Khamis, 23 April 2009

KISAH KATAK YANG MATI KATAK...


Inilah Si Bongsuku yang sangat aktif dan sangat petah berkata-kata. Tuturnya sentiasa mengalahkan Si Tengah yang telah bersekolah.... Semasa aku bekerja aku akan menghantar Si Bongsu ke rumah pengasuh yang tidak berapa jauh dari rumahku. Perginya 7 pagi dan pulangnya 7 malam. Mungkin ada yang tertanya-tanya kerana lambat sangat Si Bongsu pulang ke rumah sedangkan aku cikgu, kerjanya setengah hari saja...
Aku hanya akan sampai ke rumah setiap hari dalam lingkungan waktu 3.30 atau 4 petang. Pada waktu ini sekiranya aku singgah mengambil anakku ini pasti dia tidak mahu pulang kerana sebelah petangnya dia ingin bermain dengan basikalnya di perkarangan rumah pengasuhnya...

Hari ini sepulangnya aku dari sekolah, aku singgah sebentar rumah pengasuh anakku untuk menghantar kasut Si Tengah yang pulang lebih awal dihantar hubby. Melihat aku datang Si Bongsu berlari keluar untuk bermain di luar rumah. Dia menghulurkan kasutnya untuk dipakaikan. Aku merasakan kasut itu lebih berat dari biasa. Aku menghentak-hentakkan kasut itu untuk mengeluarkan pasir-pasir di dalam kasut tapi alangkah terkejutnya aku yang keluar dari kasut bukannya pasir tapi ha tu dia aaaaa.... gelinya...

Katak tu dah mati terbongkang...sebab lemas dalam kasut yang dipakai oleh Si Bongsu sepagi tadi.... Dia menangis bila melihat katak itu bukan kerana geli tapi 'ciannya' kata Si Bongsu... pengasuhnya geli geliman melihat katak yang terkangkang, "patutlah tadi masa pakai kasut Ainul cakap kasutnya dah ketat, tak muat dah" beritahu pengasuhnya. Aku apalagi tak terkata dah....

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.