Selasa, 2 Jun 2009

MANAFAATKAN MASA CUTI SEKOLAH...

Cuti sekolah dah hampir seminggu berlalu barulah keluarga aku sihat seperti sediakala...tidak lagi sakit mata atau demam. Hari ini hubby cuti sebab nak cat pagar depan yang dah berkarat...semalam aku dah bersihkan supaya senang kerja-kerja mengecat hari ini...Aku yang paksa hubby cuti, kalau tak buat begitu tak ada keinginan sendiri untuk melihat kediamannya indah berseri. Tak tahulah suami orang macamana tapi itulah hubby aku. Apa yang dia tahu kerja, kerja dan kerja.Hah tu dia gaya macho hubby aku...dia tengah tension mengecat tu. Kalau dah tekun tak boleh ditegur, nanti melenting tak pasal2. Habis anak dihambatnya sebab tak pandai mengecat...buat kerja sikit dah angin satu badan.....uwaaa!!
Eh..eh siapa pulak yang datang tu.... ha tulah pengasuh Si Bongsu. Datang nak menolong lah tu. Aku panggil dia kak Ani. Kak Ani ni ringan tulang dialah yang tolong aku mengemas rumah 2/3 kali seminggu... siapa atas motor tu? Siapa lagi kalau bukan Si Bongsu yang mengada tu..senyum simpul sebab boleh naik motor...

Selasa, 26 Mei 2009

MATA OH MATA...

Entah peringatan apa yang tuhan anugerahkan kepada kami sekeluarga... Bermula dengan Si Tengah yang sakit mata sehari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun minggu lepas, berjangkit kepada hubby, kini terkena pula kepada aku dan Si Sulung dan akhir sekali sebagai penamat di terima pula oleh Si Bongsu. Hah, cukup satu keluarga. Walaupun sakit mata Si Tengah tetap ke sekolah menduduki PPTnya. Si Tengah memang berkobar-kobar nak periksa selepas tidak berpuas hari dengan pancapaian sebelumnya. Kali ini dia lebih rajin membuat latihan dan ulangkaji dengan target dapat 5A dengan kedudukan 5 teratas di dalam kelas, berbanding sebelum ini 5A dengan kedudukan 16/36 sahaja. Hubby juga walaupun sakit mata, tetap bekerja seperti biasa. Kalau suruh cuti macamlah kita ajak gaduh besar...

Aku? Satu hal lagi ni...seawal pagi hari pertama sakit mata, aku termenung depan bilik air. Nak pergi sekolah ke nak pergi klinik ni? Tanpa sedar aku dah menapak di sekolah dengan mata yang merah. Bukan aku tak nak cuti, sebenarnya seronok juga cuti awal ni....tapi kalau cuti 'urgent' macam ni banyaklah kerja-kerja yang bakal terbengkalai nanti. Apatah lagi hari ini budak-budak periksa subjek aku, matematik....huh, seawal padi ini aku dah mengamuk...hanya kerana ada budak-budak tak bawa kalkulator untuk periksa. Huh, aku kalau dah meradang jangan dibuat main. Habis budak-budak tu aku hambat pergi cari kalkulator...kalau tidak, jangan masuk periksa. Kalau tak puas hati suruh mak ayah mari sekolah jumpa aku.... dah kena sembur macam tu, habis budak-budak tu diam terkedu...
Aku ke klinik sebelah petang, itupun selepas dihambat pula oleh rakan sekerja kerana takut dijangkiti. Ada yang menjelir-jelirkan lidah dan sebagainya untuk mengelak. Aku tergelak jugak dengan gelagat kawan-kawan sekerja ni, kekadang mereka lupa...penyakit kalau dah nak datang..... Sesampai di klinik selepas mendaftar, aku diarah untuk diambil tekanan darah...mak oiiiii patutlah aku rasa kepala aku pening berdenyut-denyut dan nak muntah.... rupanya darah dah melambung 160/90. Tak pernah lagi darah aku tinggi macam ni... sebenarnya aku tak ada darah tinggipun selama ini...so aku pulak yang terkedu. Aku dapat MC 4 hari hingga Jumaat....huh cuti awallah aku. Seronok!!!!!!!
Aku sememangnya 'tension' habis hari ni, kejap tadi tu, hubby 'call' beritahu Si Sulung ada kat rumah. Cikgu dia suruh balik...sakit mata juga...uwaaaa!!!! Tak boleh periksalah nampaknya. Manalah darah aku tak naik...... Balik saja dari klinik, aku singgah rumah pengasuh Si Bongsu. Tengok-tengok Si Bongsu pulak sakit mata ditambah pula dengan demam. Huh... Nampaknya 2 minggu cuti sekolah ni, aku anak beranak kena berkurung tak boleh bercampur gaul dengan orang.....takut bawa penyakit.

