Isnin, 10 Ogos 2009

SHOPPING BAJU RAYA...


Dah nak puasa, tapi aku belum lagi membeli belah sebagai persediaan untuk menyambut raya tahun ini... supaya tak kelam kabut...aku ajak hubby ke Kuantan untuk shopping baju raya untuk anak2. Bukan apa, malas pulak nak berebut2 shopping pada bulan puasa nanti. Hubby aku tak banyak cerita, terus decide untuk ke Kuantan pada 6,7 dan 8 Ogos....
Kami bertolak tepat2 pukul 4.30 petang pada hari Khamis. Tiba di Kuantan lebih kurang pukul 9 mlm, kenyang jugaklah makan buah langsat...nak marah hubbypun tak boleh jugak, nanti kalau dia suruh aku drive...terus sampai KL agaknya...ha ha ha. Sesampai di Kuantan terus ambik hotel dan tido...
Keesokkannya dalam 9 pagi, aku dan famili mulalah ronda-ronda...mula2 ke Berjaya Mega Mall and then ke East Coast Mall....Apa yang aku nampak rata2 orang ramai memakai topeng penutup hidung sebagai langkah berjaga2 terhadap H1N1,sedangkan di Terengganu belum nampak situasi ini di tempat2 awam melainkan hospital. Tak banyak sangat yang boleh dibeli...maklumlah berjalan dengan anak2, jalan sekejap duduknya lama....
Untuk Si Sulung sempatlah beli 2 helai baju T dan sepasang kasut, seluar belum beli...

Untuk Si Tengah sempatlah beli 3 helai baju T dan 2 helai seluar, kasut belum beli...

Untuk Si Bongsu sempatlah beli 4 helai baju, sehelai seluar, kasut dan gaun belum beli...

Untuk hubby sempat beli 2 helai kemeja dan sehelai baju T, kasut belum beli...

Aku? Tak bercadang nak beli apa-apa sebenarnya, cuma beli sepasang selipar....
Hah, penat shopping....anak2 aku melepak pula kat hotel...
Mereka ni suka sangat tido kat hotel, apa yang best sangat akupun tak tahu. Kalau cakap aje kita akan tido hotel...masing2 dah melompat-lompat kesukaan .......

Jumaat, 24 Julai 2009

CERITA TENTANG SI BONGSU...

Alahai anakku...

Inilah ragam Si Bongsu yang kadang kala memeningkan kepalaku. Mungkin masa mengandungkannya dulu naluri aku inginkan anak perempuan terlalu kuat. Kadang kala aku rasakan gelagat dan telatahnya tidak sesuai dengan kanak-kanak seusia dengannya...

Si Bongsu banyak sangat minat dan obsesnya...

Apa yang aku buat tiap hari itulah yang diikutinya.... Apa yang aku ada diapun nak ada juga, kekadang apa yang dia ada, akupun tak ada.....

Aku ada handbag, aku ada purse, aku ada handphone, diapun ada....


aku ada perfume, aku ada bedak, aku ada lipstik, diapun ada....

Si Tengah ada beg sekolah, Si Tengah ada buku, Si Tengah ada jam, diapun ada....

tapi, dia ada eyeshadow...... ibu dia tak adalah pulak... ha ha ha. Si Bongsu amat pantang dengan apa saja barang yang ada gambar Barbie....mesti hendak dibelinya. Aku tak adalah ikut sangat kerenahnya tapi hubby aku... kalau boleh hendak dituruti apa saja yang diminta oleh Si Bongsu...

Khamis, 16 Julai 2009

NAZIR OH NAZIR...

Masa derita dah berlalu... serangan nazir ke SMK aku mengajar ...dah berakhir hari ini. Kalau datang tak mengomen, bukan nazir namanya.... Aku tak kisah sangat dipantau atau dicerap...bukan tak pernah. Aku guru matematik, ke kursus ETEMs dan dicerap adalah rutin biasa bagi kami guru-guru matematik seluruh Malaysia. Masa kursus ETEMs aku mampu mendapat 'A' untuk 'presentation', menandakan aku bukanlah teruk sangat sebagai seorang guru matematik. Aku dah jadi guru matematik selama 12 tahun dan berpengalaman menanda kertas PMR selama 7 tahun berturut-turut.
Aku telah dicerap oleh nazir pada 13.7.2009, pukul 12.05 tgh selama 80 minit. Waktu itu aku mengajar ting. 3 kelas yang agak sederhana pencapaiannya. Tak ada apa sangat yang dikomen oleh nazir untuk pengajaran yang telah aku buat...cuma katanya latihan yang aku beri kepada pelajar agak sedikit...tidak cukup untuk pelajar yang pandai, aku akuilah kerana pelajar yang pandai telah berjaya menjawab ke-enam2 soalan yang diberi dengan jayanya dalam masa 20 minit yang diuntukkan tapi pelajar yang lemah, masih terkial-kial...
Bukan salah aku, kalau ada pelajar yang cepat faham dan ada pelajar yang tidak faham. Selalunya pencapaian berbeza bergantung kepada jantina....pelajar lelaki kelas yang dicerap itu memang agak 'slow' penerimaannya...
Daripada hampir 10 orang guru matematik yang dicerap hanya 2 orang sahaja yang melepasi tahap 'sederhana' iaitu pada tahap 'harapan'.... tidak tercium bau 'cemerlang'... Aku jadi tergelak sendiri, kenapalah mahal sangat markah diberi untuk guru2 matematik oleh nazir yang mencerap. Aku jadi teringin sangat untuk melihat sendiri 'presentation' secara praktikal oleh nazir2 ini, bagaimana untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan... jangan hanya bla...bla...bla secara teori sahaja... tukang sapu pun boleh buat!

