Selasa, 15 Disember 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA..

Cuti sekolah dah hampir sampai ke penghujung, tapi aku dan famili belum lagi bawa anak2 pergi bercuti ke mana-mana. Anak2pun dah mula bersungut...

Untuk tidak menghampakan anak2 aku dan suami bersetuju untuk mengikuti rombongan pejabat suami ke Melaka dan Kuala Lumpur. Anak2 aku bukan main lagi seronoknya....

Khabarnya rombongan ini melibatkan 23 keluarga dengan 3 buah bas. Ramai tu...

Paling tidak sabar ialah Si Bongsu. Dah seminggu dia berkemas sendiri barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg serta dibawa ke sana ke mari. Aku naik rimas melihatnya, tak sabar2...

lihatlah gelagatnya...

Ahad, 6 Disember 2009

LAPOR DIRI LA PULAK...

Hah aku mencatat satu lagi sejarah perkhidmatan hari ini apabila aku dah berjaya melapor diri di sekolah baru untuk meneruskan tugasan perguruan... SMK Padang Negara, Kuala Terengganu. Aku dah biasa singgah di sekolah ini untuk beberapa aktiviti yang di jalankan samada oleh PPD/ JPN tapi tak pernah la pulak ke pejabat sekolah. Masuk saja ke kawasan sekolah aku dah rasa semacam...macam tak ada orang je, kerja ke tak kerja hari ni? Pak Guard pun tak ada kat pondoknya....
Aku masuk pakai redah je lah. Buat2 'confident' nak cari pejabat sekolah sedangkan aku tak tahupun part mana sebenarnya. Intai punya intai aku nampak sekelompok 4 orang cikgu tengah berbincang so aku hampiri dan beri salam. Biasalah orang baru, kenalah sivik sikit..... he he he. Nasib aku baik kerana dalam kelompok tu, rupanya ada PK HEM so aku dengan senang hati diiring ke pejabat sekolah..... macam orang besar la pulak.
Apa perasaan aku dapat tukar ni? Sebelum orang bertanya, baik aku tanya diri sendiri dulu. Dalam hati rasa berbagai-bagai....ada suka dan lega dan ada juga rasa sayang untuk meninggalkan sekolah lama. Biasalah kan, tempat jatuh lagi dikenang...inikan pulak tempat cari makan selama 12 tahun.... Di sini semua orang dah tahu dan kenal siapa aku, tahu perangai dan tahu juga kemampuan aku sebagai seorang guru. Di tempat baru orang tak kenal...cuma kenal nama dan kemudian hari ini kenallah rupa....lain2 tu mereka tak tahu lagi...maklumlah orang baru. Tapi kan kalau tak ada yang baru maka tak kan ada yang lama.... betul tak? Apa aku merapu ni... so aku boleh cuti panjang sehingga 30/12/09. Tarikh ini adalah mesyuarat guru kali 1 untuk sekolah baru ni.....Sayonara SMKC!!!!

Khamis, 3 Disember 2009

LAYAN GELAGAT SI BONGSU...

Si Bongsu Ainul Adleen dah nak masuk 4 tahun pada 02.02.2010, tapi yang kelakarnya , warnapun tak kenal lagi. Warna hijau dihentamnya merah......Bercakap pandai, loyar buruk lagi pandai tapi A,B,C tak pandai2.....bukan apa aku ni tak serius nak mengajar anak. Umur 5 tahun barulah aku ajar anak2 aku mengaji dan membaca. Untuk tahun2 awal ni, biarlah mereka dengan dunia mereka..........
Tak kenal huruf nak susun bukan main susah lagi...

fikir jangan tak fikir......


betul ke tu....
yah, akhirnya berjaya juga....

MPV ANGANKU MUSNAH....

Aku minat sangat dengan 2 jenis MPV ni tapi sekadar minat saja la... nak milik tak mampu setakat hari ini.........uhukkkk....sedihnya.
TOYOTA ESTIMA



TOYOTA WISH

NAK TEMPAH LA...

Akhirnya aku dan hubby bersetuju untuk membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan bersama. Mulanya bercadang untuk membeli VIVA atau SAGA tetapi puas fikir dan puas juga belek...timbang2 mana yang patut, keputusan telah dibuat untuk menempah kereta ini...jeng...jeng...jeng..........
Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan biar tenggelam dengan tuan-tuan...ha ha ha dari belek2 kereta kecik paling murah dah bertukar kepada MPV. Tapi plat TAX5353 yang ditempah tak dapat , hanya tinggal nama saja....so aku nak cuba juga dengan TAY5353....kalau tak dapat juga aku bantai saja no. kat motor hubby aku TAR5353, kira tukar suka sama suka ...hehe. PROTON EXORA kira ok la kan, nak beli TOYOTA WISH macam tak mampu je....uhukkkk uwaaa !!!!!

