


Singgahlah sebentar, bolehlah kita berkongsi cerita kiranya........



Si Bongsu tersenyum riang dengan baju mandi dan pelampungnya...bukan main seronoknya dia...



Inilah Mariani binti Mamat, cg. Geografi di sekolah aku mengajar. Orangnya lemah lembut dan sopan santun, bertemu jodoh dengan orang Kelantan... juga seorang guru yang kini sedang berkhidmat di Sarawak. Lepas ni mintak tukar balik semenanjunglah ya...
au cuti 'urgent' macam ni banyaklah kerja-kerja yang bakal terbengkalai nanti. Apatah lagi hari ini budak-budak periksa subjek aku, matematik....huh, seawal padi ini aku dah mengamuk...hanya kerana ada budak-budak tak bawa kalkulator untuk periksa. Huh, aku kalau dah meradang jangan dibuat main. Habis budak-budak tu aku hambat pergi cari kalkulator...kalau tidak, jangan masuk periksa. Kalau tak puas hati suruh mak ayah mari sekolah jumpa aku.... dah kena sembur macam tu, habis budak-budak tu diam terkedu...
Hah... inilah hasil tanaman aku. Buah nenas yang tersangatlah manis baunya. Meleleh-leleh air liur dibuatnya....
Ha..ha..ha keputusan PTK dah keluar semalam, bagai yang dijangka aku memang tak dapat aras IV . Aku bersyukur juga dengan keputusan yang keluar. Naik pangkat boleh tapi naik gaji tak boleh....Nak buat macamana kan, dah tak ada rezeki untuk dapat anjakan gaji...uhuk!!!! Aku terus mendaftar untuk periksa lagi bulan Ogos nanti......... Kalau tak dapat jugak aras IV Ogos nanti aku hanya ada one more chance in March 2010. Kalau tak dapat jugak tak boleh periksa dah kata guru data kat sekolah aku tu.... Uwaaaa!!!!!!! Yalah kan buat membazir kertas aje....
Tak adalah terperanjat bila dapat kad 'Selamat Hari Ibu' sepulangnya aku dari sekolah hari ini. Ini kerana Si Sulung telah maklumkan aku tentangnya semasa dia pulang ke rumah hujung minggu baru lalu, bahawa dia menghantar kad untuk aku... Cg. bahasa Jepun suruh hantar katanya. Walaupun begitu aku rasa terharu bila membacakan apa yang Si Sulung tulis di kad itu. Bukannya bahasa yang berbunga-bunga untuk dibanggakan tapi kata-kata yang ringkas yang selamba membuatkan aku menitiskan air mata. Entah dia yang tulis atau cg. bahasa Jepun dia
yang tolong karangkan. Entah2 sekelaspun ayat sama saja untuk ibu masing2. Inilah kadnya...
ke kedai Penny Pang (kedai spek di Jalan Air Jernih) untuk 'test' mata. Huh...betullah memang rabun dekat. Memandangkan banyak novel yang belum dibaca so aku buat jugak cermin mata. kalau tidak masalah tak selesai... sekali buat aku hentam 2 sekaligus...cermin mata untuk membaca sahaja dan cermin mata untuk dipakai sepanjang masa. Buat masa ni aku masih rasa kekok untuk pakai sokmo cermin mata tu....bukan takut tak lawa tapi takut terlebih lawa ha3.

Sebelum ini Si Sulung tidak pernah memasuki pertandingan TaekWonDo walaupun dia dah ada 'black belt'. Bukannya aku tak beri dia masuk pertandingan, tapi dia yang tak nak. Tahun ini entah mengapa dia sendiri yang hendak masuk pertandingan itu. Si Tengah pun teringin juga masuk pertandingan walaupun 'belt' belum ada warna. So aku lepaskan kedua-duanya, supaya anak2ku ini akan jadi lebih berani, yakin diri dan berdikari...Si Sulung sedang menerima amanat daripada seniornya dan semasa menerima pingat....




Inilah Si Bongsuku yang sangat aktif dan sangat petah berkata-kata. Tuturnya sentiasa mengalahkan Si Tengah yang telah bersekolah.... Semasa aku bekerja aku akan menghantar Si Bongsu ke rumah pengasuh yang tidak berapa jauh dari rumahku. Perginya 7 pagi dan pulangnya 7 malam. Mungkin ada yang tertanya-tanya kerana lambat sangat Si Bongsu pulang ke rumah sedangkan aku cikgu, kerjanya setengah hari saja...
Katak tu dah mati terbongkang...sebab lemas dalam kasut yang dipakai oleh Si Bongsu sepagi tadi.... Dia menangis bila melihat katak itu bukan kerana geli tapi 'ciannya' kata Si Bongsu... pengasuhnya geli geliman melihat katak yang terkangkang, "patutlah tadi masa pakai kasut Ainul cakap kasutnya dah ketat, tak muat dah" beritahu pengasuhnya. Aku apalagi tak terkata dah....
Rossa - Hati Yang Kau Sakiti
Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa
Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa
Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti
Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...
powered by lirik lagu indonesia