Jumaat, 22 Mei 2009

BATANG PAIP AIR BOCOR LAGI...

Aku dah 6 tahun menetap di rumah ini. Masa baru tinggal di sini semuanya lawa dan indah saja dan hatipun ceria. Tak ada duitpun tak apa asalkan ada rumah, kereta , suami yang penyayang dan anak-anak yang pintar...Itulah aku seadanya. Kini dah 6 tahun di sini semuanya tidak seindah dulu. Warna rumah dah pudar, bunga-bungaan dah menjadi semak samun(agak tak terjaga), keretapun dah lama( orang lain ramai dah tukar kereta baru) dan yang paling menyampah batang paip air asyik bocor ..... bulan ini saja bil air melambung ke RM160. Ini belum tambah dengan bil elekrik yang melambung ke RM150. Elektrik nipun satu hal jugak, pakai dalam kadar yang sama dengan dulu, kalau dulu dalam sekitar RM80 saja kini dah meningkat sekali ganda kosnya....inilah Malaysia yang makmur katanya. Kadar meningkat dalam diam...Huh!!!
Hari ini hubby aku bertungkus lumus dibantu oleh adiknya mencari punca kebocoran tersebut. Habis keliling rumah digalinya... Hampir sejam barulah jumpa, hah tu la dia...(dlm. gambo). Ini adalah kali ke-3 kebocoran berlaku. Kali pertama tak banyak dalam RM60 saja, kali ke-2 kenalah dalam RM180 tapi dapat potongan separuh harga so bayarlah separuh lagi tu....
Selesai saja paip air dibaiki, bila buka saja meter adik ipar aku kata...ada lagi tempat yang bocor sebab meter tu bergerak laju je...sedangkan tak ada paip air yang digunakan....uwaa!!! Mulalah aku terfikir untuk menggantikan semua batang-batang paip yang tak berguna tu......huh!.

Selasa, 19 Mei 2009

HASIL TANAMANKU...

Hah... inilah hasil tanaman aku. Buah nenas yang tersangatlah manis baunya. Meleleh-leleh air liur dibuatnya....
Nenas ini aku tanam dari jambul nenas yang terdahulu. Kata kakak ipar aku, tanam jambul tidak akan menghasilkan nenas yang manis...maksudnya tak sama manisnya jika kita tanam daripada anak pokoknya. Namun aku peduli apa. Lantaran suka bercucuk tanam aku tanam juga jambul nenas tersebut. Sebelum inipun nenas ini dah pernah berbuah dan buahnya sangat manis sama seperti nenas asal yang dibeli. Ini adalah cucu kepada nenas tersebut...

RESULT PTK...

Ha..ha..ha keputusan PTK dah keluar semalam, bagai yang dijangka aku memang tak dapat aras IV . Aku bersyukur juga dengan keputusan yang keluar. Naik pangkat boleh tapi naik gaji tak boleh....Nak buat macamana kan, dah tak ada rezeki untuk dapat anjakan gaji...uhuk!!!! Aku terus mendaftar untuk periksa lagi bulan Ogos nanti......... Kalau tak dapat jugak aras IV Ogos nanti aku hanya ada one more chance in March 2010. Kalau tak dapat jugak tak boleh periksa dah kata guru data kat sekolah aku tu.... Uwaaaa!!!!!!! Yalah kan buat membazir kertas aje....

Rabu, 13 Mei 2009

KAD HARI IBU....

Tak adalah terperanjat bila dapat kad 'Selamat Hari Ibu' sepulangnya aku dari sekolah hari ini. Ini kerana Si Sulung telah maklumkan aku tentangnya semasa dia pulang ke rumah hujung minggu baru lalu, bahawa dia menghantar kad untuk aku... Cg. bahasa Jepun suruh hantar katanya. Walaupun begitu aku rasa terharu bila membacakan apa yang Si Sulung tulis di kad itu. Bukannya bahasa yang berbunga-bunga untuk dibanggakan tapi kata-kata yang ringkas yang selamba membuatkan aku menitiskan air mata. Entah dia yang tulis atau cg. bahasa Jepun dia yang tolong karangkan. Entah2 sekelaspun ayat sama saja untuk ibu masing2. Inilah kadnya...
Si Tengah tersenyum-senyum bila tengok aku mengesat air mata. "Baiknya Abang Lan, kekgi kalau Abang Ran duduk kat asrama....Abang Ran pun nak hantar kad hari ibu jugok" katanya. "Abang Ran pun sayang ibu"... dan aku bertambah-tambahlah tersedu...