AKU TUKAR SEKOLAH DA....

Apa yang ditunggu tiba jua akhirnya....Surat kelulusan tukar sekolah aku dapat juga setelah aku pergi ambil sendiri di PPD, selepas tunggu punya tunggu tak kunjung tiba...betullah sebagaimana yang dipohon aku berjaya juga dalam permohonan aku untuk bertukar ke SMK Padang Negara. Setakat hari ini aku belum melapor diri di Sekolah baru kerana surat pertukaran tersebut belum lagi diminit oleh pengetua sekolah lama. Untuk kekawan di sekolah lama... ingin aku memberitahu bahawa aku bertukar bukan kerana benci atau kecil hati.... hanya sekadar menyambut sahutan/ cabaran perkhidmatan dalam bidang perguruan. Bertukar angin kata orang....doakanlah semoga aku terus berjaya....uwaaaaa, sedihnya.

Selasa, 24 November 2009

AKU SEORANG GURU.....

Sudah 12 tahun lebih aku menjadi guru dan bergelar pendidik. 12 tahun ini jugalah aku hanya ditempatkan di sekolah yang sama. Aku tidak pernah berhajat untuk bertukar ke sekolah lain memandangkan sekolah ini berdekatan dengan tempat tinggal aku....
Tapi lately aku merasa bosan berada di tempat dan keadaan yang sama tahun berganti tahun. Lantaran itu aku terintai-intai peluang untuk bertukar sekolah. Aku telah mengisi borang tukar sekolah pada bulan September tempohari dengan alasan aku dah lama berkhidmat di sekolah ini dan alhamdulillah permohonan aku untuk bertukar sekolah telahpun diluluskan cuma setakat hari ini aku belum tahu ke mana pula aku akan ditempatkan. Terasa juga sedih untuk aku meninggalkan rakan-rakan yang telah lama aku bergaul mesra dan bergurau senda...tapi apa nak buat kan, perjuangan mesti diteruskan. Sekali aku melangkah ke depan aku tidak akan undur ke belakang lagi....Semoga aku akan mendapat lebih peluang di tempat baru. InsyaAllah...

Isnin, 2 November 2009

KILAT PETIR LAGI...



2 November 2009 , 12.15 pagi...dalam hujan yang tak seberapa, tiba-tiba petir membelah bumi. Hanya sekali tetapi kesannya...ahhhh tengoklah plug di sebelah. Paling teruk laptop aku yang tak bersambung dan tidak pula di'on'kan tetap disambar petir. Ini kerana baterinya tidak ditanggalkan dari badan. So kena beringatlah lain kali, kalau laptop tak nak digunakan....pastikan baterinya ditanggalkan....
Paling haru streamyx yang tidak sampai sehari dibaikpulih kembali tidak boleh digunakan....modemnya hanya menunjukkan nyalaan PWR. Mungkin hanya nyalaan Powerlah tu kot. Nampaknya sekali lagi aku kena dail nombor 100 untuk bantuan ni...uwaaaa.

Ahad, 1 November 2009

LAYAN KERONGSANG OZEL...

Ada 3 lagi kerongsang Ozel yang aku sempat beli, inilah aku upload di sini untuk tatapan pengunjung yang sudi singgah....
Jenis berjuntai di atas ni adalah yang terbaru aku beli harganya RM88 sahaja.

Kerongsang oren kat atas ni aku fikir 2x juga nak beli sebab harganya menghampiri sepasang batik sutera... RM124


Ini kerongsang yang kawan-kawan aku panggil Patrick, ha ha...macam dalam spongebob tu... harganya RM98 sahaja . Cantikkan star fish ni, aku suka sangat.

