah lagi nak onkan laptop supaya senang nampak dan faham apa yang dibebelkan oleh petugas telekom tu. Masa petugas tu ajar apa nak buat, aku cuma teranggup-anggup seakan2 tahu la apa nak buat sedangkan aku blank, apa bendapun tak tahu. Katanya kalau tak boleh aku kena call dia lagi nanti. Aku anggup juga.... Aku tanyalah, kalau tak boleh juga nanti...dia kata dia akan hantar orang untuk tengok macamana. Aku malas nak fikir panjang lagi, dah nekad nak cakap tak jadi saja nanti........ sebab utamanya aku dah putus asa.
Selepas mendapat bantuan 100 tu, aku onkan laptop dan cubalah untuk online. Nak buatlah macam yang petugas telekom tu ajar tadi tapi yang herannya tak sempat aku buat apa2 pun streamyx tu dah ok la pulak....ha ha ha seronoknya, bolehlah aku update blog...

Rabu, 28 Oktober 2009

WATER FILTER...

Dulu.... sekiranya ada sesiapa offer untuk memasangkan water filter di rumah aku hanya mengggeleng. Harganya yang agak mahal membuatkan aku memikirkan banyak-banyak kali untuk memasangnya. Ini memang kes aku sayang duit..... Duit memang susah untuk dicari, apatah lagi harganya beribu-ribu... Tetapi semenjak hubby aku tidak sihat, aku dengan sendirinya dan rela hati mencari siapa yang boleh memasangkan apa-apapun jenis water filter di rumah, asalkan tujuannya untuk menapis air agar kebersihannya terjamin, masa ni barulah aku terfikir...duit boleh dicari tapi kesihatan yang baik tidak boleh dicari ganti......

Dalam berkira-kira, at last kawan hubby datang dengan Bio Auranya. Aku bantai pasang sajalah sebab harganya lebih murah berbanding dengan jenama lain....

KURSUS AUDITAN HASILAN BKP2

Sebagai penyelaras biasiswa di sekolah aku terpaksa bertolak ke Kuantan pada 21-23/10/2009, untuk menghadiri Bengkel Auditan Hasilan Biasiswa BKP2 di De Rhu Beach Resort. Seronok jugalah sebab bolehlah juga jalan-jalan di bandar Kuantan untuk membeli-belah.....

Banner yang gah di depan dewan

Majlis penutup oleh Ketua Sektor HEM, Encik Adnan.
Aku di depan Hotel

Aku di kolam renangnya yang besar

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.