KACA MATA RABUN...

Aku ni sebenarnya memang fobia bercermin mata. Tak selesa dan rasa terbatas...tapi kalau dah umur mencecah 40 nak tak hendak kenalah jugak kan...kalau tidak banyak benda yang akan terbengkalai. Dah 2 tahun aku perasan mata aku ni dah ala-ala rabun, tapi seboleh-bolehnya tak naklah berkaca mata. Tak ada cermin mata rabun, pada malam hari aku tak boleh baca novel...tak nampak huruf langsung. Dalam malas aku menapak juga ke kedai Penny Pang (kedai spek di Jalan Air Jernih) untuk 'test' mata. Huh...betullah memang rabun dekat. Memandangkan banyak novel yang belum dibaca so aku buat jugak cermin mata. kalau tidak masalah tak selesai... sekali buat aku hentam 2 sekaligus...cermin mata untuk membaca sahaja dan cermin mata untuk dipakai sepanjang masa. Buat masa ni aku masih rasa kekok untuk pakai sokmo cermin mata tu....bukan takut tak lawa tapi takut terlebih lawa ha3.

Sabtu, 9 Mei 2009

PERTANDINGAN TAEKWONDO ANTARA SEKOLAH2 TRG KALI KE-13

Sebelum ini Si Sulung tidak pernah memasuki pertandingan TaekWonDo walaupun dia dah ada 'black belt'. Bukannya aku tak beri dia masuk pertandingan, tapi dia yang tak nak. Tahun ini entah mengapa dia sendiri yang hendak masuk pertandingan itu. Si Tengah pun teringin juga masuk pertandingan walaupun 'belt' belum ada warna. So aku lepaskan kedua-duanya, supaya anak2ku ini akan jadi lebih berani, yakin diri dan berdikari...
Pertandingan Taekwondo Sekolah2 Terengganu kali ke-13 ini diadakan di Wisma Belia Kuala Terengganu pada 8-9 Mei 2009 yang baru lalu, melibatkan pelajar dari umur 6-17 tahun...
Si Tengah hanya menang satu perlawanan. Tak apalah untuk permulaan, asalkan dia berani untuk bertanding. Kelakar pun ada sebelum perlawanan sempatlah dia 3 kali menangis... bukan apa, tunggu dari 8.00 pagi tapi bertandingnya 4.00 petang... segala rasa ada panas, lapar, letih, mengantuk dan segalanya...
Si Sulung dalam manja dan penakutnya dapatlah juga pingat gangsa. Syukurlah, dapatlah juga pingat dalam percubaan pertamanya kali ini. Lain kali cuba lagi...emaslah pulak ya sebab Abi terkilan tu..tak boleh nak gadai, tak laku beb!!!!!


Aksi Si Tengah semasa pertandingan: Boleh tahan juga agresifnya lepas bangun tidur...
















Si Sulung sedang menerima amanat daripada seniornya dan semasa menerima pingat....

Ahad, 3 Mei 2009

TOK AYAH DAPAT CUCU LAGI...

Gembiranya Tok Ayah mendapat cucu yang ke-12. Macam-macam ayat kelakar yang keluar dari mulutnya...Wahai cucu-cucu semua, nanti kalau nak datang rumah Tok Ayah jangan lupa pakai 'name tag'. He2... kelakar pulak orang tua ni... Tengoklah cucunya Mohamad Khaliff dengan Tok Ayahnya, macam tahi cicak...uwaaa!!!!!

Khamis, 30 April 2009

DARI MANA DATANGNYA BURUNG?





Eksperimen yang dilakukan Si Sulung nampaknya menjadi.....Menggunakan n70nya, Si Sulung sabar mengambil gambar anak burung yang bertelur di atas pokok Pinang Merah yang aku tanam di sekeliling rumahku. Inilah keindahan persekitaran rumahku yang di kelilingi pokok2. Menjadi tempat pembiakan burung Merbah. Burung ini saiznya kecil tetapi bunyinya agak nyaring... Burung ini bertelur, paling banyakpun 2 biji sahaja dan warna telurnya kemerahan seperti dalam gambar. Apabila diramkan oleh ibunya selama 2/3 minggu ia akan menetas... Anak burung akan tumbuh bulu dalam masa 2 minggu tumbesaranya....Anak burung agak cepat membesar. Saiznya menyamai saiz burung dewasa cuma bezanya ia tidak ada bulu... Anak burung ini akan belajar terbang setelah mencapai usia sebulan, pada masa inilah mulut burung ini akan sentiasa mengeluarkan bunyi berselang bunyi ibu dan anaknya.... Bunyi-bunyi inilah yang mendamaikan aku....