STREAMYX OH STREAMYX

Aku bengang semacam dengan streamyx yang aku langgang kat rumah ni. Dah 2 minggu aku mencuba untuk akses internet selepas modem di panah petir tempohari. Modem baru dah di setup tapi line streamyx still tak ok. Puas dah aku belajar sana, belajar sini perihal masalah yang mendatang ni. Study pasal modem dan setiap nyalaan pada modem. Kalau nyalaan LAN ke ADSL ke PWR ke SYS ke PPP ke berkedip-kedip itu sebab apa. Itu yang aku belajar dan cuba buat sendiri tapi at last aku panas hati sebab still tak jadi, so aku call juga 100 untuk bantuan.
Punyalah tolol aku ni, masa call tu sebatang pen @ sehelai kertaspun tak ada kat tangan...apatah lagi nak onkan laptop supaya senang nampak dan faham apa yang dibebelkan oleh petugas telekom tu. Masa petugas tu ajar apa nak buat, aku cuma teranggup-anggup seakan2 tahu la apa nak buat sedangkan aku blank, apa bendapun tak tahu. Katanya kalau tak boleh aku kena call dia lagi nanti. Aku anggup juga.... Aku tanyalah, kalau tak boleh juga nanti...dia kata dia akan hantar orang untuk tengok macamana. Aku malas nak fikir panjang lagi, dah nekad nak cakap tak jadi saja nanti........ sebab utamanya aku dah putus asa.
Selepas mendapat bantuan 100 tu, aku onkan laptop dan cubalah untuk online. Nak buatlah macam yang petugas telekom tu ajar tadi tapi yang herannya tak sempat aku buat apa2 pun streamyx tu dah ok la pulak....ha ha ha seronoknya, bolehlah aku update blog...

Rabu, 28 Oktober 2009

WATER FILTER...

Dulu.... sekiranya ada sesiapa offer untuk memasangkan water filter di rumah aku hanya mengggeleng. Harganya yang agak mahal membuatkan aku memikirkan banyak-banyak kali untuk memasangnya. Ini memang kes aku sayang duit..... Duit memang susah untuk dicari, apatah lagi harganya beribu-ribu... Tetapi semenjak hubby aku tidak sihat, aku dengan sendirinya dan rela hati mencari siapa yang boleh memasangkan apa-apapun jenis water filter di rumah, asalkan tujuannya untuk menapis air agar kebersihannya terjamin, masa ni barulah aku terfikir...duit boleh dicari tapi kesihatan yang baik tidak boleh dicari ganti......

Dalam berkira-kira, at last kawan hubby datang dengan Bio Auranya. Aku bantai pasang sajalah sebab harganya lebih murah berbanding dengan jenama lain....

KURSUS AUDITAN HASILAN BKP2

Sebagai penyelaras biasiswa di sekolah aku terpaksa bertolak ke Kuantan pada 21-23/10/2009, untuk menghadiri Bengkel Auditan Hasilan Biasiswa BKP2 di De Rhu Beach Resort. Seronok jugalah sebab bolehlah juga jalan-jalan di bandar Kuantan untuk membeli-belah.....

Banner yang gah di depan dewan

Majlis penutup oleh Ketua Sektor HEM, Encik Adnan.
Aku di depan Hotel

Aku di kolam renangnya yang besar

HUJAN, GURUH, PETIR DAN KILAT

Musim Tengkujuh dah muncul lagi, tapi bukan sekadar hujan tetapi diiringi petir, guruh dan kilat sabung menyabung. Aku paling takut dan fobia dengan keadaan ini. Aku tidak akan sekali-kali keluar rumah kalau hujan yang sebegini rupa.
Aku dah hampir 2 minggu tidak boleh untuk melayari internet. Ini adalah gara-gara modem di rumah ini telah disambar petir pada hari Ahad cuti Deepavali tempohari. Lantaran itu aku tak boleh nak 'update blog' sendiri. Kiranya dah bersawang jugalah blog aku ni....sehinggalah hubby pergi ke telekom untuk menukarkan modem rosak dengan modem yang baru.
Inilah modem barunya...
Sebenarnya aku dah berjaga-jaga dengan keadaan guruh, kilat dan petir ini tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku kali ini kerana, walaupun aku dah mencabut kesemua plug ... aku masih terlupa untuk mencabut wayar yang bersambung dengan line telefon dan modem. Apalagi sedar-sedar modem dah kojol....
Menukar modem di telekom tidak dicaj apa-apa cuma yang lecehnya modem kenalah di setup terlebih dahulu. Ini yang aku tak pandai nak buat, kena cari 'tukang' la pulak......uwaa!!!!

Ahad, 11 Oktober 2009

SAGA, VIVA atau KANCIL....

