Rabu, 12 November 2008

KENANGAN DI PULAU REDANG


Walaupun tinggal di Terengganu, inilah kali pertama aku ke Pulau Redang. Pejabat hubby aku membuat 'family day' kat sana...3 hari 2 malam. Bolehlah aku ke sana dengan percuma...
Anak-anak bertiga ni punyalah seronok hinggakan terlupa nak balik. Mereka mandi laut dari pagi hingga malam.... Sekarang ini Si Bongsu aku ni hari-hari mengajak ibu dan abinya ke Pulau Redang lagi. Tak serik-serik lagi walaupun masa perjalanan pergi dengan feri mereka lembik muntah-muntah kerana mabuk laut. Ibu diaorangpun lebih kurangla
h....

Salah satu pemandangan yang sangat indah di sana. Pemandangan inilah yang menjadi penghias desktop laptop aku... cantikkan....!!!






Gembiranya orang-orang kesayangan aku ini mandi laut. Masak kulit masing-masing kerana banyak sangat berjemur panas...


Puteri Bongsuku dalam pakaian mandinya...kenapa menangis ni? 0oooo nak mandi lagi rupanya....








Ini antara acara sukaneka yang diadakan di sana. Si Tengah dapat no.1, seronoknya dia dapat hadiah. Ibunya??? Tangan habis melecur, kain batik tak dapat....!!!

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.