Ahad, 5 Julai 2009

BENCI VS MENYAMPAH...

Untuk 2 minggu ni, aku tidak akan menjengah ke blog...kerana aku tersangatlah sibuk dengan tetamu tak diundang....nazir2 ... katanya seramai 16 orang akan datang untuk membuat pemeriksaan penuh di sekolah aku mengajar pada 12 hingga 16 hb... berbagai benda hendak dibereskan dan diadakan...uhuh, penatnya. Lepas tarikh itu aku nak MC 2 hari... So untuk tetamu yang sering singgah ke blog aku ni, dalam tempoh aku berkabung ni tak payahlah singgah ekkkkk!!!!!

Selasa, 30 Jun 2009

AKU SEORANG GURU...

Aku jadi guru bukan kerana minat. Itu fakta benar...tapi setelah aku bergelar cikgu aku cuba untuk menggalas amanah itu dengan sebaiknya. Aku buat kerja kerana aku rasa itu adalah kerja aku...dan dengan rezeki aku sebagai guru aku membesarkan dan menyekolahkan anak-anak aku...

Aku memang seorang guru yang sangat tegas terutamanya semasa di dalam kelas, hah dengan aku jangan dibuat main... sebarang kerja yang aku minta pelajar aku buat mesti disiapkan. Aku tak akan dengar sebarang 'excuse' daripada murid-murid aku, kerana pada pendapat aku mereka tak ada sebab untuk tidak menyiapkan kerja-kerja yang aku suruh ... tugas mereka belajar, so belajarlah...

Kalau tidak menyiapkan kerja sekolah yang aku suruh...hah inilah padahnya...






Inilah pelajar aku dari tingkatan 3, yang kononnya akan menduduki PMR pada bulan Oktober nanti tetapi masih belum lulus matematik pada PPT baru lalu. Markah mereka rata-rata 20 hingga 30 markah sahaja. Bukannya kelas terakhir tapi dari kelas ke-3 terbaik di sekolah aku ini. Sebagai denda aku suruh mereka menyiapkan pembetulan untuk soalan-soalan yang mereka tidak mendapat markah penuh disertai dengan satu soalan tambahan yang serupa untuk setiap soalan yang mereka buat.... dan 10 orang ini gagal menyiapkan dalam tempoh 2 minggu yang diberi... maka akupun menyingalah sebelum aku disingakan oleh pengetua sekolah kerana hanya 2 orang pelajar yang memperolehi gred 'A' dalam PPT yang baru lalu...uwaaaa.... !!!!

Khamis, 11 Jun 2009

SEDAPNYA PUYUH GORENG...


Dah lama tak makan puyuh goreng. Musim cuti sekolah ni lah aku nak mengarut kat hubby nak makan itu dan ini. Hubby aku ni kalau pasal makan dia tak berkira...aku dibela dengan baik. Itu sebab aku sihat montel...he he he. Tapi dah seminggu menjenguk sana sini pasar tani dan supermarket untuk cari burung puyuh tapi tak ada dijual. Ishhh...semua benda kalau teringin memang susah nak dapat. Semalam pagi-pagi hubby keluar pergi kerja dalam 6.45 pagi, lebih kurang 5 minit lepas tu dia pusing balik hantar makanan untuk 'breakfast'. Eh..terheran aku...tadi dah beli, ni beli lagi... Hubby aku tersengih bila aku bersungut..."tengoklah apa dalam tu" katanya... Bila aku tengok, sejuk beku je...burung puyuh rupanya. Seawal 7.00 pagi dia dah tangkap 6 ekor burung puyuh, best...nyam nyam nyam.

Hah... itu dia burungnya...yang belum diproses...nampak besar kan sebenarnya kecik je ni...6 ekor sekilo RM13.

Lambatnya aku siang burung ni tadi...aku bukan pakar sangat dalam siang menyiang ni. Selalunya kalau hubby ada, dia yang tolong bersihkan, aku terima siap dan goreng saja. Hari ini aku kena proses dari awal lagi...huh penat berdiri kat sink. Nah...dah masuk kuali dah...ha ha ha.

Dah masak dah, orang pertama yang ngap siapa lagi kalau bukan Si Sulung. Dia tak makan 'breakfast' tadi sebab nak 'brunch' dengan nasi panas-panas dan puyuh goreng....nyam nyam nyam. Banyaknya minyak dalam kuali ni...tumpah ke?