Inilah topik yang selalu menjadi perbalahan antara aku dan suami. Nak beli kereta yang ke-2 untuk memudahkan suami berulang alik dari rumah ke pejabat. Selalunya pebincangan inilah yang akan menjadi perdebatan.....sebelum masing-masing diam kerana tidak mencapai kata sepakat. Aku runsing dan kasihan apabila melihat suami hanya menunggang motosikal ketempat kerja. Bukan aku tidak mampu untuk membeli sebuah lagi kereta tetapi suami yang tidak mempunyai keinginan yang sama dengan aku. Aku mencadangkan kami membeli sebuah kancil baru yang paling murah atau kereta viva baru yang paling murah.....
atau sebuah saga baru juga yang paling murah.....
tapi.....suami lebih suka kereta yang second hand, kerana katanya tidak payah bayar ansuran bulanan. Itu yang aku paling menyampah.....
Lebih baik tak payah beli....uwaaaa!!!!!!!!!!!!

Jumaat, 25 September 2009

HATI SEORANG ISTERI...


September yang duka, itulah yang boleh diibaratkan... Aku berpuasa dan berhari raya dengan linangan airmata lantaran suami yang sakit dan tidak sihat. Namun kini aku boleh bernafas lega dan memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana kepayahan yang aku rasa selama sebulan ini telah berakhir, kerana suami yang aku sayang telah kembali sihat. Alhamdulillah... Kini aku boleh melakukan rutin harian dengan lebih bersemangat dan boleh memberi tumpuan kepada kerja-kerja aku di sekolah.
Setiap hari aku memohon kepada Allah yang maha berkuasa supaya membantu aku yang lemah dan keseorangan ini. Aku tahu aku mesti kuat menempuhnya sendirian kerana aku tidak ada tempat untuk mengadu dan bergantung harap, hanya diri sendiri sahaja. Setiap hari suami menuturkan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai aku sebagai isteri kerana boleh membantunya semasa dia sakit. Macamanalah agaknya kalau tak ada isteri, katanya. Aku membantu dan menguruskannya kerana dia suami aku, aku tidak menangis di depannya.Setiap hari aku hanya tersenyum... aku hanya mengadu kepada Allah, menangis hanya di depan Allah... Aku tahu Allah akan membantu aku...
Suami mulai rasa tidak sihat semenjak akhir Ogos lagi, kerana itu juga kami terlupa akan harijadinya yang ke-43 pada 29hb. Ogos. Aku hanya ingat akan tarikh itu semasa suami terlantar di hospital selama 4 hari iaitu 2-5 September yang lalu. Semasa suami di hospital aku bersahur dan berbuka ala kadar sahaja. Apa sangat yang boleh ditelan tika itu... pernah aku berbuka hanya dengan segelas air sahaja, tetapi aku tidak merasa lapar....syukur.
Suami mendapat cuti sakit sehingga hari raya Aidil Fitri. Sangkakan suami akan bertambah sihat selepas keluar hospital meleset apabila kami hampir2 berhari raya di hospital selepas penyakit suami datang lagi 2 hari sebelum Aidil Fitri. Suami berkeras tidak mahu ke hospital, aku tidak boleh memaksa. Aku terima saja. Aku tidak mahu memaksa kerana dia yang sakit dan dia tentu tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Suami aku ada masalah jantung...
Pada hari raya pertama, kami masih boleh ke rumah mertua dan menziarahi kubur arwah ayah mertua sebelum keesokannya suami diserang penyakit lain pula...gout. 2 hari terlantar di rumah dan tidak boleh bangun apatah lagi berjalan membuatkan aku hilang punca. Apa yang boleh aku buat sebagai seorang isteri selain hanya mendengar rintihan kesakitan seorang suami dan berdoa supaya beban kesakitan suami dapat di kurangkan...
Apalah erti hari raya pada kami pada tahun ini. Rumahpun aku tidak sempat kemas, apatah lagi ingin menyediakan juadahnya. Tetamu yang datang aku hanya jamu dengan kuih muih kering yang aku sempat beli sebelum cuti raya....
Kami tidak ke mana-mana. Jiran depan rumahpun aku tidak sempat bertandang... merekapun tidak datang bertandang raya. Mereka buat rumah terbuka, aku dan anak2 hanya tengok sajalah...
Aku kasihankan anak2 aku, apa yang mereka tahu tentang sakit yang abi mereka tanggung. Mereka budak2, dan mereka ingin berhari raya. Mujurlah pengasuh anak2 aku(Kak Ani) peka akan keadaan ini. Si Bongsu dan Si Tengah di angkutnya pergi beraya. Aku sangat2 berterima kasih kepadanya. Aku menganggapnya kakak dunia dan akhirat.
Kawan2 suami ramai yang datang menziarahinya tetapi kawan2 aku tidak ada yang datang beraya....
Aku tidak kisah sangat dengan perkara2 lain, aku hanya mohon kepada Allah supaya kami di anugerahkan kesihatan yang baik di masa2 mendatang, dapat menjalani kehidupan dengan teratur tanpa menyusahkan orang lain...

