Ahad, 23 November 2008

KENANGAN DI ZAMAN PERSEKOLAHAN...

Kata orang alam persekolahan menengah adalah alam yang paling manis dalam hidup. Inilah yang kami sedang cuba ingati kembali bersama-sama. Setelah 23 tahun meninggalkan alam ini, kini kami bertemu semula dalam suasana yang berbeza. Si baju pink FISAH datang dari jauh NEGERI SEMBILAN untuk menjejaki kawan-kawan persekolahannya yang akhir-akhir ini selalu dimimpikan. Si baju hitam nama glamournya CONNIE, tersengih je seronok le tu... Kami ex-MRSMKT bacth 82-86, kini batch ini dengan persatuan AKRABnya aktif menjejaki kawan-kawan mereka...

Khamis, 20 November 2008

AKTIVITI CUTI SEKOLAH...

Macam biasalah kalau cuti macam ni aku bukannya ada apa-apa program. Bukannya tak nak 'Cuti-cuti Malaysia tapi hubby aku tu kalau suruh ajak bercuti macam ajak berperang lagaknya... So tanpa membebankan otak berkelahi dengan suami(berdosa kan...) aku buatlah program aku sendiri...

1. Baca novel-novel yang masih belum dibaca(Banyak lg ada dalam 30 buah..) - prog. hari hujan
2. Update blog - prog. hari hujan
3. Kemas rumah - pastikan rumah kemas dulu baru buat 2 program di atas
4. Membelek pokok kaktus/orkid/tanaman lain - prog. hari panas waktu pg hingga tgh
5. Keluar jalan-jalan sambil intai-intai novel baru/anak2 orkid/ pokok kaktus kat nursery- maybe
1@2 kali seminggu

..dan macam-macam lagi sehingga sehari tu rasanya tersangatlah pendeknya...


Khamis, 13 November 2008

SI SULUNG DAN UPSRNYA...

Penantian selama 2 bulan telahpun berakhir dengan keluarnya keputusan UPSR 2008 hari ini. Si Sulung telah berjaya mencatat 5A sebagaimana yang diidamkannya selama ini. Aku sangat bersyukur ke hadrat Illahi dengan anugerahNya ini. Aku tahu Si Sulung boleh melakukannya walaupun dia agak 'pemalas' tapi otaknya agak baik..., Alhamdulillah!!!! Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk Si Tengah pula...

Sibuklah aku mengisi borang-borang sekolah menengah yang dihajatinya. Katanya nak masuk MRSM, tapi boleh ke anak aku ke situ. Dia ni bukannya jenis yang berdikari macam aku dulu... Hari ni barulah anak aku ni tahu bahawa ibunya ni ex-MRSM... bukan apa malu nak mengaku. Aku ni bukan cerdik sangatpun dulu...Dapat masuk MRSMpun sebab kategori pelajar luar bandar, agaknyalah!!!

Rabu, 12 November 2008

KENANGAN DI PULAU REDANG


Walaupun tinggal di Terengganu, inilah kali pertama aku ke Pulau Redang. Pejabat hubby aku membuat 'family day' kat sana...3 hari 2 malam. Bolehlah aku ke sana dengan percuma...
Anak-anak bertiga ni punyalah seronok hinggakan terlupa nak balik. Mereka mandi laut dari pagi hingga malam.... Sekarang ini Si Bongsu aku ni hari-hari mengajak ibu dan abinya ke Pulau Redang lagi. Tak serik-serik lagi walaupun masa perjalanan pergi dengan feri mereka lembik muntah-muntah kerana mabuk laut. Ibu diaorangpun lebih kurangla
h....

Salah satu pemandangan yang sangat indah di sana. Pemandangan inilah yang menjadi penghias desktop laptop aku... cantikkan....!!!






Gembiranya orang-orang kesayangan aku ini mandi laut. Masak kulit masing-masing kerana banyak sangat berjemur panas...


Puteri Bongsuku dalam pakaian mandinya...kenapa menangis ni? 0oooo nak mandi lagi rupanya....








Ini antara acara sukaneka yang diadakan di sana. Si Tengah dapat no.1, seronoknya dia dapat hadiah. Ibunya??? Tangan habis melecur, kain batik tak dapat....!!!

Selasa, 11 November 2008

MENANGISLAH AKU...

Hari ini yang sangat menyakitkan...Entah macamana aku ter'delete' blog utama aku ini. Bagai nak menjerit dibuatnya. Tapi aku 'confirm' kalau aku menjerit hubby aku akan marah.....diapun dah tidur tu. Bukan orang paksapun buat blog-blog ni !!!! Dengan mata mengantuk dan badan teramatlah letihnya aku terpaksa juga siapkan sebahagian dari blog ini. Sekurang-kurang Sir Zul tak kutuk aku nanti. Takut juga sifu aku ni terkejut 'beruk' je masuk-masuk aje, blog ini kosong. Habislah aku kena kutuk kang..... Itulah menuntut ilmu tak sampai ke penghujung. Selebihnya goreng sendiri so hanguslah!!!! Kata orang buat blog mudah, tapi bagi aku tersangatlah payah dan cerewetnya. Buat 'homepage' tak payah begini...

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.