Eh... ni apa pulak. Inipun puyuh juga tapi ini puyuh belaan Si Sulung untuk dikutip telurnya...adalah 5 ekor. Sehari telur yang dikutip adalah 2 @ 3 biji...bolehlah aku bersedekah kat kekawan kat sekolah. Kat rumah ni dia orang dah jemu makan telur puyuh ni...bersedekah dapat jugak pahalanya... kalaulah pahala ikut kiraan telur puyuh....

PAGAR BERCAT BARU...

Wow...cantik berseri pagar rumah aku bila bercat baru...seronok betul tengok. Bila berada di halaman, terlupa untuk menjengah ke dalam rumah. Bangganya hubby aku kerana dia yang pilih warna...yang entah warna apa nak panggil ni...purple ke ni! Pada aku walaupun cantik warnanya tapi tetap tak sesuai dengan rumah aku yang berwarna kuning itu...uhu!!!


Isnin, 8 Jun 2009

ANAKKU PERMATA HATIKU 2...

Hah ini pula Si Tengah, yang bergaya ala-ala pop ye yeh. Bukan main lagi dia bergaya di dandan oleh Si Sulung. Berumur belumpun 7 tahun dah pandai nak melawa ...beginilah dia dengan rambut tercacak, kalau cicak jatuhpun boleh maut ni...




ANAKKU PERMATA HATIKU 1...

Wajah-wajah ceria Si Bongsu menghibur hati aku dan hubby setiap hari. Syukur aku kepada tuhan kerana menganugerahkan aku seorang anak yang selama ini aku ingin dan hajatkan....anak perempuan. Sesiapapun akan terhibur dengan keletah Si Bongsu yang usianya 3 tahun 4 bulan ini... banyak bercakap, petah berkata-kata, suka bersolek dan melaram...





Ahad, 7 Jun 2009

HUTAN LIPUR SEKAYU...

Entah kali keberapa kami sekeluarga ke Hutan Lipur Sekayu...sekadar memenuhi kehendak anak-anak ingin mandi manda...Kami bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi dan tiba semula di rumah apabila azan zohor berkumandang... Kuala Berang tak adalah jauh sangat...

Satu yang tak tahan...kena jalan agak jauh untuk ke tempat air terjun. Terasa berat juga apabila tangan penuh dengan barang dan bekal...

Si Bongsu tersenyum riang dengan baju mandi dan pelampungnya...bukan main seronoknya dia...



Gembiranya Si Tengah dengan Si Sulung mandi manda. Air yang keruh tak jadi halangan..


Bertopi dan memakai boxer tu jurulatih renang anak-anak aku...ha ha ha.
Mana perginya aku. Hah tak mainlah mandi air yang keruh semacam ni. Suasana sejuk lepas hujan membuatkan aku agak geli geleman...nak duduk pun segan...Aku ada kat atas tengah baca novel ..he he he..

Jumaat, 5 Jun 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Hai, senyum simpul pengantin ni... Inilah.. aku dan keluarga sempat lagi bergambar dengan pengantin baru, rakan setugas di sekolah yang menamatkan zaman bujangnya hari ini. Untung juga datang lambat ke kenduri ni dapat juga bergambar dengan pengantin.
Inilah Mariani binti Mamat, cg. Geografi di sekolah aku mengajar. Orangnya lemah lembut dan sopan santun, bertemu jodoh dengan orang Kelantan... juga seorang guru yang kini sedang berkhidmat di Sarawak. Lepas ni mintak tukar balik semenanjunglah ya...

Selasa, 2 Jun 2009

MANAFAATKAN MASA CUTI SEKOLAH...

Cuti sekolah dah hampir seminggu berlalu barulah keluarga aku sihat seperti sediakala...tidak lagi sakit mata atau demam. Hari ini hubby cuti sebab nak cat pagar depan yang dah berkarat...semalam aku dah bersihkan supaya senang kerja-kerja mengecat hari ini...Aku yang paksa hubby cuti, kalau tak buat begitu tak ada keinginan sendiri untuk melihat kediamannya indah berseri. Tak tahulah suami orang macamana tapi itulah hubby aku. Apa yang dia tahu kerja, kerja dan kerja.Hah tu dia gaya macho hubby aku...dia tengah tension mengecat tu. Kalau dah tekun tak boleh ditegur, nanti melenting tak pasal2. Habis anak dihambatnya sebab tak pandai mengecat...buat kerja sikit dah angin satu badan.....uwaaa!!
Eh..eh siapa pulak yang datang tu.... ha tulah pengasuh Si Bongsu. Datang nak menolong lah tu. Aku panggil dia kak Ani. Kak Ani ni ringan tulang dialah yang tolong aku mengemas rumah 2/3 kali seminggu... siapa atas motor tu? Siapa lagi kalau bukan Si Bongsu yang mengada tu..senyum simpul sebab boleh naik motor...

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.