Khamis, 23 April 2009

KISAH KATAK YANG MATI KATAK...


Inilah Si Bongsuku yang sangat aktif dan sangat petah berkata-kata. Tuturnya sentiasa mengalahkan Si Tengah yang telah bersekolah.... Semasa aku bekerja aku akan menghantar Si Bongsu ke rumah pengasuh yang tidak berapa jauh dari rumahku. Perginya 7 pagi dan pulangnya 7 malam. Mungkin ada yang tertanya-tanya kerana lambat sangat Si Bongsu pulang ke rumah sedangkan aku cikgu, kerjanya setengah hari saja...
Aku hanya akan sampai ke rumah setiap hari dalam lingkungan waktu 3.30 atau 4 petang. Pada waktu ini sekiranya aku singgah mengambil anakku ini pasti dia tidak mahu pulang kerana sebelah petangnya dia ingin bermain dengan basikalnya di perkarangan rumah pengasuhnya...

Hari ini sepulangnya aku dari sekolah, aku singgah sebentar rumah pengasuh anakku untuk menghantar kasut Si Tengah yang pulang lebih awal dihantar hubby. Melihat aku datang Si Bongsu berlari keluar untuk bermain di luar rumah. Dia menghulurkan kasutnya untuk dipakaikan. Aku merasakan kasut itu lebih berat dari biasa. Aku menghentak-hentakkan kasut itu untuk mengeluarkan pasir-pasir di dalam kasut tapi alangkah terkejutnya aku yang keluar dari kasut bukannya pasir tapi ha tu dia aaaaa.... gelinya...

Katak tu dah mati terbongkang...sebab lemas dalam kasut yang dipakai oleh Si Bongsu sepagi tadi.... Dia menangis bila melihat katak itu bukan kerana geli tapi 'ciannya' kata Si Bongsu... pengasuhnya geli geliman melihat katak yang terkangkang, "patutlah tadi masa pakai kasut Ainul cakap kasutnya dah ketat, tak muat dah" beritahu pengasuhnya. Aku apalagi tak terkata dah....

Ahad, 22 Mac 2009

SI SULUNG DAN SI TENGAH....















Nampaknya anakku berdua ini mempunyai minat yang sama. Seperti Si Sulung, Si Tengah juga sangat berminat dalam seni mempertahankan diri ini. Semalam (21 Mac 2009) aku telah menghantar Si Tengah ke gelanggang Taek Kwon Do setelah dia bersungguh-sungguh untuk mengikuti kelas itu. Semangat Si Tengah melebihi Si Sulung sebenarnya. Dulu semasa Si Sulung darjah 3, aku yang memaksa Si Sulung untuk mengikuti kelas ini sehingga dia berjaya memperolehi 'black belt' semasa darjah 5. Kini Si Tengah telah mendahului Si Sulung kerana dia baru darjah 1 dan bercita-cita untuk mendapat 'black belt' dengan cepat...hah yang kalut akulah, kelas tu bukannya percuma....

ANAKKU 'OBSES'...

Sebenarnya aku tak berapa faham dengan perkataan 'obses' ni kalaulah tidak kerana aku termenonton rancangan 'Wanita Hari Ini' beberapa hari lepas. Topik yang dibincangkan pada hari itu ialah 'Isteriku Obses'...... Akupun terfikir2 ada ke aku obses kepada satu-satu perkara, dan mendapat sokongan suami pulak tu seperti yang dibincangkan dalam TV3 . Tup-tup aku teringatlah dengan minat aku yang satu itu....baca novel, takpun kumpul novel... Garu kepala aku dibuatnya, obses ke tu????
Aku rasa Si Bongsu aku ni lagilah teruk obsesnya. Si Bongsu aku ni pantang saja tengok selipar tak kiralah di mana sahaja, hatta di kaki orang sekalipun mesti dia suruh membelinya. Di sini mari kita tengok selipar2 yang Si Bongsu aku miliki...