Rabu, 23 September 2009

GAYA2 DI PAGI AIDIL FITRI 2009

Foto2 terbaru aku dan family
3 orang permata hati ibu, Si Bongsu(Ainul Adleen), Si Sulung(Adlaan) dan Si Tengah(Imraan)


Hubby bersama anak2 yang ceria, pengubat duka

Wajah abi yang selamba... kurang sihat sebenarnya tu.



Si Bongsu yang suka bergaya...hitam kuning di pagi Aidil Fitri




Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Setelah sebulan berpuasa kini tibalah pula untuk kita berhari raya. Dalam kesedihan kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, ramai juga yang terlebih gembira kerana Syawal menjelma..Apapun perasaan yang bertandang, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun kerana semua yang sudi singgah ke sini andai ada kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja aku telah menyakiti hati kalian. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Jangan lupa, doakan aku dan keluarga sihat sejahtera dan dipanjangkan usia supaya boleh lagi menyambut Ramadhan di tahun-tahun yang akan datang...

Rabu, 16 September 2009

PERSIAPAN RAYA 2009...

Aku kalut ni, lagi 2 hari umat islam sedunia akan menyambut hari raya Aidil Adha. Berpuasa sudah, shopping rayapun sudah tapi keadaan rumah macam tak nak sambut raya saja. Hajat nak berkemas tu ada tapi... hah banyaklah tapinya.....

Semangat aku nak raya tak seberapa sebenarnya, mengenangkan suami tak berapa sihat. Aku buat sikit2 persiapanpun mengenangkan anak2 yang tak mengerti sangat bahawa Abi mereka ni taklah sihat mana.... Akupun tak tahu nak cerita tentang penyakitnya tu. Cuma hati rasa tak tenang bila memikirkannya.

Anak2 aku? Mereka bukan main gembira nak raya. Si Tengah dalam kebulur hari pertama kerana berpuasa, telah meneruskan puasanya dengan gagahnya sebab ada imbuhan besar dia akan dapat kalau puasanya penuh 29 hari.... bukan duit raya tapi duit puasa...ha ha ha.
Hubby aku dah janji dengan anak2 dia, kalau puasa penuh setiap orang akan dapat duit puasa RM 30 dan duit raya RM 20. Si Tengah sampai kurus kering berpuasa, aku tengokpun naik kasihan...


Selasa, 8 September 2009

IBU, ADIK NAK RAMBUT MACAM BARBIE...!!!!

Inilah Si Bongsu yang sentiasa ceria dan suka melaram. Aku sentiasa terhibur dengan gelagatnya yang sentiasa ingin cantik...

Si Bongsu sangat mengagumi sesiapa sahaja yang berambut panjang, cantik katanya macam rambut barbie.
Sayangnya rambut Si Bongsu tidak panjang dan tidak lebat, sebab inilah dia selalu memuji-muji rambut sepupu2nya yang kerinting dan panjang mengurai. Selalulah dia minta untuk memiliki rambut macam anak patung barbie.
Aku jadi kasihan dengan anak dara aku yang sorang ni. Apa yang boleh aku buat selain membawanya ke saloon untuk mengkerintingkan rambutnya, sekadar untuk memenuhi impiannya yang satu ini dan tidak lain untuk menggembirakannya ... biasalah kan anak perempuan sorang.... ha ha ha.
Inilah antara aksinya semasa proses mengkerinting rambutnya yang sempat aku rakamkan. Kata Bee Bee, taukeh kat saloon rambut tu...Si Bongsu merupakan pelanggannya yang paling muda sepanjang tempoh hampir 50 tahun dia membuka saloon... ha ha ha. Aku tak terkata. Mulanya aku bimbang juga, takut2 Si Bongsu tak mampu nak bertahan selama hampir 2 jam proses mengkerinting dijalankan, biasalah dia kan masih budak lagi....nanti tertidur kat kerusi.


Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.