Ini selipar yang ada di rumah ini, belum lagi ambil kira yang ada di rumah pengasuhnya. Hah, kira obses tak ni??? Ini baru umur 3 tahun, dah berminat dengan bermacam-macam fesyen selipar hinggakan aku takut nak bawak Si Bongsu berjalan-jalan... Kalau umur 13 tahun macamana gamaknya....

SEDIHNYA PTK...

19 Mac 2009
Ptk yang dinanti tiba juga. Berkobar-kobar jugalah semangat aku menapak ke dewan peperiksaan di SMK Padang Midin. Kertas umum, kira oklah sebab rasanya apa yang aku baca semua keluar cuma tak ingat je....hehe. Rakan-rakan seperjuangan satu sekolah ramai juga, adalah dalam 10 orang... Mereka-mereka ni macam 'confident' je jawab kedua-dua paper tu, setengah jam menjawab dah keluar dewan... Aku je yang terkial-kial cari jawapan.... Lebih mengharukan bila tiba 'time' menjawab paper KOKO. Entah apa yang silapnya, aku rasa paper ni macam susah je untuk aku score. Mulalah aku menyesal, kalaulah aku ambik p&p!!!!!!!! Aku rasa saiz font yang dia guna kecik sangatlah. Mata aku dahlah rabun, tambah pula soalannya berjela-jela panjangnya. Nak bacapun malas...hai tak ada harapanlah nak dapat aras IV ni. Sabar ajelah....

Khamis, 12 Mac 2009

CUTI P'TENGAHAN PENGGAL 1...

Ahhh!!!! Cuti sekolah dah bermula. Nak kata seronok sangat tu taklah sangat kot. Sebab apa? Pertamanya kelas tambahan form 3 berjalan seperti biasa. Keduanya pada 19 Mac ada peperiksaan PTK so cuti ni aku kena baca 2 buah buku PTK dan tak dapat nak baca novel... ini yang tension kot. Hajat hati untuk kedua-dua paper yang aku duduki buat pertama kali ini, aku nak score kedua-duanya aras IV. Uhukkk...dapat ke ni. Kalau boleh nak cover balik apa yang telah aku terugi terdahulu......
Inilah dua buah buku PTK yang aku terpaksa ligan habis-habisan untuk 3/4 hari ni.... aku mesti baca walau apa keadaan sekalipun.... Buku tak tebal sangat tapi tau sajalah aku ni jenis yang bagaimana, kalau part-part study ni aku selalunya tertonggeng....tapi harapnya kali ini tidak lagi.

Selasa, 10 Mac 2009

HADIAH PERADUAN....

10 Mac...

Hadiah Peraduan 'Aku Dan Bukuku' tiba dengan pos laju. Masa tu aku tak ada kat rumah sebab belum pulang dari sekolah. Kakak ipar aku kat sebelah rumah tu tolong tandatangan dan ambilkan...
Itulah hadiah kat sebelah yang belum dibuka....





Apabila buka terkejut juga aku dengan pelbagai jenis buku yang ada. Berbaloi jugalah aku masuk pertandingan ini dan bersusah payah sikit di peringkat final tu....

Ahad, 1 Mac 2009

LAWATAN HUJUNG MINGGU...























Keputusan aku menghantar Si Sulung ke sekolah berasrama penuh, harapnya menjadi keputusan yang terbaik untuknya. Aku ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada dirinya dan orang lain di sekelilingnya. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan ini maklumlah dengan keadaan aku yang kekurangan anak. Seboleh-bolehnya aku ingin anak-anak aku ini sentiasa berada di depan mata, menikmati segala kemudahan yang tersedia....tapi aku kena berfikiran terbuka...kemudahan dan sedikit kesenangan ini akan membuatkan dia tidak berdikari. Di rumah dia bersikap sambil lewa sahaja dalam segala hal. Ini sangat-sangat melemahkan semangat aku. Pada lawatan pertama ini, sebenarnya aku sangat gembira apabila melihat dia gembira dengan suasana tinggal di asrama walau dia bersungut juga kerana tidur malam tidak lena sebab panas, maklumlah selama ini dia tidur ber'aircond'.... Di asrama, paginya dia bangkit seawal 5 pagi dan ini ternyata sangat berbeza dengan keadaan dia di rumah kerana bangkit paginya apabila subuh telah sampai ke penghujung..... Aku lega mendengar perubahan ini.... Inilah yang aku impikan. Dia telah ada kumpulan usrahnya sendiri dan setiap malam Rabu akan menghadiri kelas Al-Quran....

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.